Tuesday, December 21, 2010

Apa Perbezaan Antara Jin, Syaitan Dan Iblis?


Apa perbezaan di antara jin, syaitan dengan iblis?? Memang 3 ekor makhluk Allah ni diciptakan daripada bahan yang sama (api). Tapi mereka juga ada perbezaan. Perbezaan untuk membezakan jin bukanlah syaitan mahupun iblis dan syaitan bukanlah iblis mahupun jin dan iblis bukanlah jin mahupun syaitan.

Jin, makhluk yang diciptakan oleh Allah daripada api. Mempunyai keturunan, bangsa dan agama seperti manusia. Juga menjalankan kehidupan seperti manusia seperti berkahwin, makan, minum dan lain-lain. Jin juga ada yang baik ada yang jahat. Cuma yang membezakan dia dengan kita ialah 'Sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia' dan kita tak boleh melihat mereka tapi mereka boleh melihat kita.

Syaitan itu iblis dan iblis itu bukan syaitan.. Kenapa?? Sebab syaitan ialah iblis yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada nabi Adam dan menghasut Hawa agar menderhakai Allah itu digelar syaitan. Kira iblis yang penghasut dan penggoda ialah syaitan.

Nampak perbezaan antara mereka bertiga. Bagus! So, jangan la nak berangan atau bercita-cita tinggi mahu jadi batu api yang suka menghasut dan mengajak orang lain menjahanamkan diri bersama-sama korang. Kalau nak jahanam, pegi jahanam sorang-sorang, jangan nak ajak orang lain sebab takut nanti kita digelar syaitan. Dan pada masa tu jugak jangan korang tak pasal-pasal nak maki, mencaci mahupun menangeh dekat mak korang sebab orang lain panggil korang dengan nama tu (syaitan).

..SEKIAN..

3 comments:

  1. toyol pulak mcm mane ekk..hmm..still wondering kenapa la toyol nk curi duit org je..rompak bank kan senang :?

    ReplyDelete
  2. jd iblis tu bnyk kaum la ye?? n slh stu ny ialah syaitan?? and another kaum of iblis??

    ReplyDelete
  3. muhammad siddiq~
    soalan ni ssuai tnye tok moh sbb die je yg ade jwpn.. (^_^)

    stairways of heaven~
    tak.. iblis tdk mmpnyai kaum. yg ade kaum jin. iblis yg suke mnghasut tu digelar syaitan. kire gelaran laa..

    ReplyDelete