Saturday, November 21, 2009

Binatang Apa Yang Korang Geli=Takut?

Post kali ni agak sengal sikit sebab takde idea pun sebenarnya nak post blog. Tapi topik kali ini sangat memalukan bagi aku bila difikir-fikirkan balik. Yela, sebagai seorang lelaki yang beribawa+berjati diri dan berdedikasi (merepek), kita tak patut takut dekat binatang-binatang. Lain la perempuan kan? Tapi nak buat macam mana, nak buat-buat berani pun tak boleh jugak. Memang dah dilahirkan takut (erti kata lain 'geli mat') akan benda-benda tu. Dalam dunia ni, ada dua binatang je buat aku rasa kurang selesa bila berada disisi mereka. Hahahahah. Tapi..tapi..tapi. Aku mempunyai alasan tersendiri kenapa aku geli dengan binatang-binatang ni semua. Korang jugak begitu bukan?

Ok, spesies yang pertama:


Cicak beb!
Kenapa aku geli dengan spesies ni?
  1. Bentuk dia memang la nampak stylo bila tengok dari jauh dan dijadikan logo-logo (contohnya lambang cicakman). Cuba korang try pegang tengok? Agak kasar dan lembik kot.
  2. Korang tak pelik ke? Binatang lain elok berjalan kaki dekat bawah, dia boleh pulak melekat dan merangkak (????) dekat dinding-dinding rumah. Tak ke pelik tu?
  3. Ekor dia bila dipisahkan dengan badan, still lagi boleh gerak. Tu kalau jadikan umpan pancing tu, ikan-ikan pun boleh jadi bangang. "Ni cacing ke apa ni? Nak makan ke tak?" Hah, pelik kan?

Seterusnya.....


Apa ni? Yes it isn't. Katak awak! Katak!

Reason-nya

  1. Bentuk memang tak stylo langsung. Hahahah.
  2. Permukaan kulit pulak, ada yang licin berlendir, kasau, menggerutu dan macam-macam lagi.
  3. Spesies ni sama dengan hantu pocong. Melompat! Dan dia buat aku melompat jugak! Huh. Tak boleh ke jadi macam kucing ke, kuda ke.
  4. Mata dia tu, menakutkan aku. Besau giler! Pastu stim je mata dia.
  5. Ni pun lagi satu spesies boleh melekat-lekat.

Haa..tu la sebabnya dan aku jugak ada sedikit kisah dengan binatang-binatang ni semua. Dengan cicak mungkin banyak kot. Tapi aku start takut dengan benda alah ni masa start masuk form 1. Dulu masa budak-budak lagi, aku siap pegang-pegang lagi. Cabut ekor dia sebab aku suka tengok ekor dia bila kena potong still boleh bergerak. Tapi sekarang entah kenapa entah. Jangan kata nak pegang, nampak pun terus......... (^_^)

Katak pulak aku start takut sejak kumpulan Wings ditubuhkan lagi. Hahahaha. Sejak azali latu awak. Aku masih ingat lagi masa zaman budak-budak sekolah rendah dulu. Asal pagi nak pegi sekolah je, masa nak pakai kasut sekolah, katak tu mesti ada dalam kasut aku. Dia melompat keluar dari dalam kasut tu, aku juga turut melompat. Bukan takut eayh. Just terkezut je. Entah macam mana dia boleh duduk dalam kasut aku pun aku tak tau. Mungkin hadiah hari jadi bapak aku bagi kot? Tapi takkan la hari-hari hari jadi aku. Pastu nak katakan kasut aku bau busuk, aish jauh sekali. Kasut aku tu aku letak 'Ambi-Pure' kot. Mungkin katak ni suka bau wangi kot? Tak pun dia nak siasat siapa curi anak-anak dia 'Si Berudu'. Sebab aku ni suka tangkap berudu pastu letak dalam akuarium bagi ikan aku makan. Huahuahua. Kejam gila Afif ni. Tapi sekarang saya dah insaf cik katak. Saya tak curi anak-anak cik katak dah. Maafkan la saya ye? Hahaha.

