Semalam aku mengalami kecederaan yang agak teruk (kaki bengkak kerana di sepak) sampai susah nak berjalan sewaktu bermain bola. Semalam juga adalah perlawanan semi-final menentang Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) untuk Piala Timbalan Naib Canselor (TNC cup) UiTM Shah Alam. So dalam perlawanan tu, kami, Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) kalah 1-0. Mungkin takde rezeki.
Ok berbalik pada cerita asal aku, aku tercedera sewaktu bermain dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke 70++ kot.. Tak boleh nak continue main. Habis game je, aku terpikir, camne la gamaknye teman ni nak drive balik. Nak tekan minyak pon tak boleh. So, aku mintak kawan-kawan aku yang datang support aku pada masa tu tolong. Dorang tolong hantar aku ke Klinik yang berada di dalam kampus (UiTM Shah Alam).
Nak dijadikan ceghite, aku di minta masuk ke bilik M12 dan kaki aku diperiksa oleh 2 orang nurse dan seorang doktor. Apa entah yang doktor tu bebel masa tu pun aku dah lupa. Peristiwa yang akan aku ingat sampai bila-bila bilamana seorang nurse minta aku meniarap dan dia kata nak cucuk kat pungkoq aku! Pungkoq hang! Aku tanya, "Perlu ke nurse??". "Eh, mesti lah.. Awak nak sakit ke tak nak sakit nanti?". "Mesti la tak nak." "Ok, sekarang meniarap. Saya nak cucuk punggung awak.". Aku dah macam... Aaaa... Emmm.. Alahai... Segannyeee.. Eh, eh.. Xde la dia tanggal sampai bogel. Dia cucuk kat bahagian atas je. Tak nampak pon full spec. ^_^
Yang menjadi tanda tanya, kenapa perlu cucuk di pungkoq sedangkan dia hanya nak balut kaki aku yang bengkak tu je. Haish, sampai sekarang aku musykhil!! O.o Saya malu tau nurse awak tengok pungkoq saya. = .="
..SEKIAN..
p/s: Sempat update kejap walaupun chapter tak abeh cover lagi. Petang ada test.. ok bye..
bbbbbbbhahahahhhh....
ReplyDelete2 je mampu cakap :p
laahh korg rupenye yg bsing2 kt padang sblh mawar smlm tu =__+"
ReplyDeleteeh, cop cop! ktorg maen kat pdg perindu dpt DATC. yg kt pdg tu team laen.
Deletewell, i'm a nurse here,,
ReplyDeletethe reason why the nurse have to give u inj at that side is to reduce ur pain je..
that's it,
ok nurse. ^_^
Deleteperlu utk bagi ubat tahan sakit..
ReplyDeleteklu demam pun mcm tu jugak..
Hahaha buat sambungan entry. Tajuknya 'Aku yang ternoda'. Hahahaa kbai.
ReplyDeletehahaha..last muke kne seret kt jln ble?
Deletekah kah kah. ke kau suka sebenarnya.
ReplyDeletemmg kena cucuk kt situ la. ubat tu mmg kuat. IM voltaran kalau tak silap. klau inject kat lengan je, boleh jadi bengkak :)
ReplyDeleteok faaahhaaaammmmm... :)
Delete:) kt cucuk kt punggung kurang sakit berbanding kt deltoid(bahu)
ReplyDeletetade sape nak tgk punggung awk yg cantek tuh:P
alaaaa.. sjeje nk bg gmpak cte. hahah. tau la sume tu. xkn la die nk ambl ksmptn. *tp klau mmg die nk amk ksmptn cmne?? hahaha..
Delete