Bila dah duduk dalam negara yang majmuk dan berbilang kaum nih, memang kalau nak shopping tu selalu sesak, lagi-lagi nak dekat-dekat raya. Tak kira la, hari raya ke, Krismas ke, Deepavali ke, Chinese New Year ke. Kadang tu, hari raya puasa tapi orang cina pun dok sibuk shopping gak. Deepavali pulak Melayu yang sibuk-sibuk shopping. Tapi semua tu dah biasa dah dekat negara kita. Nak heran apa. Kalau tak nak semua tu berlaku, pegi bukak shopping mall sendiri la. (^_^)
Tengah hari tadi (7 September 2010), aku bawak adik lelaki aku pergi ke Sogo untuk shopping seluar raya. Kenapa seluar je? Pasai baju raya dia dah beli. Pergghhhh....memang dah dijangka setibanya di Sogo, kenderaan begitu sesak. Orang berpusu-pusu masuk ke Sogo. Owh, I hate this! Aku benci akan kesesakan. Tapi nak buat macam mana, dah hari ni je free.
Masa tengah shopping pulak, macam-macam hal yang berlaku.
Kejadian 1:-
Tempat: Depan fitting room.
Korang paham-paham jela kalau dah ramai orang, fitting room secara automatiknya menjadi crowded jugak. Dan para customer terpaksa ambik nombor giliran untuk menggunakan fitting room. Lagi-lagi fitting room yang kitorang pegi tu satu je dekat situ. Nak pegi tempat lain jauh pulak. Nak dijadikan cerita, kitorang tunggu depan fitting room tu hampir 30 minit. Kitorang tunggu punya tunggu punya tunggu dekat depan fitting room tu, tak keluar-keluar orang dekat dalam tu.
Aku: Amar, kau check la ada orang ke tak?
Adik: Ade la..Tunggu la jap.
Aku: Kenapa dari tadi tak keluar-keluar? Boleh bawak gaduh orang ni. Dah lama kot.
Kemudian, tergerak pulak hati ni nak tolak pintu fitting room tu. Korang nak tau apa jadi tak dan apa yang kitorang nampak dalam fitting room tu?? Jangan terkejut eayh. Kitorang nampak....
EMPTY!!!!
Hahahahah...dah dah. Taknak comment lebih lanjut. Proceed ke kejadian seterusnya (rasa nak sepak je adik aku masa tu!).
Kejadian 2:-
Tempat: Depan fitting room jugak.
Yang ni agak bengang jugak la. Tapi nasib baik la bulan puasa. Ada sorang lelaki ni. Kitorang dah beratur tunggu turn punya la lama. Yang dia, tiba-tiba menghampirkan diri dekat pintu fitting room. Kemudian, keluar orang yang dekat dalam tu. Then, dia tengok kiri kanan dan terus masuk dengan selamba. Aku sampai tak sempat nak tegur dia dah tutup pintu. Pergghhhh...menyirapnya darah sirap aku ni. Rasa nak freekick je adik aku masa tu. Hahahaha..Suke suki Tok Ki dia je potong turn orang. Nasib baik aku penyabar orangnya. (^_^)
Kejadian 3:-
Tempat: Display baju
Last but not least.. Yang ni kalau aku kenangkan balik, aku akan terseyum macam kambing tengok lembu naik moto. Tengah dok usha-usha baju, tiba-tiba datang sorang budak salesman (pelayan) kat tempat tu tanya kan pendapat.
Budak Salesman: Bang, bang! Abang rasa baju ni ok tak.
Aku: Huh?
Tokojot den! Apahal la budak ni? Aku salesman dekat sini ke dia? Tiba-tiba..
Akak Misteri: Hah, adik rasa baju ni ok tak untuk adik?
Aku: Huh?
Adeh, parah aku. Bila masa abang aku kawin? Eh, aku ada pulak abang?
Aku: Kenapa ye kak?
Akak Misteri: Badan dia macam adik.
Aku: Oh, nak beli untuk anak eayh?
Akak Misteri: Tak, untuk adik.
Aku: Oh, ok!
Akak Misteri: Ok tak baju ni. Ke nampak kecik.
Aku: Jap eayh kak.... emmm... Errr.. Ok la ni. Baju ni memang fit. Sekarang memang style macam ni.
Akak Misteri: Oh, yeke? Ok, thanks ye.
Dengan tiba-tibanya aku tau pasal fesyen. Mana datang entah! Hahahah..
Macam-macam orang dan macam-macam ragam aku jumpa hari ni. Kalau dah ramai sangat orang pada satu-satu masa tu, ni la jadinya. Pelbagai ragam manusia, pelbagai jenis manusia kita boleh jumpa. So, kalau nak dapat pengalaman yang pelik-pelik atau kelakar atau.....emmmm.. Cari la masa-masa yang crowded eayh.

..SEKIAN..
p/s: Sedar tak sedar, lagi 2 hari je nak raya dah.
p/s: Owh, pesanan untuk kawan-kawan, pesan kat parents korang pandu la kenderaan dengan berhati-hati ingatlah orang tersayang bila pulang ke kampung halaman nanti. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dengan ayat kursi moga perjalanan korang selamat. (^_^)