Ok la, dah tau kenapa aku geli=takut dengan binatang-binatang tukan? What ever it is, majulah sukan untuk haiwan-haiwan. Alah, korang jangan la gelak pulak. Korang pun sama je kot macam akukan? Huh.

..SEKIAN..

p/s: Sekali lagi saya tekankan disini bahawasanya post kali ni agak memalukan bagi aku dan tak macho langsung bagi seorang lelaki. Tapi aku jugak tak nak jadi seorang yang hipokrit. Lantak la korang nak cakap aku apakan? (^_^)

p/s: Apa pulak binatang yang korang takutkan? Share la sikit. Untuk share hantar AKU TAKUT space NAMA BINATANG dan hantar ke sana. hahaha.

Monday, November 16, 2009

Goodbye Semester 2

YEAH!! Semester break! Otak mula bergerak dan berfikir. "What I'm going to do this short semester break?". Mungkin itu jugak yang bermain di fikiran rakan-rakan yang lain. Emm...mungkin untuk seminggu pertama ni aku nak enjoy dulu. After that, enjoy lagi. Dan..enjoy lagi. Pastu enjoy dan terus enjoy. Lepak dekat rumah goyang kaki dan makan tidur, besarkan badan yang sedia tak nak besar ni. Huh, nak rasa kaki ibu aku sendiri saiz 5 setengah try la. Hahahahah... Takkan la nak enjoy je sepanjang semester break ni kan? Baik aku lakukan sesuatu perkara yang berfaedah atau perkara yang membuahkan hasil seperti bekerja. Tapi nak kerja apa yang boleh dapat RM2000 ke atas dalam masa 1 bulan lebih? Yes! I know! Rompak Bank Islam. Hahahaha. Tak nak! Tak nak! Emmm......apa ye?

Itu sebahagian daripada plan-plan yang nak dibuat during semester break ni di fikiran aku. Sebenarnya bukan aku nak cerita apa yang aku nak buat during this semester break pun. Kalau aku cerita pun mungkin bosan dan boleh menyebabkan korang tidur untuk 5 atau 6 hari. Aku nak cerita sekali lalu pengalaman sepanjang semester 2 aku di UiTM Segamat.

Memang banyak perkara yang berlaku sepanjang semester 2 ni berbanding semester sebelumnya. Paling banyak aku rasa yang dugaan-dugaan la kot? Macam-macam la, dengan H1N1 la, eletrik tak ada la, khabar angin mengatakan UiTM nak kena extend for 1 semester la dan banyak lagi la. Tapi, semua tu aku tempuh dengan tabah, tenang dan berwawasan (macam b*#&h je!). Akhirnya, aku berjaya lalui semua tu dan nah, lihatlah dunia. Habis sudah semester 2! Macam tak percaya je. Tapi semester 2 ni jugak aku rasa paling banyak aku enjoy dengan kawan-kawan. Hmmmm....risau jugak akan result yang akan aku terima nanti. Harapnya tidak jatuh la pointer aku.

Ok ni ada sikit kisah before last paper final exam (15 November 2009). Paper last ni aku agak minat la sikit sebab dia tak membaca. Dia lebih kepada mengira. Paper Costing! Tapi yang tak bestnya, paper final dia ada 2 3 soalan agak susah. Heiii...... Geram betul! Ok ok. Back to the story asal. 2 hari sebelum paper ni, aku dan 2orang lagi budak bilik aku membuat 'clearance bilik' ataupun panggilan manjanya 'kemas bilik'. Memang wajib kepada semua student UiTM Segamat untuk buat begitu every sem before berambus daripada kolej kediaman. Masa tengah nak kemas bilik ni la. Sengal sikit! Hahahaha...

