Friday, January 15, 2010

Setuju atau Tidak 2

Setuju tak korang kalau aku kata lelaki lagi rajin daripada perempuan? "Tak sejutu!", kata kaum hawa! Of course lakan. Mana dorang nak mengaku. "Kami setuju!", kata kaum adam. YEAH! Hehehehe... "Apa bukti yang mengatakan lelaki lagi rajin daripada perempuan?", kata kaum hawa lagi. Ala, awak ni sudah kentut buat-buat tak tau pulakkan. Banyak la buktinya. Semua dah jelas, nyata dan tidak syak lagi! Saya baru baca tadi ma (Afif kalau bab-bab auta memang terbaek! Bila masa entah aku baca).

Kenapa aku cakap lelaki lagi rajin daripada perempuan? Korang tengok, selalu yang keluar malam-malam siapa? Kebanyakannya lelakikan?

Girls Power: U nak pegi mana malam-malam macam ni?
Boys Like Girls: Ala u ni.. Nak tengok bola dengan kawan-kawan I la. Malam ni match penting.
Girls Power: Rajin betul U kan? Padahal dekat rumah boleh tengok kot?
Boys Like Girls: Tengok dekat rumah tak feel. Jom la ikut.
Girls Power: Malas lah!

Nampak tak tu? Nampak tak? 'Malaslah' je yang dia jawab? Memang malas betul. Lagi satu bukti ialah bila ada assignment atau apa-apa jua kerja perempuan mesti suka buat awal-awal tetapi berbeza dengan lelaki. Diorang lebih suka buat last-last minute. Kenapa?

Girls Power: Malas la nak tangguh-tangguh kerja.
Boys Like Girls: Rileks sudah. Buat last-last minute secara automatik kita akan jadi rajin tau!

Hah, nampak tak tu? Nampak tak? Kaum adam ada cita-cita nak jadi rajin. Tak cukup bukti lagi ka? Nak lagi bukti? Boleh, takde masalah la awak. Kalau petang-petang dekat padang permainan kita boleh tengok ramai kaum-kaum adam sedang sibuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh? Mana kaum hawa?

Girls Power: Malas la awak nak keluar. Lagi pun petang-petang macam ni duduk rumah tengok cerita drama kat TV lagi best.
Boys Like Girls: Bukan awak ke yang cakap nak turunkan berat badan? So? Kenapa tak keluar berjogging ke, main kejar-kejar dengan anak jiran ke, main baling selipar ke. Keluar la sikit peluh tu kalau buat semua tu.
Girls Power: Ala, sekarang banyak produk yang dapat turunkan berat badan la awak. Buat apa nak risau.

Ishk ishk ishk! Tengok tu. Malas betulkan? Susah sangat ke nak ajak anak jiran main kejar-kejar? Kalau segan, pergi je cari rumah jiran korang yang ada bela anjing. Pastu bukak pagar rumah dia, bukak rantai dia dan kacau dia sampai dia kejar korang. Pastikan anjing tu anjing 'Bulldog' atau anjing polis yang ganas, baru la tak cukup tanah korang lari nanti. Dengan cara tu bukan saja dapat turunkan berat badan tapi jugak dapat turunkan jantung dan paru-paru korang ke bawah. Hahahahah.. Padan muka. (^_^)

Tak cukup lagi bukti? Nak lagi? Kalau nak lagi, korang cari la sendiri. Aku pun dah takde idea dah nak hentam apa. Hahahahahaha... Ok la, secara serious-nya, perempuan dan lelaki masing-masing ada sifat malas dan rajin. Tak semua benda kita rajin dan tak semua benda kita malas. Kalau semua benda kita rajin siapa nak jadi malas? Kalau semua benda kita rajin, pasti benda yang tak elok pun rajin je kita buat. So, hidup ni mesti la ada variety baru la hidup nampak berwarna-warni. Macam kain putih bila kita mewarnakannya dan kita asyik guna warna sama je mesti lama-lama kita akan jadi
bosan. Betul tak?


..SEKIAN..

p/s: Jangan marah ye kepada sesiapa yang terasa. Tiada niat pun. Hanya sekadar senda gurau.

6 comments:

  1. wahahaha
    sungguh lawak entri ni
    aku sgt setuju!!!!


    erk888.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hahah ,
    terpaksa setujukan diri sebab contoh yg u kasi tu releven n buat i ketawa tak ingat diri ,
    .
    afif , terbaek :D

    ReplyDelete
  3. girls power : u nak pergi mana malam malam nie?
    boys likes girls : alaaa u nie, nak tgk bola dgn kawan kawan i la. malam nie match penting
    girls power : nak ikut!
    boys likes girls : ah nak ikut? i MALAS lah nak bawak you. lgpun semua lelaki. buat apa. u tu perempuan. duk rumah je. tak elok perempuan lepak malam malam.

    girls power : u tak buat assignment ke?
    boys like girls : alaaaa, MALAS lah nak buat awal awal. nanti nanti lah buat..

    girls power : u, jom teman i pg jogging. lgpun u sll jogging kan. i nak lah jugak join u. boleh kurussss
    boys like girls : ah u nk jogging? baru lari sikit dah penat. MALAS lah i nak tunggu u. lgpun u nie takut sangat gemukkk. mana ada u gemuk. kalau u gemuk pun takpe. i tetap nak u. u duk rumah jelah..

    haha. sebenarnya dua dua sama jeee ;D

    ReplyDelete
  4. Haziq zainal~
    kan3?

    nurika~
    YEAH! U mcm berstuju dlm tak rela je ni. (^_^)

    lethargy~
    Hahahaha... pndai2.

    ReplyDelete