Monday, October 8, 2012

Soal Hati



Kata orang, ikutkan hati mati.
Nak buat keputusan kadang-kadang perlu dengar kata hati.
Naluri hati ibu kuat kepada anak-anaknya.

Ini semua soal hati.
Kadang hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
Semalam ini, esok mungkin boleh jadi itu.
Hati, nasfu, iman semua berkait.

Dengan hati juga kita menyayangi dan juga di sayangi.
Sayang orang sepenuh hati, sayangnya sampai mati.
Tapi hati-hati kerana ia perangkap diri.
Kerana hati makan hati.
Sayanglah Pencipta hati kerana itu lebih bererti.

Allah yang membolak-balikkan hati.
Berdoa agar kita tidak tergolong dalam hati yang dipalingkan daripada agama.
Nauzubillah..
Hati ini mudah benar berubah.
Kuatkan hati dengan banyakkan berdoa.
Kuatkan hati dengan banyak menyebut namaNya.
Kuatkan hati agar semua kata hati benar.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kerana Pencipta hati itu menyampaikan sesuatu dengan menggerakkan hati.

Hebat sungguh ciptaan Mu ya Rabb...

..SEKIAN..

Wednesday, September 5, 2012

Kita Marah Tapi...



Kita marah orang tanya kita Islam ke kafir
Tapi kita tak pernah tunaikan solat 5 waktu.

Kita marah bila orang pandang-pandang 'barang baik' kita
Tapi kita sendiri tak menghalang pandangan mereka dengan menutup aurat.

Kita marah bila orang menghina Allah, Rasul dan agama kita
Tapi kita hanya mampu mencaci maki mereka tanpa bertindak apa-apa.

Kita marah bila ada orang lain ajak adik atau kakak kita tidur dengan mereka di bilik
Tapi kita lupa yang kita keluar masuk bilik usung adik dan kakak orang lain.

Kita marah bila orang kata kita bodoh
Tapi kita sendiri yang malas untuk menjadi pandai.

Kita marah bila orang lain buat salah
Tapi bila kita buat salah kita tak dapat terima.

Kita marah bila orang kutuk belakang kita
Tapi bila kita kutuk orang tak ingat dunia.

Kerana marah kita hilang pertimbangan,
kerana marah kita hilang akal,
kerana marah kita seperti dirasuk syaitan.

Kawal amarah mu kerana apabila seorang anak adam di kuasai dengan perasaan marah, itu yang membuat syaitan menyukai kita dan memudahkan lagi untuk dia menghasut kita. Banyakkan bersabar..

..WALLAHUALAM..