Saturday, April 24, 2010

Apa Alasan Korang Nak Pegi Ke Sana?

Mak aih, tajuk. Panjang gila la Afif. (^_^) Dah boleh buat lirik lagu yang takkan masuk mana-mana carta radio ni walaupun station radio tuh dah bankrup (memang la..adoooiiii). Hehe..

Setiap orang mungkin punya alasan tersendiri kenapa mereka nak pergi sesuatu tempat tukan? Kebanyakkan orang teringin dan sering berangan ingin pergi ke tempat luar daripada negara sendiri. Contoh London, Paris, Las Vegas dan banyak lagi. Jarang kita jumpa orang nak pergi ke tempat yang dalam negara je. Contoh:

Kawan Baik: Kalau kau dapat peluang pergi melancong, kau nak pergi mana?
Si Berangan: Kalau aku? Aku nak pergiii.....err...aaaa... Nak pergi Pulau Pangkor je la sebab aku tak pernah pegi situ kot. Lagi pun aku tak berduit sangat.
Kawan Baik: Kan aku tanya kalau kau diberi peluang. Contoh macam kau menang contest ke, orang ajak dan segalanya ditanggung ke.
Si Berangan: Pulau Pangkor sudah. Lagi pun Malaysia banyak tempat-tempat menarik ape.
Kawan Baik: Sumpah lepas ni aku malas tanya kau soalan macam ni lagi. Buang masa betul!
Si Berangan: Laaa..yang kau emo ni kenape? Kau tanya aku, aku bagi la jawapan aku. Itu pun kena marah? Tak paham la aku dengan kau ni.

Hah, korang pernah jumpa orang macam tu? Kalau pernah pun boleh kira dengan jari la. Kalau 1000 orang berfikiran macam dia, for sure ringgit kita takkan keluar ke negara lainkan? Tapi apa alasan korang kalau nak pergi ke sesuatu tempat tu?


London, England

Mungkin ramai nak pergi sini sebab permandangan kotanya yang sangat cantik, sejuk, dan boleh tengok perlawanan EPL (bagi lelaki mungkin perempuan jugak). Korang jugak mungkin teringin nak merasa mulut keluar asap dan pakai sweater tebal-tebal plus berbulu-bulu di bahagian tengkok macam dalam cerita omputih yang korang selalu tengok tu. Lagi, korang nak tengok dengan mata kepala korang sendiri macam mana keadaan sebenar London Bridge seperti tajuk lagu yang Fergie (Black Eyed Peas) nyanyi tu.


Paris, France

Salah satu kota yang tercantik dekat dunia. Mempunyai menara antara menara yang tertinggi di dunia. Juga dikenali dengan 'kota romantik' (betul ke? Aku main sapu je. hehehe..). Tu mungkin alasan korang nak pergi ke Paris kot? Lagi, korang jugak nak merasa naik Eiffel Tower dan bergambar dekat atas Eiffel Tower. Lepas tu upload gambar tersebut dekat facebook dan bila member-member tengok, WOW! Korang jugak nak merasa feel romantik kota Paris tu sendiri walaupun pada masa tu korang pergi bukan dengan orang tersayang tapi pergi sorang diri atau dengan keluarga.


Los Angeles, United States

Yea, tempat yang sangat popular dekat United States. Sudah tentu Hollywood jugak berada disini. YEAH! Aku tau apa alasan korang nak pergi ke Hollywood. Teringin nak berjumpa atau terjumpa artis-artis Hollywood yang selama ni hanya dapat ditonton dekat kaca TV je. Lepas tu bergambar dengan dorang, ambil signiture dorang dan sebagainya. Memang dapat awak. Dapat pulakkan nak buat semua tu. Ingat kerja dorang semua lepak dekat kaki lima Las Vegas tu ke. Lagi, korang teringi sangat nak berjalan dekat atas Walk of Fame. Keadaan akan jadi bertambah parah lagi kalau korang mengesot pulak dekat Walk of Fame tu. Yela, korang nak debu-debu Walk of Fame tu melekat dekat baju korang dan lepas tu korang nak frame-kan pulak baju tu dekat rumah. Adeh..kritikal betul ni.



