Friday, January 22, 2010

Rasa Sendiri

Korang! Korang! Korang pernah merasa tak pengalaman kena tindih dengan makhluk lain. Uih, bunyi macam seram je kan? Siapa yang baca entry ni di kala malam hari sila pastikan anda tidak keseorangan ye atau pastikan anda ada teman. Kalau takde saya pun boleh teman. Hehehehe... Ok serious sikit. Sebelum ni aku hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan je. Tapi kali ni aku merasai sendiri benda tu. Serious awak. Tak tipu! Ni cerita betul. Bukan direka-reka atau ditokok tambah. Ok aku akan cerita lebih detail.. Baca tau!

Kejadian ini berlaku pada 20 Januari 2010, bersamaan hari Rabu atau bahasa saintifiknya Wednesday. Pada hari tu, aku berasa sangat penat. Entah kenapa dan apa puncanya pun aku tak tau. Mungkin banyak sangat buat kerja kot? Eh, tak jugak. Entah la awak. Ok continue balik. Kalau dah penat, of course la kita tidur kan? Itu pun yang sebaik-baiknya. Seawal jam 9, aku terus tersungkur atas katil member aku yang berada di katil bawah. Tidur punya tidur, sedar-sedar dah pukul 12 lebih. Aku terus bangun sebab teringat belum lagi solat Isya' (Ceh, baik sangat la tu). Lepas solat Isya' aku cuba jugak nak tidur balik tapi tak dapat de jep. Hahaha. So, apa aku buat? Senang je awak nak bagi mengantuk balik. Baca buku. Hahaha. Aku baca buku yang bertajuk 'Yakjuj dan Makjuj' yang aku beli daripada tahun lepas sampai sekarang belum lagi khatam. Lebih kurang 30 minit, mata aku dah mula berat balik dah. Kan! Senang je kan nak bagi mengantuk. Tak sampai 5 minit, aku dah terlelap dah (macam mana aku boleh kira time plak ni?).

Korang nak tau tak, masa tidur tu aku telah bermimpi suatu yang menyeramkan. Aku telah bermimpi aku lepak dengan kawan-kawan aku dekat bawah kolej aku. Aku tak pasti pukul berapa sebab tengah mimpi kot. Hahahah. Ok, lepas lepak dengan dorang semua aku naik semula ke bilik aku. Masuk-masuk je member-member aku yang aku lepak tadi tengah sedap tidur. Terus aku tersedar daripada tidur. Masa ni la awak perkara yang tak diingini tu berlaku ke atas diriku ini. Seluruh tubuh aku kebas dan tidak dapat bergerak, nafas pula tersekat di kerongkong dan hati mula berdebar-debar. "Apa dah jadi ni? Apa dah jadi dengan aku. Kawan-kawan tolong aku. Aku tak dapat nak bergerak", itu lah yang sempat aku sebutkan di dalam hati. "Adakah situasi sebegini yang berlaku jika di tindih? Dorang cakap bila di tindih akan nampak makhluk tu berbulu lebat di atas badan kita?", sempat juga aku melintaskan persoalan itu dihati. Alhamdulillah, aku tidak dapat melihat makhluk itu. Mulut keras untuk menyebut kalimah Allah mahu pun perkataan-perkataan lain. Perkataan-perkataan itu bagaikan tersekat di kerongkong. Aku cuba berkali-kali tetapi tidak terdaya. Hati aku dengan tiba-tiba laju menyebut kalimah 'subahanallah' sebanyak 5 kali. Dalam 10 hingga 15 saat aku kembali normal.

Ya Rabbi! Betul ke semua ini berlaku atau sekadar mimpi. Subahanallah! Aku memang betul-betul merasai kejadian ini. Melihat jam di hanset baru sahaja pukul 2 pagi. Aku melihat di sekeliling dengan masih lagi membawa perasaan takut dan tak percaya. Kawan-kawan yang lain sedang nyenyak tidur dan berdengkur. Ya Allah, aku telah merasai sesuatu pengalaman yang mungkin akan aku ingat sampai bila-bila.

Disebalik suatu kejadian Allah pasti ada hikmahnya kan?

..SEKIAN..

p/s: Cukup la sekali saja aku merasainya..

6 comments:

  1. sy juga pnh rasa pengalaman sebegitu. mmg terasa kebas satu badan, dan suara tersekat dikerongkong. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. walaupun ada kajian yg dibuat mengenai situasi ini, tp ia masih belum cukup utk menghurai pengalaman yg kita alami.

    ReplyDelete
  2. haziq zainal~
    wing 3B. Wing ni rmai dh kne. Mmber aku pn kne slang 2 hri. tp bkn kne tndih, die kne trik dan meracau sbb crite psl tindih ni. Ade brani x duduk wing ni selame smggu. (^_^)

    syafawatirezuan~
    yekew? Tu la. Allah sje yg tau. Ape2 pun mntk perlndungn Dia jela utk semua bnde mcm ni.

    ReplyDelete
  3. wing aku pun paling keras kat SR. dan bilik aku paling keras kat wing tu :D amacam ada bran? haha

    ReplyDelete
  4. That could be "sleep paralysis". Many people get confused between "sleep paralysis" and "ditindih".

    ReplyDelete
  5. Haziq zainal~
    owh yekew? Haahahaha! x brani la.

    miss~
    mybe I must read a lot about this situation! Thnx 4 da cmmnt!

    ReplyDelete