Tuesday, February 1, 2011

Message Berantai Lebih Bahaya





Dah lama dah aku nak ulas tentang isu ni, sekarang ada tergerak hati untuk melakukannya. Mungkin dah agak terlambat kot kan? Takpe nak ulas jugak! Sebelum aku mencarut lebih lanjut, aku nak korang tau segala apa yang aku tulis ni adalah berpandukan pendapat dan pemikiran aku yang tak berapa nak bijak ni sangat. Jika korang tak berapa nak setuju dengan entry kali ni, boleh jumpa kat simpang (tinggalkan comment).


Korang mesti selalu terima message berantaikan? Oh, bukan surat yang korang dapat dalam dia ada rantai kaki tu. Message berantai yang korang dapat pastu korang kena send-kan dekat orang lain. Macam-macam style message berantai ni kita dapat. Ada yang kuak lentang, gaya bebas, gaya kupu-kupu. Hahaha.. Ok serious serious! Ada yang ke arah kebaikkan, ada yang ke arah nak pekena orang dan banyak lagi. Tapi tahu tak anda, sesetengah message berantai yang dihantar yang lebih ke arah kebaikan adalah lebih bahaya bahkan lebih bahaya daripada harimau berantai mahupun orang gila yang dirantai. 

"Qiamat sudah makin dekat...bla..bla..bla..bla.. Jika tidak sebarkan message ni kepada 10orang, anda mungkin ditimpa bala daripada Allah SWT."
Mesti korang selalu terima message berantai seperti inikan? Kalau dilihat secara mendalam memang la bagus mereka hantar message sedemikian rupa. Tujuannya bagi mengingati sesama umat tapi...aku tak sokong la ayat message yang last tu. 'Jika tidak sebarkan message ni kepada 10orang, anda mungkin ditimpa bala daripada Allah SWT'. Adakah Allah menurunkan bala hanya kerana tidak hantar message kepada 10 orang??

Jimba: Let's think positive la bro. Kite nak berpesan-pesan kepada kawan-kawan. Kalau tak jalankan memang la Tuhan bagi bala. Kan ke bagus message macam ni.
Brader: Aku setuju dengan kau bab berpesan-pesan kepada kawan-kawan tapi sampai Allah nak turunkan bala hanya kerana tak sebarkan message ni kat 10 orang, aku tak setuju. Takut nanti mereka akan terpesong. Jahanam akidah kita bro. Cube lu bayangkan eayh kalau kite selalu dapat message ni, pastu pesanan last die ade yang suruh kita sebarkan, kalau tak sebar akan ditimpa musibah. Tapi kalau sebarkan akan dapat manfaat. Tak ke dorang akan percaya bende-bende ni bro? Dorang akan percaya yang dorang akan dapat something jika hantar message tu. Percaya 100 percent. Kalau macam tu, tak payah la solat. Tak payah buat amal. Hantar je message-message macam ni.
Hah, korang dapat tak apa yang cuba aku sampaikan melalui perbualan di atas. Ini adalah salah satu cara bagaimana mereka (yang tidak bertanggungjawab) mahu merosakkan akidah kita tanpa kita sedari. Jika korang masih ragu-ragu dengan semua ini, tidak mengapa. Di Malaysia ramai ahli-ahli agama yang berilmu tinggi. Tanya saja mereka tentang hal ini. 


Last but not least, message sebegini tidak salah sebenarnya kalau korang nak hantar dengan niat mahu mengingati sesama manusia, tapi kalau boleh buang la ayat yang last tu. Kalau Tuhan nak bagi bala, bukan kerana tidak hantar message je awak, tapi kalau dalam sesuatu negeri tu punya ulama dan maksiat bertaburan, ulama pula tak berpesan-pesan, bala boleh turun jugak awak. Kalau Tuhan nak bagi rezeki tak payah nak buat amal melalui message, bersedekah selalu dekat masjid pun sudah dapat.


..SEKIAN..
p/s: Renung-renungkan..   

6 comments:

  1. betul tu. saye setuju sangattt dgn awak.

    ReplyDelete
  2. kenapa nk tetapkan 10 or 20 org.. what the point hantar benda2 ni pun ak x tau. ak klu dpt surat ni terus delete. sbb bala/dugaan bukan ditentukan dari sekeping kertas/email.

    ReplyDelete
  3. nazrul ashraff~
    jhanam la spe yg mndpt khidmat kaunselor aku nnt...

    ReplyDelete