Tokyo, Jepun


Tokyo, Jepun. Apa pulak alasan korang nak pergi sini. Nak jumpa gadis-gadis Jepun yang comel-comel, lelakinya yang kiut-kiut macam dalam cerita 'Hanazakari No Kimitachi' tu dan nak beli gadjet-gadjet yang takde jual dekat Malaysia. Lagi nak merasa sendiri mesin-mesin dorang yang kebanyakannya menggunakan teknologi tinggi. Tapi aku takut kalau korang pergi sana, korang la manusia paling pelik dan jakun sekali. Yela, dekat Malaysia takde benda-benda tu semua macam nak beli makanan pun guna mesin gedegang (vending machine). Nak kaler rambut pun masuk duit dekat mesin dah siap dah rambut korang di-kaler-kan. Lagi, bagi yang peminat anime-anime Jepun, of coz korang nak beli costume-costume anime kegemaran korang lepas tu pakai dekat Malaysia dan pada masa tu korang berasa bangga walaupun adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan mak bapak korang rasa koranglah manusia paling sakai sekali. Hahaha..Yela, rakyat Malaysia boleh pulak terima costume-costume anime tu semua. Dekat Jepun mungkin la.


Kalau itu la alasan korang, lantak korang la. Ada duit, ada orang sponsor, ada orang nak bawak, pergi sudah, tak payah bagi alasan-alasan macam ni. Tapi jangan lupa jugak Malaysia jugak banyak tempat-tempat yang menarik boleh dilawati. Penat je Siti Nurhaliza nyanyi lagu 'Cuti-Cuti Malaysia'. Lagipun kalau pergi bercuti dalam Malaysia, duit korang pun tak koyak dan ringgit Malaysia pun tak keluar banyak ke negara lain.


..SEKIAN..

Tuesday, April 20, 2010

Hebat Sangat Ke Filem Luar Negara?

Hebat ke filem luar negara? Tak la hebat mana pun! Macam mana korang boleh kata hebat? Ni sesuatu benda yang pelik. Most weird thing in the world you know! Huhuhu..


Ok tang mana korang kata hebat tuh? Lagi-lagi filem Hollywood yang korang agung-agungkan tuh. Habaq mai dekat che` ni.

Public Voice: Diorang boleh buat lokasi scene yang tak tercapai dek akal mu.

Owh, really? itu korang kata hebat? Bagi aku tidak sama sekali. Bagi aku kalau dorang hebat, dorang takde nak menipu para penonton dengan lokasi-lokasi penggambaran dorang tuh! Setakat buat shooting menggunakan kain rentang kaler hijau (green screen) tak payah la beb. Kalau dorang betul-betul hebat, dorang buat scene dekat lokasi sebenar bukan menipu. Contoh kalau nak buat scene cari harta karun dekat dalam gunung berapi. Hah, pegi jela tempatnya betul-betul. Baru la hebat, cool dan mengagumkan.


Public Voice: Dorang punya stunt-man hebat bro! Semua berani mati.

Siapa cakap? Semua tu menipu je. Stunt-man dorang semua tak berani mati. Kalau betul dorang berani mati, scene-scene meletup dekat badan, jatuh dari bangunan, naik moto melayang dan macam-macam lagi, dorang tak payah pakai safety la. Ni scene melayang pun nak pakai tali, scene jatuh dari bangunan pun nak lapik tilam tebal-tebal. Cuba try tengok tak payah pakai tali, tak payah pakai tilam. Agak-agak dorang nak buat tak? Tak beraninya dorang awak.

Public Voice: Budget dorang untuk satu filem ber-billion-billion dollar. Kita?

Korang ada pegi kira dorang punya budget sebenar ke? Budget sendiri pun tak terkira kan? Setakat korang baca dalam paper, internet dan lain-lain belum tentu kesahihannya. Dorang nak letupkan kapal terbang pun pakai replika je awak. Dorang letupkan kereta mewah-mewah pun entah-entah body luar je. Enjinnya takde pun. Kalau dorang berani, try la letupkan kapal terbang betul-betul. Try la hempas kapal terbang betul-betul. Tak beraninya dorang tu. Mau botak kepala producer tuh kalau pakai kapal terbang betul-betul.

