Monday, October 12, 2009

Annual Dinner DBS

Assalamualaikum wtb semua. Wah, ni la first time aku join dinner DBS (Dip. Business Study). Last sem, aku tak join pun sebab dorang kata tak best. This sem entah macam mana tergerak hati nak turut serta. Lagipun member aku dah jadi Exco, so dia yang ajak. Ok this time aku cerita melalui gambar eayh? Hope you all will enjoy.

Gambar ni sebelum nak gerak ke Dewan Sri Peria (DSP) yang berada di Sektor B (Kolej Perempuan). Biasa la awak, kalau dah pakai baju mengalahkan YB ni, tak sah kalau tak bergambar. Ni pun sebab tunggu awek-awek kitorang Jamal, Sanat ngan Mok tak siap-siap lagi (macam perempuan dorang ni siap). So, untuk mengisi masa terluang, ambil la gambar. Lupa pulak nak bagi tau. Tema untuk malam ni Raya Classical. Korang judge la sendiri pakaian yang dikenakan eayh?


"Is, Is cepat, aku nak ambik gambar kau ni." Hehe, Is. Orang pertama aku ambil gambar dia pada malam tu sebelum nak gerak.


"Ok Acab, kau pulak. Kau berdiri kat dinding situ." "Eh, betul ke kau nak ambik gambar aku? Aku nak gambar macam menteri eh? Ok aku pos macam ni." "Wah, Acab ni, bagi betis nak peha.". Hehehe~


"Hah, Bidan kau plak. Kau pun berdiri kat tempat Acab tadi."

15minit kemudian:-

Afif: Eh, mane dorang ni? Lamenye?
Is: Kita gerak dulu la jom.
Afif: Rileks sudah. Kau ni kenapa excited sangat ni?
Is: Kita bayar kot. Nanti terlepas benda yang best plak.
Afif: Start kol 8.30 kot.
Is: Oh, yeke?

Kerana lama sangat tunggu awek 3orang tu, kitorang ambil keputusan gerak dulu. Sampai je kat DSP, dah ramai orang dah kat depan dewan. Macam-macam jenis pakaian ada. Ada yang pakai baju melayu Johor la, baju melayu Perak la (???), kebaya, kurung kedah, kebarung. Eh? tak pakai baju pun ada?? Masya-Allah kucing ni. Pakai la baju melayu kalau ye nak join kitorang ni. (^_^)

Dalam 15minit lebih la kitorang tunggu awek-awek tu sampai. Akhirnya....

Afif: Mak aih, kitorang tuggu dia lama kat sini, dia boleh buat tak tau je?
Is: Wei, mangkuk. Agak kuang hajar kan? Kitorang tunggu kat sini kau boleh nak masuk dulu pulak.
Jamal: Eh, kawan-kawan. Sorry, sorry. Tak perasan.
Sanat: Afifffff.....hehehee~
Mok: Eh, Afiiiiiiffffffff. Tak perasan la.

Tanpa berlengah, kitorang pun terus masuk dewan. Dekat atas meja dah tersedia...


Afif: Wah, lemang? Eh, tebu pun ade?
Mok: Kepala otak kau tebu. Ubi kot?
Afif: Eh, yeke? Macam tebu je. Hahahah~ Ala, asal lemang dia sikit? Pudin kata banyak. Sengal ar, tipu aku doh. Favourite ni!

Sedang KP (ketua program) DBS memberi ucapan:-


Jamal dengan Bidan muka bosan. Aku tau apa yang ada dalam fikiran dorang! BILA NAK MAKAN NI???!!! Sama la aku pun. Dari pagi awak tak makan.

Kuajak Is, dah makan dulu dah. Lomang den tu! Actually, aku yang starting makan lemang dulu. Hahaha~ Tak boleh tahan la awak. Makanan dah ada depan mata. Takkan tengok je kan?



Alamak, tercekik doh. Sedap awak air lilin ni. Hahaha~


Eh, Jamal pun join makan jugak lemang tu?


(whispering) Dorang ni sebenarnya bukan budak DBS. Hahahaha~ Sorang budak DQS (Dip. Quantitative Science) dan sorang lagi DIB (Dip. In Banking). Tapi tak kisah. Dorang takde malam tu, tak happening.

Lepas je MC menjemput semua tetamu makan, aku, Bidan, Is, Jamal, Mok, Sanat dan Acab terus meluru ke arah makanan. Hahahah~

Beratur wak, masa nak ambil makanan ni. Tapi....


Kitorang la group pertama yang dapat makanan dulu. Heh. Rahsianya, sebelum masuk, kitorang dah target untuk ambil tempat duduk yang paling dekat dengan makanan. Ni la profit yang kita dapat. Heheh~

Sambil makan kitorang dihiburkan...


Persembahan sketsa daripada pelajar Semester 1. Sorry eayh, masa ni aku tak tahu cerita apa yang dorang lakonkan. Tau tau dah habis. Heh.


Persembahan nyanyian daripada pelajar Semester 3. Suara brader tu sedap giler. Dorang bawak lagu raya 'Ku Pohon Restu Ayah Ibu' yang dipopularkan oleh Mamat Exits.


Ni pulak persembahan daripada pelajar Semester satu if I not mistaken. Alamak bro, kenapa terkangkang? Tak macho la. Hahahah~

Last sebelum nak habis, budak perempuan kelas aku (D2B3) ajak bergambar. (^_^)
Eh, siapa akak yang belah kiri sekali tu? Sibuk je la. Hahahah~ Takpe, sebab akak tu comel, aku ambik jugak gambar.

Afif: Ecah, sape akak comel tadi tu?

Ecah: Owh, akak tu, dekat bilik ngan aku.

Afif: Yekew? Kim salam eayh? Hahahah~

And lastly, this is my lucky number.

Kalau ada cabutan bertuah, aku tak penah dapat pun. Tapi rezeki aku malam tu kot? Hehehe~

Sekian~

p/s: Minta ampun dan maaf kepada kawan-kawan yang gambar dia terpampang tu. Aku letak gambar korang dalam blog aku tanpa izin. Hope korang tak marah. (^_^)

p/s: Mana gambar aku masa bergambar ngan classmate?? Entah la awak. heheheh~

p/s: Tarikh dinner ni, semalam (11 Oktober 2009)

p/s: Masa ni aku ingat dapat la balas dendam nak balun makanan banyak-banyak sebab dari pagi sampai petang tak makan coz makanan dekat NR (tempat gerai-gerai) dah habis. Tapi kehadiran para student di luar jangkaan malam tu menyebabkan takde makanan tambahan. Tension!

4 comments:

  1. Aiseyh...memang patot ko mintak ampon..gambor mahal uh kitorang...adeyh..

    ReplyDelete
  2. malam yang agak menyeronokkan utk u nampaknya ,

    oh ya , congrats yup ! hee ;)

    ReplyDelete
  3. joegrimjow~
    best ke? (^_^)

    dalam kesah aku~
    ok la aci.. sempena deepavali yg bakal tiba ni. saiya minta itu maaf juga ye aci!

    nurika~
    seronok? x jugak.
    where r u? u promise nk join skali. (^_^)

    ReplyDelete