Do you see this fan? Bagus! Nampak tak apa yang melekat dekat bilah dia? Yes! We call it 'kotoran degil'. Perrggghhhh...aku agakkan kipas ni tak cuci selama 7 keturunan la. Mungkin senior bilik ni pun dah meninggal (meninggalkan UiTM Segamat la awak!). Tapi kitorang seorang penghuni yang rajin dan beribawa. Aku pun bersihkan la kipas ni dengan hati yang penuh ikhlas.


Aku pun panjat la katil aku ni dan bawak sekali baldi letak atas katil ni. Tengah sedap cuci.




PRAPP!!

Terjatuh plak! Habis tumpah semua air dalam baldi. Papan katil atas yang aku pijak tu, terjongket. Nasib baik aku sempat duduk dekat papan side lagi satu. Kalau tak dengan aku-aku sekali habis. Tapi habis basah tilam. Banjir satu bilik. Pergghhhh.....



Ni la akibatnya. Kalau buat kerja tak penah nak ikhlas. Ni la balasan Tuhan. Elok-elok kerja sikit, tambah jadi banyak. YEAH! Padan muka Afif!



Oklah awak! Sampai disini saje la cerita saya untuk kali ni.

YEAH!! SEMESTER BREAK!!

SELAMAT TINGGAL SEMESTER 2! SAMPAI BERJUMPA LAGI DI SEMESTER HADAPAN KAWAN-KAWAN!

p/s: Hope korang tak bosan baca post kali ini. (^_^)

Friday, November 13, 2009

Marketing Video

YEAH! YEAH! Finally.. Video yang dinanti-nanti untuk post dalam blog. Siapa yang masih ingat tentang my video assignment untuk Marketing tuh. Kalau korang semua nak tau, video aku and the group terpilih masuk final. Alhamdulillah.. Tapi resultnya kami hanya memperoleh nombor 5 if I not mistaken la. Ok, ni ada video untuk tontonan korang.

Ni video yang menambat hati para juri dan memperoleh markah yang tinggi dan of coz la menang awak! Terbaek wok!

video

Ni pulak video aku and The Group. First yang aku rasa video ni tak menang sebab lagu dia memang tak kena langsung.

video

p/s: Congratulations to Awieb, Shah and Opie. Korang memang terbaek sebab buat video ni last minute dan menang!

p/s: Sorry to all my group members. Video ni tak menang mungkin sebab aku seorang yang selfish dan group member yang teruk. Padan muka aku!

p/s: Kalau korang nak tau, our video tu not suppose that video. Video yang terpampang bukan video yang sebenar masa kitorang present dalam kelas. Aku tukar video yang ni masa dekat final tuh. Jalan cerita memang tak lari, just perubahan sikit pada background music dengan scene. Sorry once again for being selfish.

Friday, November 6, 2009

Taxi Driver

Actually I got this from my Ustaz's Blog.

Its all about KL Taxi Driver....Girls and Boys please read this and keep your couple away from the dogs!!!! Takde kena mengena pun ayat yang last tu. Ok ok. Korang baca la.

Please take a few minutes to read this and please pass it on to every female you know and care about.. On Saturday, 4th July 2009 at 6:45pm my sister boarded a taxi at the Wangsa Maju LRT to return home. At the end of the road, the taxi driver stopped to pick up another male passenger who seemed to be going off the same direction. Well, my sister didn't suspect anything funny as they looked genuine, and he was going her direction and she was in a hurry.. Little did she suspect that she was in for a huge trauma! But when she asked the taxi driver to turn into the junction where she lives, the driver pretended to miss it and the male passenger said that since they were already nearer to his place, why not send him off first and the driver politely asked my sister if that's ok and she thought she was doing a good deed! As soon as they got to the end of the housing area next to the big walls of the Academy TV3, the male passenger, locked all the doors andleapt to the back and held a knife at her throat and forced her to bend her head down - she had to give up her jewelry, and the $200 cash she had. Not satisfied with only that much, they threatened for more so they drove off to Maybank Jln Setapak and took out everything she had that was around 7:30pm ....The driver returned the card after clearing the account! Then they drove off to the back area of Tasik Titiwangsa and dropped her off there. Left her with only $10 and ask her to take another taxi home! My sister had to walk a long way back to the main road to get help and she is really traumatised by all these. Later at the police station we found out that she was victim #3 that same day! Let's remind everyone we know, as it could easily happen to us too or to anyone we care about.