Public Voice: Dorang punya script dengan jalan cerita semuanya original story. Tak macam filem Malaysia. Banyak yang ciplak.

Mana korang tau. Mana tau dorang ciplak daripada jalan cerita filem negara-negara lain yang tak pernah korang tengok ke. Mana la kita nak tau. Entah-entah cerita dorang tu, negara Bangladesh dah buat dulu. Siapa la tau. Korang bukannya nak tengok pun cerita-cerita Bangla.

Public Voice: Dorang punya karakter hero semua macho-macho, style dan bergaya.

Siapa cakap? Superman tu bergaya? Batman tuh macho? Siapa lagi? Tengok pakaian dorang pun dah tau dorang tu semuanya bingai. Masa tak pakai costume hero memang la macho, style dan bergaya. Sekali dia pakai costume, ambik kau! Dah macam orang gila dah. Orang gila lagi hensem la.

Wah, kalau seluar dalam tuh korang pakai dekat kepala mesti lagi style.

Public Voice: Heroin dorang semua cun-cun beb. Boleh buat orang tergoda.

Laaa...make-up awak. Make-up! Make-up dapat menutup segala macam benda yang nampak di muka kita. Penuaan, jerawat dan lain-lain. Berlakon tak pakai make-up tengok macam mana pergi dia. Aku rasa kalau dorang berlakon tak pakai make-up, dah boleh pegang watak zombie dah.


Aaaarrrgggghhhh...camni aku cancel korang jadi girlfriend aku! Huh! (^_^)

Bukan niat aku nak boikot filem Hollywood atau filem luar negara yang lain (sikit tu ada la), tapi ni la realitinya. Orang kita terlampau mengagung-agungkan filem barat. Tak salah nak menonton tapi jangan sampai mereka mempengaruhi fikiran kita. Ingatlah, ini semua senjata dorang untuk menjatuhkan kita (Islam) sebab mereka sedar (kita bila nak sedar pun tak tau la) dan tahu satu-satunya cara untuk memerangi musuh adalah dengan menguasai fikiran musuh dan melemahkannya (bijak betul dorang ni). So, buang yang keruh, ambil yang jernih. Orang kata senjata untuk melawan balik musuh adalah dengan menggunakan balik senjata yang telah diciptanya sendiri. Fikir-fikirkan la ye..

..SEKIAN..

Sokonglah industri perfileman tanah air.

p/s: Aku pun lebih kurang je. So, sama-sama la kita renung kehadapan.

Friday, April 16, 2010

Kesimpulannya..

Assalamualaikum wtb. Tinggal lagi beberapa hari je nak final. Unbelievable weayh!! Rasa macam baru semalam je belajar chapter satu untuk semua subjek. Tub tub dah nak final dah. Ya Allah..cepatnya masa berlalu. So, entry kali ni nak conclude semua kisah aku untuk semester kali ni.Ok, for this semester, aku boleh katakan semester yang nak makan untuk kali ketiga pun tak sempat, nak tidur untuk 2jam pertama pun takde masa dan paling teruk, nak tengok awek pun tak tertengok! Hahahaha.. Means semester kali ni busy sangat la tu (Alah, dia fikir dia punya busy je.).

Semester ni jugak aku tak sangka sebab team bola sepak UiTM Johor dapat melayakkan diri ke dalam Liga IPT. Hah, sebab tu la masa aku bertambah singkat, ditambah pulak dengan pelbagai assignment yang bermacam-macam ragam. Boleh dikatakan every weekend kitorang takde masa langsung nak bersantai sebab game dia berlangsung setiap hari Ahad. Yang paling rasa memenatkan kalau game tu di adakan di tempat lawan. Maknanya, kitorang kena la travel. Kalau tempat-tempat yang kitorang travel tu sebelah je dengan kampus kitorang takpe la jugak. Ni perjalanan memakan masa 5 hari kalau bawak beca tau tak?
Dan lagi, besoknya kena pergi kelas pulak tu. Can you imagine betapa terseksanya diri ini (mintak simpati)?? Hehe.. Tu tak cerita lagi pasal every petang ada training tu. Pergghhh... Jadi tunggang-langgang terus masa nak berehat aku. Serious penat awak semester ni. Awak tak kesian ke? Huhuhu...


