Wednesday, August 11, 2010

Hah, Kan Orang Dah Kata..

Orang kata kalau jahat mesti dibalas jahat. Baik pulak of course dibalas baik. Jangan ingat korang buat jahat akan terlepas dan tak dapat balasannya. Kadang-kadang tu nawaitu baru nak buat jahat pun dah kena balas tang tu jugak.

Ini ada satu kisah tentang jahat dibalas jahat. Cerita ni cerita aku sendiri. (^_^) Ceritanya
bermula begini...

Pada Sabtu yang lepas (7 Ogos 2010), UiTM Segamat telah menganjurkan satu event iaitu sukan antara kos yang ada di kampus Segamat. Event ni memang tiap-tiap tahun di adakan. Tujuannya nak cungkil bakat-bakat terpendam bagi student-student UiTM Segamat. So, ni la masanya student-student nak tunjuk segala yang ada (I meant bakat!) dekat pihak UiTM Segamat supaya peluang untuk mewakili UiTM kampus Segamat dalam sukan antara seluruh kampus UiTM di Malaysia (akhir tahun ni) cerah. Kira event ni bukan event main-main la.

Al-kisahnya, aku mewakili kos aku (Dip. in Business Study) dalam permainan futsal.
Memandangkan selection untuk team aku ni dilakukan last minute. Apa orang kata tu, just tangkap muat je. Berlakulah satu masalah di mana pasukan aku mengalami masalah ketidak cukupan ahli. Masalah yang lagi besar, tiada seorang pun ahli pasukan kami yang boleh jadi Gol Keeper. Ni sikit sebanyak menjejaskan peluang kami untuk pergi ke peringkat separuh akhir. Hahahaha. Ayat tak boleh belah.

So, tanpa memikirkan masa depan dan menunggu bila bulan nak jatuh atas kepala, aku terus call member aku yang aku rasakan dialah orang yang paling sesuai untuk jawatan tu (Gol Keeper). Call punya call tak dapat dapat. Keadaan menjadi semakin genting (genting ke getir??) memandangkan perlawanan lagi beberapa minit nak mula. Nak dipendekkan cerita, last-last salah seorang teammate aku terpaksa mem-volunteer-kan diri jadi keeper. Not bad la dia keeper. Bolos dua je tapi kitorang tak berjaya pun ke peringkat separuh akhir.

Ok berbalik kepada tujuan cerita asal tadi, nombor yang aku call member aku tadi yang tak dapat-dapat tu, hantar message pulak dekat aku.
Dia: Ni cape? Tadi ade miskol eayh?

Tiba-tiba terlintas satu pemikiran jahat dekat kepala hotak aku ni. "Aik, dia tak tau no celcom aku ke? Hahahaha.. Ade can nak kacau dia nih!". Aku bab-bab mengacau orang memang suka. Aku pun teruskanlah niat jahat aku tu nak kenakan member aku ni. Aku berlakon yang aku ni seorang perempuan.
Dia: Awk ni cape?
Aku Jahat: Cbe la teke?
Dia: Takde mood la nak teke2 skg ni. Bgtau jela cpe?
Aku Jahat: Owh, maaflh. Sorry gggu awk. k bye.
Dia: Eh, chop2. nnt dulu. bgtau dulu ni cape?

Manusia ni, bila niat jahat dia plan macam nak berjaya je, akal fikiran mulalah memikirkan sesuatu yang lebih extream daripada apa yang ada. Aku terus ber-message dengan beliau dengan masih merahsiakan 'identiti diri palsu' dan dia pulak tak putus asa menanyakan siapa
aku. Sampai la satu ketika sewaktu aku keluar makan dengan member-member serumah. Dia menghantar message lagi untuk memastikan siapa aku sebenarnya.

Dia: Cepat la bgtau ni cape??
Aku Jahat: Ala..xnk. Teke la dlu.
Dia: xde clue ke? cmne nk teke? Umor brape? dok kt mne?
Aku Jahat: Ala umor mude lg. Bru 19thn. Dok dekat JB.
Dia: Adam eayh?Aku Jahat: Adam mne pulak ni? Sy p'puan kot.
Dia: Sye rse awk ni slh org kot. Klau knal sye bgtau spe sye?
Aku Jahat: Ala, awk _________ kn? Kos DBS. Btul x?
Dia: Owh, itu pkcik sye. Sy ank buah die. Sy pkai no die ni.

Tiba-tiba dunia aku jadi seperti nak meletup. Muka start jadi merah ke hitaman dan aku terasa nak masukkan kepala ke dalam lubang jamban je. OMG! Macam mana boleh tersalah orang nih. Adoyaiii.. Malu beb! Malu gua beb! Aku rasa nak terjun KLCC larh sekarang ni. Aaaaaaaaaaaa....Maluuuuuuuuuuuunyaaaa akuuuuuuuu!!


Hah, kan orang dah kata jangan buat jahat sebab nanti akan terima balik balasannya tuh. So, kalau nak buat jahat dekat orang tu, fikir-fikirlah selama 14hari ok?

..SEKIAN..

p/s: Di kesempatan ni, aku nak wish selamat menyambut bulan ramadan kepada semua umat Islam. Puasa biar penuh dan hati biar ikhlas dalam mengerjakan ibadahNya. Ok kawan-kawan. Hah, jangan buat kerja-kerja menganiaya orang macam aku buat ni sepanjang bulan puasa ni ye?

p/s: Text message tu tak 100% sama macam yang aku dan dia hantar tp fakta dia masih tak lari.

5 comments:

  1. hahahaha.. kelakar... entah2 dia pon kenakan ko jugak.. keh2!

    ReplyDelete
  2. Nurika Jianie~
    amboii..glak sakan nmpk! >:(

    Amni~
    x x.. mmg aku dh t'kena sbb bru t'igt yg die bg no tu kt ank sedare die. Wht the fish man.

    ReplyDelete
  3. cik shabah~
    ishk3.. boleh msuk rja lwk x eayh? (^_^)

    ReplyDelete