The lesson to be learnt here:
1. always check the plate # BEFORE you board a taxi.
2. always check the other things that a taxi should have - the driver's ID, the inside number etc, etc.
3. NEVER allow the driver to pick up another passenger - No matter what! If they do, get off and just pay the man.
4. avoid taking the taxi alone, if you can.
5. be extra careful if it is after office hours.

Tambahan untuk lesson..hehehehe. Apa yang aku rasa la.
1. *always check the plate number BEFORE you board a taxi (???????).
p/s: Ada alatnya ke?? So, tak payah naik taxi. Korang jalan kaki je senang. Kalau jauh, naik la beca ke, basikal ke, skuter tolak ke.

2. *always check the other things that a taxi should have and bla..bla..bla..
p/s: Susah tu! Ala..senang cerita agak-agak korang tengok muka driver taxi tu macam mintak pukul, korang tak payah la naik.

3. *NEVER allow the driver to pick up another passenger and bla..bla..bla..
p/s: Jangan lupa sepak sekali driver taxi tu. Mengada-ngada nak ambik passenger lain. Huh!

4. *avoid taking the taxi alone, if you can.
p/s: Alah, kalau terpaksa, korang tarik je mat-mat bangla ke, mat-mat indon ke naik sekali dengan korang. Habis cerita. (^_^)

5. *be extra careful if it is after office hours.
p/s: kumpul duit beli kenderaan sendiri.

p/s: Jangan salah faham. Aku bukan mempermain-mainkan apa yang pengajaran ustaz aku bagi tu. Tapi saje sekadar untuk menghiburkan hati sendiri.
p/s: Dah baca? Ah, lu pikir dan nilai la sendiri! Korang sume dah besar an? PEACE!! (^_-)

Tuesday, November 3, 2009

Trip to Melacca

Pukul 2.30p.m, 1 November 2009

Nota MKT dibuka. Seterusnya menelaah, menghafal dan....kroh! kroh! kroh! Eh, wake up Afif! Wake up! Focus kembali. "Why we should study MKT?" "To get an A in final exam." "Eh, bende yang aku merepek ni? Focus-focus! First chapter introduction of marketing." "Bla..bla..bla..dan bla..bla..". Begitulah gamaknya masa aku tengah study MKT243. Baca sekejap, hayal. baca sekejap, hayal. Pergghh..bila nak habis semua chapter macam tu. Tapi bukan itu pun aku nak cerita. Cerita kali ni yang aku nak story-mory dengan korang ialah 'Trip to Melacca'. Tarikh pun sudah dinyatakan di atas. Sebenarnya, dari tarikh tersebut, lagi 3 hari je nak final untuk paper MKT. Tapi aku dan rakan-rakan aku yang lain boleh pergi jalan-jalan pulak ke Melaka. Gila! Gila! Sebenarnya aku memang tak nak follow dorang pun. Niat aku satu je, untuk study! study! study! Tapi entah macam mana aku boleh ter-influence entah dengan pujuk rayu member-member aku.