Itu cerita pasal bola. Ni nak cerita pulak pasal assignment-assignment aku yang menyerabutkan kepala hotak. Kali ni assignment dia more to mempraktikkan diri sebab semua assignment tu betul-betul ada kaitan dengan kos aku ambik (pernah ke lecturer bagi assignment tak ada kena mengena dengan apa yang di pelajari? Adeh, Afif!). Tapi semua assignment tu memang menyeronokkan walaupun ada sedikit tekanan sepanjang menyiapkannya..

Bergambar bersama ahli kumpulan untuk meeting assignment! Syarikat yang telah dipilih untuk dijadikan agenda meeting ialah syarikat agensi Cruising!

Sebelum di-interview oleh lecturer. Sempat lagi bergambar. Sebenarnya aku tak nak join, tapi dorang ajak! hahahaha.... Ni jugak sebahagian assignment kitorang untuk subjek business communication. Selain itu, kitorang kena buat resume, cover letter dan sebagainya.

Kesimpulannya, semester kali ini mengajar aku erti kesabaran, kepenatan, teamwork dan banyak lagi. Sangat mencabar untuk menempuh semester kali ini. Apa-apa pun aku dah pun laluinya dengan tabah dan sekarang ni hanya menunggu diri ini diuji untuk event yang paling besar untuk setiap semester iaitu FINAL EXAM! So, kepada kawan-kawan ku semua. Selamat berjuang dan berjumpa lagi di semester hadapan! Cayok! Cayok!


..SEKIAN..

Saturday, April 3, 2010

Kalaulah... 4

Pernah tak korang terfikir atau terbayang kalau memori otak kita ni dicipta sama seperti pendrive 4 hingga 8GB je. Emmmm.... Macam mana la gamaknya tu kan? Macam susah je nak hidup.

Before aku start mengarut lebih lanjut mesti la nak kena ada introduction dulu betul tak? Tapi nak cerita pasal otak, tak buat research lebih mendalam pulak. Jadi, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal otak, pergilah ke klinik yang berdekatan atau pergi la jumpa specialist. So, untuk introduction aku, molek la sekiranya aku hanya memulakan dengan bismillah dan salam. Ok tak? Boleh la tukan? Ok, bismillahirrahhmannirrahim dan assalamualaikum wtb.


Kalaulah memori otak kita sama seperti pendrive mungkin kita akan hadapi banyak masalah dalam pelbagai situasi. Contohnya..

Situasi 1:
Korang semalam berjumpa dengan seorang kawan dan berkenalan. Nama, tempat tinggal dan nombor telefon semua dah ditanya. Tetapi disebabkan memori otak hanya sebesar 4GB atau 8GB je, selepas seminggu korang jumpa dia balik korang akan lupa dan memang tak kenal langsung. Lebih menyayat hati korang mulakan perkenalan korang balik semula macam sebelum ni. Adeh...seksanya.

Situasi 2:
Korang letakkan sesuatu barang yang berharga dalam beg korang atau dekat mana-mana je. Selepas 5 jam, korang akan bertanya balik kepada orang sekeliling di manakah barang korang. Kalau lebih perit korang pulak seorang yang panas baran dan of course korang nak mengamuk je masa tu sebab korang ingat barang korang telah disorokkan.

Korang: Hey, ni yang aku nak hangin ni! Mana boxer aku yang mahal tu? Tadi ada atas katil ni aku letak. Agak-agak la, boxer aku pun nak curi! Aku tau la mahal.

Orang sekeliling: Tu la, suruh sekolah agama lari pegi sekolah tamil. Karang ada yang makan ibu jari kaki aku ni karang. Lain kali memori tu dah penuh, kasi delete dulu la mana yang tak pakai. Yang kau pakai tu ape? Bukan boxer ke? Hah? Tayar? Hah? Aku pun nak angin gak ni! Heii...

Wah, bahaya ni. Terasa macam bangang yang teramat sangat pun adakan?


