Ceritanya berlaku semalam (15 Februari 2011) sewaktu kawan aku S*** mahu pulang ke rumah selepas habis kelas. Dia menelefon kawan aku sorang lagi O*** untuk mengambilnya pulang. Hampir setengah jam tunggu, si O*** pun datang dengan bergaya sambil memberhentikan motonya di hadapan S*** dengan berkata...
O: Hai, abang hensem mau pegi mana? Mau tumpang ka?
S: O***, helmet aku mana??
Si O*** terkedu seketika... Mungkin di memikirkan sesuatu agaknya..
S: Macam mana aku nak balik kalau kau tak bawak helmet?
Lalu si O*** pulang begitu saja. Ahahahaha... Kesian kawanku. Mahu pulang awal tetapi akhirnya kawan pulak buat hal. Nak ambil member naik moto tapi terlupa nak bawak helmet spare. Dasyaaaaatttttt!!! Mungkin dia terlupa agaknya yang kenderaan yang dia naik tu moto. Alahai...
..SEKIAN..
p/s: sumber cerita adalah daripada orang yang mengalaminya. Semuanya adalah benar belakar. Dialog di atas ada unsur-unsur penambahan sedikit untuk menyedapkan penceritaan. (^_^)
tu jek..abis tu endingnya ape?
ReplyDelete