Tuesday, November 30, 2010

..bersambung..

ok..ni sambungan untuk last entry aku. First, korang enjoy dulu tengok video kat bawah ni. Nanti baru aku cerita lebih lanjut. Tengok, jangan tido pulak. (^_^)



Apa yang kita lalui semalam tidak mungkin akan sama apa yang kita lalui hari ini dan juga hari esok. Genre (peristiwa pahit, manis) mungkin sama tetapi plot cerita mungkin berbeza. Oleh itu, apa yang kita lalui, sematkan ia di hati pahatkan ia di dada dan jadikan ia kenangan paling indah yang mungkin sukar untuk lenyap di ingatan (melainkan kau hilang ingatan). That's why I love making video. So, bila kita tengok balik video-video seperti ini mungkin akan dapat mengalirkan air mata (untuk perempuan je).

Cakap pasal pingat yang aku dan kengkawan dapat tu (pingat gangsa), it's really meaningful to me and my friends. Something that you hard to achieve, once you get it, you will know how meaningful it is (if broken, sila betulkan).

Kalau nak cerita pasal semua pengalaman pahit kitorang masa liga IPT dulu, memang aku tak percaya apa yang kitorang dah achieve sekarang. It has been 4 years coach kitorang mengharapkan sesuatu dari pasukan bola sepak Johor yang dibimbingnya sejak sekian lama. Finally, kitorang dah capai dan realisasikan impian coach kitorang. Itu sebab ia menjadi satu kenangan yang paling best dalam hidup semua players even pingat tu gangsa je.

THIS IS THE BEST MOMENT IN MY LIFE BUDDY!!! YEAH! THE BEST MOMENT IN MY LIFE!
(macam menang gold medal kat sukan Olympic je)

..SEKIAN..

Thursday, November 25, 2010

The Best Moment In My Life

Hampir 2 minggu lebih, akhirnya berakhir sudah Kejohanan KARISMA di UiTM Shah Alam. Memang banyak benda aku nak cerita pada entry kali ini. Tapi mungkin akan makan masa yang agak panjang untuk membacanya jika aku cerita dekat korang dari A sampai Z. Tambahan kalau korang mengeja. Memang 3 kali raya la jawabnya baru habis.

Sukar untuk aku meluahkan dengan kata-kata bagaimana perasaan gembira, teruja dan duka aku dan rakan-rakan (Team Bola Sepak) yang lain sepanjang menjalani latihan pusat sehinggalah tamatnya kejohanan ni. Banyak kenangan aku dan rakan-rakan lain bersama. Rasa sungguh sukar untuk menerima semua ni yang ia sudah berakhir semalam. Rasa semacam tidak puas saja kitorang bergurau, bergelak ketawa bersama-sama. Pahit getir juga kitorang lalui bersama. Nak cerita satu persatu mau tercabut jari-jari aku ni karang. Apa yang boleh aku kongsi bersama hanyalah video ni. Korang tengok la eayh. Mungkin dengan menonton video ni dapat korang rasa jugak apa yang aku rasa.


Kenangan ni pasti aku tak dapat lupakan sepanjang hidup aku.. Thank's kawan-kawan for everything.

..SEKIAN..

p/s: Lantak pi la korang nak kata aku ni over macam menang emas ke apa ke. Janji aku bangga dengan diri aku dan kawan-kawan aku semua sebab apa yang kitorang dah capai ni dah dapat menutup mulut-mulut yang berbau longkang yang memandang rendah keupayaan kami. Aku rasa ni pencapaian terbaik pasukan Bola Sepak Johor yang rata-rata pemainnya bukanlah terdiri daripada budak-budak Sport Science.

p/s: Video part 2 coming soon..

Tuesday, November 16, 2010

Tidakkah Kau Tahu Adab Berpakaian Di Dalam Masjid??


Jahilkah kau?? Bodohkah kau?? Atau masihkah kau seperti anak-anak kecil?? Assalamualaikum wtb.. Lama jugak tak update blog. Ni baru la dapat update. Final pun dah habes. So, curi masa kejap sebelum aku kembali ke kampus menjalani latihan pusat untuk menghadapi KARISMA (Sukan antara UiTM) Sabtu ni.

Semalam seluruh umat Islam di dunia telah menyambut hari yang paling bermakna di dalam sejarah Islam iaitu Hari Raya Aidiladha. Ni nak cerita pasal ayat aku yang first-first sekali tuh. Jahilkah kau bila kau tidak menutup aurat sewaktu berada di dalam masjid?? Bodohkah kau sampai berani menunjukkan aurat kau kepada semua orang yang berada di dalam masjid? Atau masihkah kau seperti anak-anak kecil yang tak tau adab-adab berpakaian ketika berada di dalam masjid?

Sangat terkejut bila semalam selesai menunaikan solat aidiladha dan bersedia untuk mendengar kutbah, aku terlihat akan seorang wanita bersama dua anak perempuannya yang dengan selamba anak-anaknya itu tidak menutup aurat dengan menampakkan rambutnya yang berkarat dan tak berapa nak cantik menarik kau memang prasan the boom! Apa semua ni?? Kau tak tau ke adab-adab berpakaian masa dalam masjid? Sumpah beb, gua rasa nak pegi tendang jew dua orang perempuan tu. Nak kata kecik lagi, kalau bagi kawin dah boleh dapat anak dah. Kepada siapa kau nak tayang rambut kau tu? Anak pak imam? Anak bilal? Tak pun pak imam sendiri? Eh, jangan berangan la. Tak hingin la orang nak tengok rambut kau yang berkarat tuh.

Itu satu hal.. Yang lagi satu ni aku nampak sorang perempuan berfesyen tak kena tempat. Perghh...baju, vogue habis. Alahai kak. Tak kisah la nak vogue ke apa. Tapi biar la pakaian tu tidak menampakkan aib sendiri atau jadikan sexual arrestment kepada kaum adam. Dalam masjid kak oii.

Hei..entah la awak. Tak paham saya dengan awak-awak semua ni. Dah la, malas nak cerita lagi pasal ni. Kubur kan lain-lain. Apa saya nak kisahkan?? Hmmmm... Kepada yang lain, kalau masih lagi jahil dengan benda simple yang pernah kita belajar masa sekolah rendah dulu ni, jangan la datang masjid nak tunjuk baik. Duduk je dekat rumah. Kalau betul-betul teringin nak solat berjemaah tu make sure korang study betul-betul adab-adab berpakaian ketika berada di dalam masjid.

..SEKIAN..