Situasi 3:
Besok ada test subjek killer paper korang. Memori otak pulak dah full untuk masuk input yang lain. So, korang terpaksa pindahkan memori yang ada tu dekat tempat lain and then baru la korang boleh study. Adoi, leceh betul la macam ni.

Situasi 4:
Mungkin korang akan menghadapi situasi membaca keratan akhbar yang sama untuk berulang kali tapi korang tak menyedari akannya. Yela, memori kepala hotak kecik je, macam mana nak ingat banyak benda.

Situasi 5:
Korang mempunyai anak yang ramai. Ada la dalam 8 gerabak kereta api (mengarut je Afif ni). Ok, ok kurangkan sikit kepada 8 orang. So, letak nama pun mesti la nak yang pendek supaya memori korang tak penuh. Mungkin anak first korang, korang letak dengan nama 'A', second 'B' dan begitulah seterusnya. Yela, karang letak nama panjang-panjang, besok-besok tertukar jugak nama-nama mereka dengan yang lain.

Bapak: Yang, anak kita si Rubika Andika tu dah tidur belum?

Mak: Yang mana satu bang oii?

Bapak: Anak kite yang nombor 4 tu la. Awak ni.. Nama anak sendiri pun lupe.

Mak: Abang, kalau saya kata abang ni sengal abang tak nak terima hakikat. Anak kita nombor 4 kan abang letak nama die 'Four'.

Ni antara contoh-contoh situasi yang bakal dihadapi sekiranya memori otak kita sama seperti pendrive. Kalau nak diikutkan banyak lagi boleh cerita tapi jari-jemari ku semua dah keluar muscle dah. Ala, ni semua lebih kurang macam kita nyanyuk la. Tapi jangan risau sebab ciptaan Yang Maha Esa adalah sebaik-baik kejadian. Allah Maha Bijaksana dengan penciptaanNya tak kiralah sama ada dari segi mencipta perjalanan hidup seseorang hamba mahu pun makhluk-makhluk yang ada di muka bumi ini. Semua ciptaanNya ada hikmah. Wallahualam...

..SEKIAN..

Saya Yang Menjawab Soalan

Hai kawan-kawan. Suprise-kan? Macam mana kata busy tapi boleh update blog pulak ni? Ye, Mr. Busy mulai mengundurkan diri secara perlahan-lahan dan aku cuma mencuri masa seketika untuk meng-update blog. Aku rasa bila seminggu lebih tak update blog ni, hati mula rasa keluh-kesah je. Hahaaha. Yolah tu! So, bila aku open je blog aku dikala hening pagi (antara pukul 1-2pagi) bertemankan seorang rakan sedang bercakap dengan 'cousin' dia di telefon dimana perbualan dia kedengaran agak manja dan romantik serta environment di UiTM Segamat ni seperti di Cameron Highlands sebab ada kabus tebal, aku mendapat satu komen daripada Cik Nurika di speaker corner aku yang menyatakan "you dah kena tag kat my latest entry. Jawab jangan tak jawab! hee". So, aku pun bukak la blog beliau and ada beberapa soalan yang diajukan di situ dan aku kena jawab.

Oleh yang demikian, sementara idea takde untuk update blog ni, molek sangat la waktunya ni untuk aku jawab semua soalan tu dengan jujur dan bermotivasi (Heh, kenapa dengan awak ni Afif?)

Lets check check check it out my answers!

Siapa anda di rumah?
Saya adalah seorang anak lelaki yang mempunyai 2 mata, sebatang hidung, sepasang telinga, seorang adik perempuan, seorang adik lelaki dan seorang kakak. Maksudnya, saya anak yang kedua la tu. Ayah saya pula seorang lelaki dan ibu seorang wanita. Hahahaha. "Macam tak menjawab soalan je?". Ok ok serious. Marah Cik Ika nanti. Dekat rumah, saya seorang yang funny+gila, pembuli, pemalas, perajin (kadang-kadang) dan tak banyak bercakap bila kawan-kawan datang ke rumah. Entah la awak. Tiba-tiba jadi sopan santun pulak. Hahaha.

Saya jugak sangat protective. Yeke? Apa buktinya? Hahaha.. Nak bukti ye? Cuba tengok ni yea?