Afif: "Chapter 3 tu pasal aa...err... Hah, pasal Consumer Decision Making.
Awieb: Fif, jom ar pegi Melaka lepak rumah aku.
Afif: Malas ar. Aku nak study doh.
Awieb: Alah, korang ingat kitorang tak study ke kat rumah aku nanti. Kitorang study doh.
Bidan: Entah fif. Jom la doh. Jom laaa..
Shah: Ala, kat rumah Awieb nanti kita study la sama-sama. Discuss sama-sama.
Afif: Malas ar. Lagipun duit takde ni.
Shah: Ala pip, aku pun duit takde ni. Jom la.

............2 minit........
Bad Afif: Afif pegi fif. Pegi je.
Good Afif: Jangan Afif. Nanti kau tak study kat sana. Nanti kau akan enjoy je kat sana.
Bad Afif: Pegi je fif. Kau ingat dorang ni tak study ke kat sana hah? Dorang study jugak nanti. Lagipun study group ni senang masuk.
.................................

Afif: Ok, aku tanya korang sikit. Apa itu positioning?
Bidan: Ala, positioning ni macam kau letak sesuatu produk tu kat mane, kat mane.
Afif: Ooooo..... Ok, aku join. Lagipun bosan pulak aku dekat sini sorang-sorang.
Shah: Hah, macam tu la.

Dasyat betul iman aku diuji tadi sampaikan aku ter-influence nak pegi. Korang memang s*%#n. So cukup la korum kitorang semuanya 6 orang. Aku, Bidan, Shah, Awieb, Kecik dan Opie. Kitorang pegi dengan 3 buah motosikal (tak suka betul aku naik moto dengan dorang ni. Bawak macam orang gila!). Dalam pukul 4 tepat kitorang gerak dari kampus. Tapi sebelum nak gerak, moto Awieb awal-awal lagi dah buat hal dah. Takde minyak! Sengalnye Awieb! Kitorang terpaksa tolak moto dia menggunakan moto jugak sejauh 50KM (ye kot?) dari kampus untuk sampai ke stesen minyak.

6.30p.m
Tepat jam 6.30 petang, kitorang sampai dekat rumah Shaari yang berada di Masjid Tanah, Melaka. Kitorang memang dah berjanji nak singgah rumah dia pun. Kitorang singgah untuk solat asar seketika. Lepas selesai solat, mak Shaari menjamah kitorang goreng pisang, keropok lekor dengan kopi panas. Tapi yang tak boleh belahnya masa kejadian ni la..

Opie: Weayh, capaikan tisu tu sat.
Afif: Nah.

Suddently satu makhluk keluar daripada bekas tisu tu. Bentuk seperti naga, tapi kecil sedikit. Tergolong dalam keluarga buaya, sesumpah, biawak dan sesangkut paut dengannya. Dapat tangkap tak? Adooiii! Cicak-man la awak! Lambat sangat.

Reaction:-
Shah-Cool
Bidan-Cool
Shaari-Cool
Kecik-Tercengang
Opie-Menggelupur+Kalut+Kelam kabut
Afif-Berdiri menyanyikan lagu negaraku
Awieb-Berganjak daripada kedudukan asal ke tempat yang lain sambil melompat sedikit

Afif: Wieb, kau asal?
Awieb: Aku geli giler ngan binatang tu.
Opie: Sama la aku pun.
Awieb: Kau asal pulak?
Afif: Aku bukan takut, tapi geli jugak. Aku dengan keluarga-keluarga cicak ni memang agak tak berapa mesra.

Semua dalam rumah tu melihat gelagat kitorang bertiga kelam kelibut bila tengok cicak tu melompat keluar dari bekas tisu tu. Kitorang bertiga hanya mampu gelak je.

