Friday, October 2, 2009

Apa Nak Jadi

Wah, akhirnya dapat jugak aku post blog setelah 2 3 hari ni sibuk dengan test dan hari ini (2 oktober 2009) selesai sudah test for marketing. So tinggal lagi satu sahaja test untuk di tempuhi iaitu test costing. Bagi melepaskan gian dan tension, aku ambil kesempatan pada hari ini untuk tulis blog.

Ok, where I should start the story (macam broken je)? Ok la, dimulakan dengan bismillahirahmanirrahim.
Berlakunya perkara yang hendak diceritakan ni kelmarin ataupun 2 hari yang lepas ataupun past 2 days ataupun last 2 days this story was happen (macam broken jugak je).

Dalam kelas marketing pada pukul 12 lebih.

Message dihantar:-
Mal, malam ni ajak Sanat outing nak? Aku nak beli barang la.

Message di-reply:-
Ok jugak tu. Nanti aku bagitau Sanat.

Nak di pendekkan cerita, bukan apa takut korang bosan nak baca (ceh, padahal malas nak type panjang-panjang je). Lepas settle semua barang keperluan di beli, aku, Sanat, Jamal, Arai dan tidak dilupakan dan selalu saja dalam blog aku nama dia keluar, Si Karjo la apo laie! Kitorang semua berbincang mana tempat yang sepatutnya kita nak makan.

Inside the car:-
Sanat: Nak makan kat mana ni?
Afif: Mamak je sudah.
Jamal: Kalau yang tu aku setuju sangat.
Sanat: Tak nak doh, aku nak makan makanan yang bergoreng.
Jamal: La, mamak la terbaek makanan goreng-goreng.
Karjo: Taknak la. Aku nak termuntah la makan kat mamak.
Arai: La, ngade-ngade la kau ni.

Keadaan menjadi tegang+kecoh sekejap di dalam kereta (ala memang selalu kecoh pun). Finally, we all decide untuk makan dekat restaurant tomyam yang berdekatan. Keunikan restaurant tu sebab ada tempat karaoke. Sampai-sampai kami dekat situ, seorang makcik umur lingkungan 30an sedang menyanyi. Sedap awak suara dia. Macam nak muntah! hahahah~ (jahat mulut ni).

Waktu sedang menunggu makanan tiba:-
Sanat: Mal, karaoke mal.
Jamal: Pegi la kau nyanyi.
Afif: Tak payah nat. Kalau kau nyanyi, lirik entah ke mana, melodi entah ke mana. Baik tak payah doh.

5minit kemudian:-
Jamal: Adoi, rokok takde pulak. Macam mana ni? Tak boleh hidup aku. Pas makan karang mseti kena ada rokok.
Karjo: Mal, bak duit aku pegi beli.
Jamal: Kau nak pegi beli kat mana?
Karjo: Ala, dekat-dekat sini ada.

Karjo berlalu pergi setelah mengambil duit daripada Jamal.
Afif: Weayh, mana Karjo nak pegi?
Arai: Pegi beli rokok.
Afif: Ala, aku nak ikut. Nak beli top-up Is kirim tadi. Jo, tunggu aku!

p/s: Nampak sangat aku tak peka dengan keadaan sekeliling.

Di kedai tersebut:-
Karjo: Fif, kau la masuk dalam beli. Aku tunggu dalam kereta.
Afif: Beli rokok sekali? Camne nak cakap? (poyo+bebal sangat. Beli rokok pun tak tau)
Karjo: Mintak dekat die Dunhill 14 satu.
Afif: Hah, ok2.

Dalam kedai:-
Afif: Moi, bagi Dunhill 14 satu dengan top-up maxis rm10.
Amoi: Ok. Kejap ea. Top-up u nak kad atau tulis nombor?
Afif: Bagi kad la moi.

Tiba-tiba seorang budak umur dalam lingkungan belasan tahun masuk dalam kedai tu. Dengan pakaian tak senyonyoh, subang di telinga berjalan menuju ke peti sejuk yang mengandungi minuman. Kisah pulak aku semua tu kan? Lantak dia la nak pakai apa pun. Suddently,

PAK!
Aku sangat terkejut apabila memperlihatkan....

Apa ni? Sudah tentu la arak. Arak awak! Arak! Terpacak benda tu dekat kaunter pembayaran tuh. Duit dihulur pada amoi tu kemudian budak tu berlalu pergi. Mata aku terbeliak dan speechless. Kalau botol kicap ke, minyak tanah ke, tak kisah. Ni arak! Pergh, dalam hati ni maki-maki je budak tu. Hey, come on la. Kita orang Islam kot. Takkan minum arak. Hati hanya dapat berkata-kata tapi bukan mulut. Nak sound takut benda yang tak sepatutnya jadi, jadi pulak. Ikutkan hati ni, nak je lempang amoi tu. Hahahah. Silap! silap! Nak je lempang+terajang dan sumbat botol arak tu dalam mulut budak tu. Takde masa depan langsung! Tapi itu, kalau ikut hati la, kalau ikut limpa ke, jantung ke, baik aku diam dan tengok je (bukan takut eayh, just takde sifat keberanian je). Apa dah jadi dengan dunia sekarang? Takkan la nak tunggu di atas sana turunkan bala baru nak insaf? Mungkin benda ni bukan kejadian luar biasa pada akhir zaman sekarang ni kan? Dah memang terbiasa dah. Aku rasa mungkin amoi tu gelak dan suka je melihat seorang remaja melayu, beragama Islam pulak tu membeli arak di kedainya. Hey, dunia dunia!

p/s: Harap korang tak rasa bengang, cerita panjang-panjang cuma isu pasal arak ni je nak di bangkitkan dalam entry kali ni. (^_^)

p/s: Pasal rokok tu pulak, korang judge la sendiri eayh? hehehe~

4 comments:

  1. salam ,
    wahwahh , bebudak zaman sekarang ni hebat tul ye , da maju . mungkin dorang rasa hebat kot dok teguk benda tu padahal tak maju ke mana pun wak . Malah kebelakang lagi ade la . undur dan mundur . kang kata serupa sangat ngan org2 jahiliyah marah lak kan . padahal mmg depa kelihatan sungguh jahil . langsung tak bertamadun , tak berperadaban bila mana kita seolah serupa dengan bangsa yang tak berpendirian , tak berpegangan sebegitu rupa . ahh , same jela kot ngan orang arab jahiliyah dahulu kala .

    ohh , dunia dunia . apa nak jadi la ngan depa suma . sedih sedih . hati meratap merintih melihat saudara sebangsa seagama haluan hitam yang dipilih mereka.

    p.s : sorry , terpanjang plak komen kali ni . terlebih sudaa . hukk .

    ReplyDelete
  2. nurika~
    btol2. skong sgt2. kdg2 kte xphm knp dorg jd cmtu. smue cre dh dilkukan utk atsi bnde ni, tp still ade rmai lg org melayu beragama Islam mnum. xphm!xphm!

    p/s: u nk kmn smp jd novel pun xpe. (^_^)

    ReplyDelete
  3. eish...merokok membahayakan kesihatan....ingat pade tuhan...sayangi nyawa...aiseyh...
    Bebudak yang minom arak tuh...biar die mati cepat...tak payah ade kat sini kerana memburokkan name Islam.. :) :)

    ReplyDelete
  4. ijan~
    aku tak merokok eayh. heheheheh~

    yeah! btol2. patut dihukum mati! yeah! (^_^)

    ReplyDelete