Friday, April 29, 2011

Bagai 10 Tahun

Fuyoooo...lama gila aku tak jenguk blog aku. BerSAWANG dah. Sawang ni boleh buat jala agaknyakan? Masih ada lagikah followers aku kat sini? Macam takdo jo. Takpelah. Takde pun aku tak kisah (siapa kata aku tak kisah?). emmm... macam mana nak mula? Adoi.. Seperti tiada idea mahu MENCARUT dekat sini. Hah, oklah. Memandangkan aku dah start cuti semester, so aku nak buat conclusion la sepanjang semester 5 yang dah aku lalui ni.


Semester kali ni memang gila-gila punya busy sehinggakan nak tengok muka sendiri dekat cermin pon tak sompek. Hah, korang bayangkan la kalau sekarang ni aku tengah ada masa nak pegi tengok dekat cermin. Lepas tu satu kejutan berlaku dekat muka aku seperti 'Muka aku berubah ke muka JUSTIN BEBEL'. Hah, tak ke koma aku dekat depan cermin tu jugak. Ok, di pendekkan cerita, semester ni tekanan menghadapi peperiksaan akhir aku memang gila-gila terasa. Tapi alhamdulillah aku tempuhinya dengan sabar dan tabah. 


Sebelum aku habiskan carutan aku ni, aku nak cerita satu peristiwa kelakar yang berlaku baru-baru ni dekat korang. Ia berlaku ketika aku dan student-student yang lain menduduki peperiksaan di dalam dewan utama UiTM Johor. Seorang budak perempuan duduk dihadapan aku. First kelakar yang dibuat sewaktu semua student sibuk nak ambil tempat duduk. Sedang aku meng-usha orang di sekeliling, tiba-tiba pandangan aku teralih dekat dia (budak perempuan yang buat lawak tu). Nak tau kenapa? Boleh dia TERBAWAK buku nota yang setebal-tebal alam ke dalam dewan peperiksaan. Aiyoooo... Nervous sangat ke kak sampai buku setebal-tebal alam pun boleh tak perasaan terbawak. Tapi lawak yang dia buat tu masih tidak berjaya menggeletek ulu hati aku ni. Hah, lawak yang bakal aku cerita ni pasti dapat menggugat iman dan nafsu ketawa korang. Lawak dia kali ni memang FIRST CLASS. Sumpah kelakar! Nak tau apa dia buat? Dia boleh bantai tanya kawan dekat sebelah dia dah boleh mula menjawab ke belum setelah 45minit kitorang semua mula menjawab. Hahahahahaha.. Korang bayangkan la macam mana keadaan aku yang sedaya upaya cuba menahan gelak masa tu. Rasa nak terkentut pun ada. Hadooiii.. Kejam sungguh dia buat lawak time-time macam tu. Macam kawan aku kata, dia berangan nak jadi PUTERI kot sepanjang 45minit tu. Hey, dunia dunia.. 


Emmm..rasanya itu je la entry aku kali ni. Just nak bersih-bersihkan sawang-sawang yang ada je. Any other entry I'll update later. For those who still keep in touch with KASOTPUTEH's BLOG, thank you very much. 


..SEKIAN..