Azan Maghrib telah berkumandang. Kitorang still lagi dekat rumah Shaari. Niat dan nawaitu sebenarnya nak gerak pegi Pengkalan Balak (kawasan pantai), tapi kitorang boleh bertengkar pulak dekat rumah Shaari tu. Tajuk pertengkaran kitorang ialah 'Solat Jamak dan Kasar'. Kitorang membangkitkan persoalan, boleh ke jamak, kenapa tak jamak dekat rumah Shaari je, bila sampai rumah Awieb nanti Awieb tak boleh jamak dan sebagainya sampaikan mak si Shaari tu pun join sekaki. Heheheh. Tu la akibatnya kalau semuanya buta agama. Hahahaha. Dulu mak hantar pergi sekolah agama panjat pagar la, pegi singgah cyber cafe la, masa ustaz ajar pasal solat jamak pulak pegi bantai tidur la. Hey, macam-macam hal. Akhirnya, kitorang sebulat suara mengatakan "Solat jamak dekat rumah Shaari!". Yeah! Settle masalah! Lepas selesai solat, kitorang meneruskan perjalanan kitorang ke destinasi yang sebenarnya iaitu 'Pengkalan Balak'.
Hampir 2jam jugak la kitorang lepak dekat Pengkalan Balak. Siap makan+main air dekat pantai. Hasrat hati nak la bergambar dekat pantai tu. Of coz view dia cantik kan? Tapi, hampeh. Golap la awak! Tak nampak apa pun. Dah malam kan memang la tak nampak apa. Dalam pukul 8 lebih kitorang gerak daripada situ dan terus menuju ke rumah Awieb yang berada di Alor Gajah. Tapi masa nak hampir sampai dekat rumah Awieb, kitorang semua berhenti dekat sebuah rumah yang agak besau..



Awieb turun pergi ke pagar rumah tersebut. "Huishh....Kaya jugak Awieb ni. Besar giler rumah dia.", berkata aku dalam hati. Aku pun turun daripada moto Bidan. Yang aku peliknya asal dorang semua tak turun daripada moto dan gelak-gelak.

Itu bukan rumah Awieb pun! Dorang kenakan aku! SENGALL!!! Afif terkena! Yeah!

Hah, padan la muka aku pun. Selalu sangat kenakan orang. Ambik ubat! Dorang semua kenakan aku sebab aku sorang je yang first time datang rumah Awieb. Menurut cerita dongeng, hehehe, siapa yang first time datang rumah si Awieb ni, kena macam aku jugak. Kuang hajau! Tunggu la korang datang rumah aku nanti.

Ni la rumah Awieb yang sebenar-benarnya. Uishh...luar je macam ni, dalam macam condo kot! Terbaek wok rumah dia! Best jugak lepak!

Sampai rumah Awieb ni dah pukul 10lebih dah. Janji untuk study sama-sama ditangguhkan dulu. Kitorang keluar semula bersiar-siar dekat Melaka. Pergghhh.. Sengal! Dalam pukul 1 lebih baru kitorang balik. Janji tadi yang tak tertunai, kitorang tunaikan jugak setelah pulang. Tapi aku....bukak kejap nota, terlelap sampai ke pagi. Tak tau apa jadi dengan yang lain. Tanya dorang, dorang cakap study. Tapi entah la.. hahahahah.



2 November 2009

Pergghhhh...dorang ni, dah pukul 1 lebih tak bangun-bangun lagi? Agaknya letih sangat la tu study semalam (yela tu!). Sebelum kitorang nak gerak balik, sempat jugak aku, Shah, Kecik dan Opie merasa buah kelapa fresh yang dikait daripada pokok dekat rumah Awieb ni.

Yeah! Masa untuk kait buah kelapa. Dalam hati Opie "Apasal la sengal sangat si Shah ni. Guna hikmat beruk kan senang."




Lepas dah jatuh buah kelapa tu, nak minum dan makan isinya mesti la kena belah dulu menggunakan parangkan. Parang yang si Awieb bagi ni nak sembelih cicak pun tak lepas. Tumpul giler.



Nikmatnya sangat terasa bila minum air kelapa dan makan isinya dengan angin sepoi-sepoi bahasa.


...SEKIAN...


p/s: Afif, MKT tak selesai lagi. Study! Study! Wish me luck kawan-kawan!