Dah selesai pun 'shooting' aku dengan group member yang lain. Ingin sekali aku menyatakan disini bahawa aku bukanlah seorang pelakon drama mahupun pelakon iklan di kaca televisyen tu. Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, aku bagi tahu korang ye? Subjek yang aku ambil iaitu MKT (Fundamentals of Marketing) sebenarnya ada membuat satu competition iaitu buat satu iklan tentang suatu produk. Ia terbuka kepada pelajar sem 2 yang ambil subjek ni. Kos yang aku ingat ambil subjek ni, Banking, Business in Transport dan kos aku, Business Study. Yang lain aku tak ingat. Hahahaha~ Ni kira macam assingment jugak la. Bukan macam, dah memang salah satu assingment kitorang. Markah akan diberi siapa yang involve dan markah tersebut akan dibawa ke final exam nanti (memang wajib involve pun). Every sem benda ni akan berlaku. Pada sem kali ni (sem aku la tu) produk yang kitorang semua kena buat pasal 'LAPTOP'.
Banyak jugak la peristiwa yang berlaku sepanjang nak menyiapkan assingment ni. Group aku terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Aku (afif), Mr. B, Miss A1, Miss A2, Miss A3. Yang jadi leader dalam group kami perempuan, Miss A1 (Afif ni memalukan lakan? Patut awak yang jadi leader sebab awak tu lelaki). Aku bukan tak nak, tapi....... Hehehehehe~ Miss A1 ni lagi berpengalaman dalam hal-hal buat iklan ni sebab dia pun seorang M*#%L. So, biarkaaaaaannnnnnnnn!!!!!!
Sibuk
Banyak la benda tak patut berlaku, berlaku dalam hal ni. Aku cerita satu persatu. Tapi panjang la...Takpe kan? Huhuhuhu~ Our leader send a message....... "Malam ni ada discussion pasal assignment MKT pukul 10." Tapi tak jadi pun! Benda ni berlaku bukan sekali, tapi banyak kali jugak la. Alasannya, busy la, apa la, itu la, ini la. Hey, makcik kantin sekolah adik aku lagi busy la wei! Tapi ada jugak la conversation pasal benda ni. Tapi itu pun lepas kelas MKT tu jugak sebab time tu je semua member group dapat berjumpa pasal aku pun kelas MKT je yang sama dengan dorang semua. hahahah~
Siap Story Board
Jumpa tak, apa pun tak tau tau story board pasal iklan ni dah siap. Aiyh? Hebat gila leader aku ni (hebat ke? Patut discuss dulu cik kak ooii)! Tau tau dah siap. Aku nak jugak sumbangkan idea aku untuk story board tu. Nak jugak la tengok hasil bersama semua ahli group. Tapi....... Benda ni la yang buat aku dengan Mr. B terasa kitorang ni useless sangat! Hmmmmmmm....tak tau la. Tapi jalan cerita dia boleh la tahan. Boleh la daripada tak ada langsung.
Design Logo & Reka Nama Laptop
Aku dan Mr. B diminta untuk mereka logo dan nama untuk laptop tu. Wah, tak la terasa useless sangat kitorang ni. Bab-bab reka mereka dan lagi-lagi pulak ada kaitan dengan art, perggh...seronok-seronok! Aku ngan Mr. B reka design tu mengambil masa hanya sehari sahaja. Hebatkan? Hahahaha~ Tapi di sebabkan malas nak buat time dorang bagi masa awal-awal dulu, jadi la tempoh dia sampai seminggu lebih. Hahahaha~ Dah dekat nak shoot iklan tu baru terhegeh-hegeh nak buat. Hampir 6 design logo kitorang berdua reka. Dan pasal nama laptop tu pulak, aku dengan Mr. B letak CUBE LUMOS tapi Leader suruh pendekkan nama tu sebab dia kata nama panjang-panjang ni biasanya tak popular. Takpe la, aku ikut jugak la kata Leader tu. Karang melawan derhaka pulak. Nama pendek tu CL stand for CUBE LUMOS tu la. LUMOS plak bererti Lives Uniquely With Master Of apa entah, aku lupa dah. Hahahahah~ Mr. B je yang tau sebab dia yang letak LUMOS tu. Tapi yang sedihnyakan logo yang kitorang reka tu tak diguna pakai dalam iklan tu. Waaaaaaaaaaaaaa~ USELESS GILA DIRIKU DAN RAKAN KU INI!!! Lagi sekali aku dengan Mr. B merasakan diri ini USELESS sangat! :(
Before Hari Shooting
Message~
Leader: Pembikinan iklan pada hari Sabtu, pada pukul 9 di library. Pakai baju yang sepatutnya.
