Thursday, July 26, 2012

Baru Kau Tahu Erti Penyesalan..



Kali ni nak cerita pasal erti penyesalan.. Di bulan puasa yang mulia ni elok sangatlah kalau kita ni menyesali apa-apa sahaja perlakuan dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini, erti kata lain, bermuhasabah diri. Aku tak nak terangkan bagaimana, macam mana dan bila mana kita perlu menyesal akan dosa-dosa yang kita lakukan. Aku akan menceritakan kisah di zaman nabi dan korang akan dapat morale of the story daripada cerita itu nanti.

Di zaman nabi, ada satu kisah, 3 orang pemuda pergi ke sebuah bukit untuk mencari emas. Di sebuah bukit itu terdapat satu gua. Di dalam gua itulah dipercayai tersimpannya emas itu. Sesudah sampainya mereka di bukit itu, mereka masuk pula ke dalam gua untuk meneruskan niat. Tapi dengan tiba-tiba, pintu gua itu tertutup lalu mereka terperangkap di dalamnya. Keadaan menjadi sangat gelap gelita. Batang hidung pun tak boleh nak nampak. Ketiga-tiga pemuda itu memikirkan apa yang harus dilakukan mereka. Pemuda 1 memberi cadangan untuk cari jalan keluar daripada gua itu sahaja dan membatalkan niat untuk mencari emas itu. Pemuda 2 pula mencadangkan supaya teruskan niat untuk mencari emas, alang-alang menyeluk pekasam. Pemuda 3 hanya mengikut sahaja mana-mana cadangan yang terbaik. Lalu mereka mengambil keputusan untuk meneruskan niat mencari emas.


Cari punya cari, mereka terjumpa satu loggokan batu (mungkin emas) di sekitar gua. Dengan keadaan yang gelap gelita mereka bertiga memberi andaian. Pemuda 1 menyatakan yang itu adalah batu sahaja. Pemuda 2 berkata itu adalah emas. Pemuda 3 pula menyatakan itu batu bercampur emas. Mereka masing-masing runsing perlukah mereka membawa keluar batu/emas itu? Tiba-tiba satu suara keluar dari entah arah mana dalam gua itu dengan berkata, "Kalau kau tak ambik rugi, ambik pun rugi!".


Lagi la mereka bertiga pening. Ambil rugi, tak mahu ambil pun rugi. Jadi yang mana satu? Pemuda 3 berkata, "Kalau aku ambik rugi tak ambik pun rugi? Hmmm.. tak payah ambik langsung lah!". Pemuda 2 pula berkata, "Kalau tak ambik aku rugi, ambik pun aku rugi? Ambik satu (seketul batu) pun jadi la." manakala Pemuda 1 pula berkata, "Hmmm..ambik rugi tak ambik rugi jugak? Ambik semua lah alang-alang.." Lalu Pemuda 3 mengambil seberapa banyak yang boleh masuk ke dalam guni.


Tidak semena-mena, pintu gua terbuka dengan tiba-tiba. Keluarlah mereka dari gua itu. Merek masing-masing melihat hasil yang mereka ambil di dalam gua itu tadi. Ternyata benda yang disangka batu tadi ialah emas. Lalu berkata Pemuda 1, "Kalau ku tahu itu emas, akan ku bawa lagi seguni emas itu keluar. Jadi dua guni. Menyesalnye!", Pemuda 2 pula berkata, "Cis, kalau aku tau itu emas, akan aku ambil lagi seketul  jadi dua pun sudah memadai.", dan Pemuda ketiga menyesal tak sudah kerana tak mengambil apa-apa pun, "Aduh, menyesalnya! Kalau ku tahu itu emas, akan aku ambil seketul pun jadi lah!".

Melalui kisah yang aku ceritakan ini, kita sebagai manusia akan menyesali perlakuan yang telah kita lakukan di dunia di akhirat kelak. Orang yang menyesal seperti Pemuda 1 itu ialah para sahabat nabi yang telah banyak beramal dan berbuat pahala pun masih menyesal. Seperti Pemuda 2 pula ialah kita yang mana di bulan puasa ni tak betul-betul mengambil peluang yang diberikan Allah swt untuk kita berbuat amal yang ganjarannya akan diberikan berlipat kali ganda. Tapi malang bagi kita sekiranya kita tidak berpuasa di bulan ramadan, malah lebih rugi bagi mereka yang juga meninggalkan solat. Dia seperti Pemuda 3 itu. Nauzubillah.. Ruginya.

Oleh itu, di bulan ramadan ini molek la sekiranya kita menyesali (bermuhasabah diri) dengan apa yang telah kita berbuat dosa sebelum ini sebelum kita menyesal tak sudah di padang mahsyar kelak. Banyak fadilat bagi orang yang berpuasa. Besar ganjarannya. Berlipat kali ganda pahalanya.

..WALLAHUALAM.. 

No comments:

Post a Comment