Tuesday, April 20, 2010

Hebat Sangat Ke Filem Luar Negara?

Hebat ke filem luar negara? Tak la hebat mana pun! Macam mana korang boleh kata hebat? Ni sesuatu benda yang pelik. Most weird thing in the world you know! Huhuhu..


Ok tang mana korang kata hebat tuh? Lagi-lagi filem Hollywood yang korang agung-agungkan tuh. Habaq mai dekat che` ni.

Public Voice: Diorang boleh buat lokasi scene yang tak tercapai dek akal mu.

Owh, really? itu korang kata hebat? Bagi aku tidak sama sekali. Bagi aku kalau dorang hebat, dorang takde nak menipu para penonton dengan lokasi-lokasi penggambaran dorang tuh! Setakat buat shooting menggunakan kain rentang kaler hijau (green screen) tak payah la beb. Kalau dorang betul-betul hebat, dorang buat scene dekat lokasi sebenar bukan menipu. Contoh kalau nak buat scene cari harta karun dekat dalam gunung berapi. Hah, pegi jela tempatnya betul-betul. Baru la hebat, cool dan mengagumkan.


Public Voice: Dorang punya stunt-man hebat bro! Semua berani mati.

Siapa cakap? Semua tu menipu je. Stunt-man dorang semua tak berani mati. Kalau betul dorang berani mati, scene-scene meletup dekat badan, jatuh dari bangunan, naik moto melayang dan macam-macam lagi, dorang tak payah pakai safety la. Ni scene melayang pun nak pakai tali, scene jatuh dari bangunan pun nak lapik tilam tebal-tebal. Cuba try tengok tak payah pakai tali, tak payah pakai tilam. Agak-agak dorang nak buat tak? Tak beraninya dorang awak.

Public Voice: Budget dorang untuk satu filem ber-billion-billion dollar. Kita?

Korang ada pegi kira dorang punya budget sebenar ke? Budget sendiri pun tak terkira kan? Setakat korang baca dalam paper, internet dan lain-lain belum tentu kesahihannya. Dorang nak letupkan kapal terbang pun pakai replika je awak. Dorang letupkan kereta mewah-mewah pun entah-entah body luar je. Enjinnya takde pun. Kalau dorang berani, try la letupkan kapal terbang betul-betul. Try la hempas kapal terbang betul-betul. Tak beraninya dorang tu. Mau botak kepala producer tuh kalau pakai kapal terbang betul-betul.

Public Voice: Dorang punya script dengan jalan cerita semuanya original story. Tak macam filem Malaysia. Banyak yang ciplak.

Mana korang tau. Mana tau dorang ciplak daripada jalan cerita filem negara-negara lain yang tak pernah korang tengok ke. Mana la kita nak tau. Entah-entah cerita dorang tu, negara Bangladesh dah buat dulu. Siapa la tau. Korang bukannya nak tengok pun cerita-cerita Bangla.

Public Voice: Dorang punya karakter hero semua macho-macho, style dan bergaya.

Siapa cakap? Superman tu bergaya? Batman tuh macho? Siapa lagi? Tengok pakaian dorang pun dah tau dorang tu semuanya bingai. Masa tak pakai costume hero memang la macho, style dan bergaya. Sekali dia pakai costume, ambik kau! Dah macam orang gila dah. Orang gila lagi hensem la.

Wah, kalau seluar dalam tuh korang pakai dekat kepala mesti lagi style.

Public Voice: Heroin dorang semua cun-cun beb. Boleh buat orang tergoda.

Laaa...make-up awak. Make-up! Make-up dapat menutup segala macam benda yang nampak di muka kita. Penuaan, jerawat dan lain-lain. Berlakon tak pakai make-up tengok macam mana pergi dia. Aku rasa kalau dorang berlakon tak pakai make-up, dah boleh pegang watak zombie dah.


Aaaarrrgggghhhh...camni aku cancel korang jadi girlfriend aku! Huh! (^_^)

Bukan niat aku nak boikot filem Hollywood atau filem luar negara yang lain (sikit tu ada la), tapi ni la realitinya. Orang kita terlampau mengagung-agungkan filem barat. Tak salah nak menonton tapi jangan sampai mereka mempengaruhi fikiran kita. Ingatlah, ini semua senjata dorang untuk menjatuhkan kita (Islam) sebab mereka sedar (kita bila nak sedar pun tak tau la) dan tahu satu-satunya cara untuk memerangi musuh adalah dengan menguasai fikiran musuh dan melemahkannya (bijak betul dorang ni). So, buang yang keruh, ambil yang jernih. Orang kata senjata untuk melawan balik musuh adalah dengan menggunakan balik senjata yang telah diciptanya sendiri. Fikir-fikirkan la ye..

