Assalamualaikum wtb.. Hah, aku dah kata aku banyak sangat masa terluang sebab tu asyik
update je
blog ni. Hahaha.
Ok, kali ni nak
story sikit pasal kawan aku sorang ni. Dia seorang berbadan sasa, tinggi lampai dan muka ala-ala Korea (mata sepet). Kalau korang tengok ada satu rancangan Korea,
Running Man tu, ada sorang mamat tu yang berbadan sasa. Muka kawan aku tu lebih kurang macam dia la. Kadang-kadang aku bahan dia Rahmat Mega. Hahaha. Pun lebih kurang jugak. Tapi yang tak boleh belah mamat ni pantang jumpa perempuan yang dia betul-betul minat dan pemalu dengan perempuan (aku pun lebih kurang je).
Ni ada satu kisah pasal dia. Masa tu KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa) UiTM sedang berlangsung. Mamat (member aku) ni minat gila dekat seorang budak perempuan (takkan laki pulakkan). Dia jugak dari kampus yang sama (UiTM Segamat, Johor). Tapi dia main untuk
team bola jaring. Kali pertama
member aku ni jatuh hati dengan dia
start dari latihan pusat lagi. Masa tu
coach kami (Bola Sepak) buat sesi latihan bersama budak-budak bola jaring. Dari situ la hati member aku ni dah terpaut pada Si Dia. Tiap saat, tiap ketika
member aku ni tak habis-habis
mention nama Si Dia. Tiap saat, tiap ketika tu jugak la aku terpaksa berlari ke
toilet kerana muntah. Hahahaa..
Nak di jadikan drama Melayu,
member aku ni dah tak boleh simpan dah perasaan dia lama-lama. Dia nak jugak dapatkan nombor
phone Si Dia dan berkenalan dengan lebih rapat. Hah, masa ni la segala perkara terbongkar. Rupanya
member aku Si Badan Sasa ni pemalu dan penakut jugak orangnya. Wa ingat lu
gentle bro!! Adooiii... Buat malu je. Badan je ketak-ketak. Ok ok. Teruskan dengan
story.... Oleh kerana tidak tahan dengan godaan aku dan kawan-kawan lain suruh berkenalan dengan Si Dia dengan lebih rapat (mintak nombor phone), dia pun mintak la tolong Aqif sebab Aqif ni kenal dengan Si Dia.
So, Aqif
had makes some plan for Si Sasa. Plan dia lebih kurang macam ni:-
Aqif ajak kawan dia yang satu team dengan Si Dia ajak lepak bawah kolej. Manakala Si Sasa pulak perlu tunggu sebentar di dalam bilik sementara menunggu message green light daripada Aqif. Dah dapat green light barulah Si Sasa turun dan berjumpa Si Dia.
Dalam masa menunggu
green light tu, aku telah menjadi mangsanya. Si Sasa boleh tanya
tips bila
first time nak berhadapan dengan perempuan seperti apa patut cakap dan sebagainya. Dengan karisma yang menjulang tinggi dan lagak gaya seperti pakar motivasi, aku pun bagi la beberapa
tips. Padahal aku pun tak pernah alaminya. Aku bagitau
based on cerita drama dan pengalaman kawan-kawan lain je. Hahahaha..
What a pathetic! Tapi semuanya seperti di terima dan ekspresi mukanya seperti mengatakan,
'boleh diterima akal jugak idea Afif nih!!'. Hahaha.. Setiap minit dia bagitau dekat aku perasaan gemuruh dan gementar dia nak jumpa dengan Si Dia. Dan setiap minit tu jugak la aku rasa loya tekak dengar dia cakap macam tu. Hahaha. Layan je la. Tak layan kecik hati pulakkan?
15minit kemudian dia dapat
green light daripada Aqif. Ni pun satu hal jugak. Dah 5minit dapat
green light tapi
still tak pegi-pegi jumpa pulak. Korang nak tau apa jadi? Sebelum turun ke bawah kolej tu aku dah buat satu plan untuk dia. Plan dia:-
Aku dan Si Sasa turun bawah buat-buat nak ambil something dalam kereta Si Sasa. Dan dengan lakonan yang mantap Si Sasa kena buat-buat terperanjat jumpa Aqif dan kawan-kawannya (including her) lepak.
Hahaha.. Ok tak idea aku? Tapi yang buatkan aku dan Si Sasa lambat jumpa Si Dia, Si Sasa ni boleh nak terkentut la, nak terbe*** la. Hahahaha..Macam-macam alasan dia bagi nak lari.
Lastly, berjaya jugak ketemukan mereka berdua. Dah jumpa tak nak macam lama pulakkan bersembang. Ajak balik pun tak nak. Hahaha..Sampai info pasal bapak Si Dia pun dah berjaya di gali. DASYAAAATTTT!!!
Persoalannya di sini siapa kaum yang lemah sekarang ni?? Hahahaa.. You can see it brother!
..SEKIAN..
p/s: Tapi sayangnya Si Dia sudah berpunya. Punah harapan Si Sasa. =__="