Wednesday, October 24, 2012

Manusia Sebaik-Baik Kejadian



Berkata para Malaikat,
"Kenapa mahu diciptakan khalifah di muka bumi yang akan membuatkan kerosakan dan pertumpahan darah? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau ya Rabb."

Jawab Allah swt,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Harut dan Marut dipilih dikalangan para malaikat yang terbaik untuk dikurniakan nasfu untuk merasai dan diuji bagaimana manusia yang diciptakan dengan nafsu.

Nabi Ibrahim antara contoh terbaik betapa teguh dan taatnya iman baginda kepada Allah swt.

Harut dan Marut ternyata hanyut dengan nafsu sehingga berzina dengan isteri orang.

Nabi Ibrahim sekian lama tidak dikurniakan cahaya mata tapi bila dikurniakannya baginda diuji dengan bermacam ujian. Akhirnya turun perintah Allah kepada Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih anaknya. Satu-satunya anak yang dia miliki kini Allah telah datangkan ujian paling besar. Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail A.S menjalankan perintah tanpa mengeluh.

Terbukti bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita (makhluNya) dan para malaikat tidak ketahui.

Bersujudlah para malaikat kepada Allah dengan penuh rasa ketakutan kerana Allah telah membuka semua mata langit dengan melihat betapa indah dan terbaiknya ciptaan Allah ini (manusia).

Melalui cerita ringkas ini, terbukti bahawa kenapa Allah lebih mengasihi ciptaanNya manusia dan memberi darjat kedudukan yang tinggi di sisiNya kepada manusia beriman dari para malaikat.

Masihkah kita masih lagi enggan mahu bersujud ke atas segala nikmat yang diberi? Masihkah lagi kita mahu berkira untuk menginfakkan harta ke jalan Allah?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH FOLLOWER, BLOGGER dan PEMBACA BLOG KASOTPUTEH. 

..SEKIAN..

1 comment: