Thursday, November 25, 2010

The Best Moment In My Life

Hampir 2 minggu lebih, akhirnya berakhir sudah Kejohanan KARISMA di UiTM Shah Alam. Memang banyak benda aku nak cerita pada entry kali ini. Tapi mungkin akan makan masa yang agak panjang untuk membacanya jika aku cerita dekat korang dari A sampai Z. Tambahan kalau korang mengeja. Memang 3 kali raya la jawabnya baru habis.

Sukar untuk aku meluahkan dengan kata-kata bagaimana perasaan gembira, teruja dan duka aku dan rakan-rakan (Team Bola Sepak) yang lain sepanjang menjalani latihan pusat sehinggalah tamatnya kejohanan ni. Banyak kenangan aku dan rakan-rakan lain bersama. Rasa sungguh sukar untuk menerima semua ni yang ia sudah berakhir semalam. Rasa semacam tidak puas saja kitorang bergurau, bergelak ketawa bersama-sama. Pahit getir juga kitorang lalui bersama. Nak cerita satu persatu mau tercabut jari-jari aku ni karang. Apa yang boleh aku kongsi bersama hanyalah video ni. Korang tengok la eayh. Mungkin dengan menonton video ni dapat korang rasa jugak apa yang aku rasa.

video

Kenangan ni pasti aku tak dapat lupakan sepanjang hidup aku.. Thank's kawan-kawan for everything.

..SEKIAN..

p/s: Lantak pi la korang nak kata aku ni over macam menang emas ke apa ke. Janji aku bangga dengan diri aku dan kawan-kawan aku semua sebab apa yang kitorang dah capai ni dah dapat menutup mulut-mulut yang berbau longkang yang memandang rendah keupayaan kami. Aku rasa ni pencapaian terbaik pasukan Bola Sepak Johor yang rata-rata pemainnya bukanlah terdiri daripada budak-budak Sport Science.

p/s: Video part 2 coming soon..

2 comments:

  1. nice one. Karisma 2010 memang tak boleh lupa sampai bila bila.

    Karisma 2011 dekat Johor pula c;

    ReplyDelete
  2. AAA Jr~
    mmg xkn lupa lg2 kalau kenangan tu punyai byk nilai sentimental.. (^_^)

    ReplyDelete