Afif: Ok
Leader: Esok buat rambut mohawk atau spike boleh?
Afif: Hahaha...jgn wat lawak la.
Leader: Eleh, slalu boleh je.
Afif: Xpyh la eayh?
Leader: Nak bezakan style kau ngan Mr. B
Afif: Abeh, xkn nk ptg rmbt plak?
Leader: Dah panjang ke? Biasa je.
Afif: Mslhnye rmbt ni xleh naek la. Dia kne pndek.
Leader: T-shirt dah design kat paint?
Afif:Dh...Logo kau nk ke?
Leader: Nanti letak kat pendrive. Tshirt tu make sure colour striking yg obvious on camera. Logo tableh tukar dah sebab penggambaran dah halfway. Tapi bwk jelah.
Afif: Yeke? CUBE LUMOS. Lumos tu stand for ape aku dh lupa. Kau tnye Mr. B coz dia yg ltk nme tu.
Hari Shooting
Janji pukul 9 tapi datangnya, mak aih! Dalam 10 lebih. Tak punctual langsung! Tapi akhirnya complete jugak kitorangnya assignment ni dengan jayanya walaupun scene aku ngan Mr. B di take berulang kali. Maklum la orang tak penah berlakon iklan. Heeeeeeeeee~
Daripada peristiwa ini aku dapat macam-macam pengalaman especially pengalaman berlakon iklan. Hahahahahahahahah~ Korang tunggu jela nanti eayh keputusannya. Doakan la agar our group success! Amin......
p/s: Aku letak nama Miss A1, Miss A2, Miss A3 bukan saja-saja tapi dah nama dorang start ngan huruf A nak wat camne.
p/s: Korang jangan judge akunya leader bukan-bukan if u dont know her dan aku pun post blog kali ini bukan tak puas hati dengan sesiapa. Just nak kongsi pengalaman aku ni. Actually she is a great leader!!
p/s: Kami hanya menggunakan camare digital je untuk melakukan penggambaran ini.
rmbt lu dah mcm tomok... nk buat rmbt mohawk ker...
ReplyDeletegila ker per...
tp utk owg tersyg x per, afif...
hahahahaa
Ryoma Ekhizen~
ReplyDeleteByk ar org tersyg!
Xde mkne sume tu.
walaweyh, bunyinyer spt anda bz yg teramat sgt these past few days, n congrats finally selesai ugak eah sume keje u ni kan .
ReplyDeleteP.S: TERINGIN MAU TGK ANDA BERAKSI DI HADAPAN KAMERA SBG SEORANG PELAKON IKLAN . weee~
Nurika~
ReplyDeletequite bzy jgk la tp still bly on9 lg. hahaha~
Oh, TIDAK!! Better u xpyh tgk coz nnt boleh koma 14hr 15mlm tgk i b'lakon! Krg koma spe susah? haaaa.... huhuhu~
mana ada korang useless?! tsk T_T tolonglah paham betapa susahnya kerja lain sektor, sebab itu selalu cancel. tapi aku suka kerja dengan kau. banyak idea, dan bertanggungjawab :) salahkan ain plakton sebab kami lambat okay. tidur mati selepas sahur adalah perkara seharihari. tapi nama cube memang smart, aku dah survey tanya orang teehee. sorry semua salah silap aku, nak duit rayaa.
ReplyDeletehanis zalikha~
ReplyDeleteampun anis! Ampun!
Hahaha~
Yeke? Wah, puji ikhlas ke x niyh? Terharu gila dowh! :)
serious. aku selalu cakap kat diorang, aku rasa bersalah sebab aku tahu kau nak contribute banyak. tapi disebabkan masa, dan aku selalu balik, aku rasa macam tanggungjawab aku nak siapkan storyboard supaya korang tak terbeban. lagi tiba-tiba syahir accident. sigh banyak hal. takpe lain kali (kalau ada), kau jadi leader. KITA TENGOK KAU PUNYA BUSY KALAH MAKCIK KANTIN KE TAK CIK ABANG OI. haha.
ReplyDeleteWah, perli aku nmpk! hahahahah~
ReplyDeleteAku xbleh jd leader la. Sbb aku di lhrkan bkn utk itu! :)
Btw thnx 4 evrythng n kau x kshkan post aku ni?
If diz post snggung prasaan kau I'M SORRY!!! :)
DAH MACAM CHATBOX SINI. Alah no worries mate. Standard ah semua salah anak buah leader tanggung T_T Tak singgung, banyak lagi benda yang boleh singgung perasaan aku, contohnya orang yang tak reti buat kerja tapi berlagak. Nasib korang sorang pun tidak ada begitu fuh. Dah-dah, bye kau.
ReplyDelete