Wednesday, September 1, 2010

Merdeka Day @ Melaka (Kisah Berbuka Puasa)




Tanggal tiga puluh satu, Bulan lapan lima puluh tujuh, Hari yang mulia, Hari bahagia, Sambut dengan jiwa yang merdeka




Dah familiar sangat dah dengan lagu patriotik ni kan. Lagu yang telah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Tiap kali hari kebangsaan tiba, mesti lagu ni yang akan keluar. Aish, mesti la. Takkan la keluar lagu Syahir AF(kepada kaum hawa sila jerit sekarang) pulakkan?

Semalam pada yang sedia maklum cuti sempena hari kebangsaan negara kita, aku dan kawan-kawan mengambil jalan yang agak benar pergi ke Melaka untuk menghabiskan cuti satu hari tu. Aku dan 7 orang lagi kawan, Karjo, Pudin, Sanat, Arai, Iqa dan Kyra, ditambah pulak seorang awek Sanat dan seorang anak gadis comel iaitu anak kawan bapak si Arai. Berapa semua? 9 orang! Pandai! Macam mana anak kawan bapak Arai boleh sesat? Hah, sat lagi saya bagi tau na.

Buat apa kitorang pergi Melaka? Sebab dekat Segamat takde tempat best nak entertainment la awak. So, Melaka la tempat paling dekat dan banyak entertainment boleh buat. Macam-macam la kitorang buat. Main bowling, bergambar (part ni perempuan suka!), window shopping (ni jugak!) dan cuci mata (astaghfirullahalazim!). Sampai lenguh-lenguh la kaki berjalan-jalan seharian. Macam nak tercabut bulu-bulu kaki aku.

Nak dijadikan cerita drama bulan puasa, aku message la kawan baik aku Nur untuk mendapatkan informasi tempat berbuka mana paling best dekat area-area Bandar Melaka. So, dia pun syorkan la satu restoran yang bertempat di Kg. Portugis. Datang la si Nur dengan 3 orang lagi housemate dia. Jadi la kitorang 13orang semuanya. Betul? Betul la tu.

Nak dijadikan cerita lagi, sampai je dekat kawasan tu, kitorang sangat teruja sebab kitorang terasa bagaikan betul-betul berada dekat Portugal. Ada nama jalan Desandro la, Alessandro la, De Amor la. Memang macam dekat Portugal betul wa cakap lu. Of course la ade terasa sedikit ke-batak-kan kat situkan sebab first time kot sampai kat situ. Sampai je kitorang dekat restoran tu, owner restoran masing-masing berebut dapatkan kitorang. Tapi owner-owner kedai makan dekat situ menggerunkan sebab ada tatoo dekat tangan. Muka mereka jugak agak bengis dan garang (takdelah, tipu je!).

Owner Restoran 1: Adik-adik, mau buke kan? Sini boleh. We have western, goreng-goreng, seafood.
Owner Restoran 2: Adik-adik, situ very expensive. Here we got better price.
Owner Restoran 3: Adik-adik, come here la. We got many type of food.

Ah, sudah. Pening kitorang dibuatnya. Last-last kitorang pergi dekat owner nombor 1 pasal dia yang dapatkan kitorang dulu. Ehem..first come first serve betul tak? Hahaha..

Tapi yang men-dissapointed-kan kitorang, kedai-kedai makan dekat situ macam tak meyakinkan halal je sebab diorang serve arak, botol-botol arak bersepah dekat lantai, tangan owner kedai makan tu kebanyakannya ber-tatoo. So, kitorang jadi was-was la nak makan kat situ. Lama jugak la kitorang buat decision sama ada nak makan dekat situ ke tak. Sampaikan 3 4 orang member aku sempat bergambar 5 hingga 6 keping gambar (pantang nampak view cantik dan ada masa terluang sikit). Keadaan disitu bertambah kecoh sebab owner-owner kedai dekat situ cuba mempertahankan status halal kedai makan dorang dan paksa kitorang berbuka dekat situ jugak.

Keadaan jadi semakin bercelaru. Otak makin laju berdenyut. Macam-macam fikiran aku keluar masa tu. Hukum halal haram yang pernah ustaz ustazah aku ajar dulu la, ceramah akhil hayy la, forum perdana la. Tapi ada sorang brader (keturunan portugis) mempunyai sedikit tatoo di tangan sempat bagi ceramah dekat kitorang (macam tak percaya). Actually bukan ceramah tapi advise.

Brader Tatoo di Tangan: If you are not confident to eat here. We dont force you. Its up to you whether you want to eat here or go to other place. We dont want to force you. Its up to you ok?

Pergghhh..bagus betul la dia. Respect la sebab paham apa kehendak kami terhadap makanan halal haram. Final decision, dengan majoriti 12/13, kitorang makan dekat tempat lain.

Ni la pengalaman pertama aku dalam hidup berlaku situasi sebegini rupa. Menjadikan kisah kitorang pada hari tu bertambah menarik seperti dalam iklan pendek dekat channel Oasis 106 (jangan dok tunggu pulak iklan tu sebab takde pun). Hahaha..

p/s: Jawapan kepada persoalan tu, si Arai ni diberi amanah oleh bapak dia untuk bawak balik dan jaga anak kawan bapak dia tu sampai la ke kampus. Maksudnya, budak perempuan tu tumpang kitorang balik Segamat la. Sian budak tu, asyik kena buli dengan aku je. (^_^)

No comments:

Post a Comment