..SEKIAN..

Sokonglah industri perfileman tanah air.

p/s: Aku pun lebih kurang je. So, sama-sama la kita renung kehadapan.

8 comments:

  1. sebenarnya, bukan nak agungkan sangat citer hollywood ni..tapi cara kreativiti dowang dalam menarik orang ramai untuk tonton filem dowang..tak salah kalau kiter kater memang hebat..
    kalau lah pengarah,penerbit filem dan malaysia buat yang macam dowang buat..of coz kiter akan cakap dowang hebat..
    ni tak..kadang2 love story je memanjang..
    kreativiti ade..tapi sometimes mengarut...
    huhu~~
    that's my opinion only la..
    masih lagi menyokong industri tanah air..
    :p

    ReplyDelete
  2. dalam kesah aku~ sebab kitew x pnah nk fkir positif tntng filem malaysia. mind set kitew mmg dr awl dh kate filem malaysia sume xbest. so, thts why its happen. sokongan, kritikan mmbina dan fikiran positif terhdp filem m'sia mmbuatkn para pejuang filem m'sia akan bertmbh maju kehdapn.

    ReplyDelete
  3. wah dah macam forum perfileman dah aku tengok. haha. kasut puteh, aku pun bukannya nak agungkan karya barat tapi diorang memang patut dipuji dari segi kreativiti di mana diorang berfikir out of the box. ada kau tengok pengarah malay buat movie macam 2012? walaupun pengarah dia shoot guna green screen tapi tetap nampak real kan? kau pernah tengok movie malay Mendam Berahi? ala ala Charlie Angle. Cuba kau bandingkan dengan movie negara lain. Bapak malu siot. kita dah ketinggalan gila kat belakang. Sebab apa? sebab karyawan kita selalu amik jalan selamat. buat movie yang budget je. diorang sendiri tak penah nak fikir positif nak hasilkan movie2 yang setanding dengan negara luar. Hah ni opinion aku je setakat ni. huhu

    ReplyDelete
  4. haziq zainal~
    yeah! mari berdebat!

    Kalau nk diikutkan budget, mmg la kitew kalah sbb xde producer yg jutawan nak produce cite. sbb tu la pngarah xleh nk buat cte gmpaq2! aku rse kalau duet byk sure cite kite boleh jd gmpaq as gempaq as filem hollywood. all we need just money! money! money!

    nk buat mcm filem 2012? x tkut kne smbar petir atau azab seksa kubur?

    ReplyDelete
  5. wah , nmpk sgt serious madah bicara afif ahnaf kali ni .
    ape pun , i takot nak join debat dan forum u and the gang , just angguk apa yg i setuju , geleng plak bile saket tengkuk . ahah .

    afif , serious , nice entry !

    ReplyDelete
  6. nurika~
    ehem..ahahaha..serious ke? i mngarut je la smua tuh. huhuhu.. ala u knp xnk join? kalau u join debat ni, cnfrm i klh. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Entri macam ni yang gua suka sangat nak bagi komen disebabkan gua adalah seorang yang kaki wayang yang tegar.

    Bagi gua, filem-filem Hollywood ni kebanyakannya overrated. Ikut kan banyak lagi filem yang baik kat dalam dunia ni. Filem-filem eropah misalnya. Di Iran juga banyak menghasilkan filem-filem yang bagus. Pernah dengar nama Majid Majidi?

    Filem yang baik yang gua maksudkan ni adalah dari segi jalan cerita dan kesan terhadap pemikiran. Bukan hanya pada CGI. Itu hanya sekadar kosmetik, bukan isi.

    Di Malaysia, kita lebih tertumpu kepada kosmetiknya sahaja. Kekuatan naratif sering diabaikan. Seringkali gua merasakan menonton filem-filem hollywood, bollywood dan kadang-kadang hong kong semasa menonton filem melayu yang popular.

    Gua tak rasa pun jalan cerita tu hampir dengan jiwa kita walaupun filem itu dibuat dari air tangan orang kita sendiri. Dan kadangkala, walaupun menceritakan isu-isu semasa dalam filem, gua merasakan bagai diberi kuliah subuh di dalam pawagam. Banyak filem yang jalan ceritanya nampak dibuat-buat. Tak natural.

    ReplyDelete
  8. Sylarius~ kalau mcm ni lu punya hujah bro, wa stuju sgt! hahaha.. no cmmnt! wa skong 100%!

    ReplyDelete