Ibu: Angah, ambil perangkap cicak dekat dalam bilik air tu. Dah ada cicak dah dalam tu.
Saya: Orait! Tahun depan angah buang benda tu ye ibu?
Ibu: Hah, elok latu tahun depan. Awak dengan cicak tu dah boleh kahwin dah.

Nampak? Nampak? Sangat protective untuk diri sendirikan? Hahaha..


Siapakah anda disamping rakan?
Saya jugak seorang lelaki bila disamping mereka. Suka buli mereka-mereka yang ada potensi untuk di buli. Heheheh. Suka buat lawak tapi akan mendiamkan diri kalau ada orang lain yang lebih kelakar daripada diri ini sebabnya saya jugak suka kepada orang yang suka buat lawak walaupun pada diri dia dia tak rasa yang dia tu lawak kerana orang macam nilah yang dapat pecahkan tali pusat ni dengan ketawa. Saya juga pembantu masalah kepada rakan-rakan yang ada masalah. "Yeke awak? Macam tak percaya je!". Betul, membantu menjahanamkan diri mereka lagi! Hahahaha...


5 perkara yang anda idamkan tapi belum tercapai:
1. Kamera SLR. Brand Canon atau Nikon. Nak sangat binatang ni tapi belum ada rezeki. Kalau boleh saya nak orang yang hadiahkan bukan beli sendiri. Hehehe. Kotak dia pun takpe!
2. Pergi travel luar daripada negara. Tak kisah la, Indon ke, Afrika ke, India ke, Bangladesh ke.. Pergi dan tak balik-balik! (^_^)
3. Ada business sendiri and then dapat beli kereta idaman kalbu, idaman kelabu, idaman kerabu!
4. Nak popular macam artis lain. Kalau boleh biar orang kenal sampaikan bila saya keluar dorang semua berkerumun dekat saya dan tarik segala pakaian saya tanpa tinggalkan apa-apa pun. Hahahaha..
5. Bawak ayah, ibu, adik-beradik tinggal dekat rumah yang lebih baik daripada yang ada sekarang ni dan belikan ayah sebijik kereta sorong. Hahaha.. gurau-gurau. Kereta idaman beliau iaitu Mazda.


Siapakah nama pasangan anda?
Sudah tentu la namanya bukan Waheeda atau Lisa Surihani. Nama pasangan saya ialah Ahnaf. Yela, kalau takde Ahnaf mesti tak jadi Afif Ahnaf mesti dia jadi Afif Najmi ke, Afif Ahmad ke dan banyak lagi la. (^_^)


Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda:

1. Saya suka apa yang dia suka.
2. Saya suka yang dia suka tapi saya tak tahu dia suka.
3. Saya suka kalau dia tak suka.
4. Saya suka dia kalau dia suka saya tapi saya tau dia suka saya.
5. Saya suka dia kalau dia tak suka saya tapi dia buat-buat tak tahu yang saya jugak tak suka dia.

p/s: Ok tak jawapan tu? Adakah saya menjawab soalan?


Bila tarikh anda couple?
Ya Allah, susah betul nak jawab soalan ni. Soalan ni la soalan spot masa saya ambil SPM dulu. So, kalau ditanya bila tarikhnya of course bukan Disember. Mungkin jugak bukan bulan Ramadhan dan bukan jugak di bulan mengambang. Tapi pastinya jugak tidak bulan Januari. Ala, awak. Takde dalam list bulan-bulan yang common la. Macam mana nak jawab?


Lagu tema cinta anda?
Emmm.... Hah, lagu 'Cinta Si Pencinta Walau Dimana Cinta Itu Berada Biar Cinta Itu Buta' oleh A. Razak Khamis. Memang! Memang tajuk ni agak panjang. Dan lagu dia memakan 2 hari jugak la nak dengar. Thats why I likeeee...


Apa yang anda harapkan daripada pasangan anda?
Saya berharap yang dia bukan saja sayang saya malah sayang akan kucing, penyu, katak, cicak, semut, labi-labi, kelip-kelip, kumbang dan banyak lagi.


Tag?
Ala..tak tau la. Tag dekat facebook tau la.


So, selesai sudah tugas saya. Mungkin sampai disini saja entry kali ni.

..SEKIAN..