Sunday, May 15, 2011

Kisah Memalukan Dalam Hidup



Assalamualaikum wtb... Hahahaa.. Selesai sudah kerja-kerja pen-touch-up-pan (pronouns kasi betul) blog aku. Bagai nak gila aku cari idea nak bagi nampak blog aku lebih COOL daripada biasa. Akhirnya... COOL tak?? Hahaha..

Ok, sedikit entry sebelum aku balik ke kampus untuk menyelesaikan MISI yang wajib aku selesaikan. 'Kisah Memalukan Dalam Hidup'? Takkan korang tak pernah alami. Tipulah kan? Sekali dua pasti berlaku dekat korang. Kalau ada apa dia? Share la sikit.

Aku akui memang banyak kisah yang memalukan sepanjang aku hidup ni. Kisah ni ada di antaranya yang typical berlaku di antaran kita-kita. Kebanyakkannya mesti pernah alami keadaan seperti :-


Tersalah bercakap dengan orang.
Takkan la tak pernah terjadi situasi seperti ni? Mesti pernahkan? Ok, aku bagi contoh. Korang tengah syok jalan-jalan window shopping dengan member-member korang. Sambil jalan-jalan tu mesti korang sembang-sembang dengan member korang kan? Tapi saat kisah yang memalukan tiba bila mana tengah dok syok sembang, korang ternampak akan satu barang favourite korang dalam satu kedai. Korang pun tanpa toleh ke kiri ke kanan, korang pun bagitau la member korang dekat sebelah. Tapi alih-alih, dekat sebelah korang tu orang lain yang entah bila masa dan dari mana entah dia muncul. Korang pun saling pandang-memandang sambil melemparkan senyuman sinis. Kawan korang pulak tersangkut dekat satu kedai kerana asyik belek barang yang entah nak dibeli atau tidak. 

Orang lain ingat kita perkerja dekat kedai tu atau kita sendiri ingat orang tu pekerja dekat kedai tu. 
Ni pun aku rasa ramai dah pernah alami situasi macam ni. Memang best kalau kita tengah tunggu member-member lain beli barang dan kita pulak macam nak tercabut kaki berdiri sambil posing maut dekat celahan baju dan seluar tunggu dorang beli barang. Tapi akan bertambah best bila tiba-tiba ada awek tegur kita. Wah, best kan?? Tapi yang tak bestnya awek tu tegur sebab dia suruh kita carikan baju saiz S yang dia nak dan kita pulak dengan buat muka cover macho cakap, "Awak, saya bukan pekerja kat sini.". Yang peliknya, kenapa kita pun berkongsi kemaluan malu dengan orang tu? Pelikkan?

Tersalah panggil orang 
Ni pun ramai jugak yang pernah alami. Tersalah panggil member. Alah, biasa sangat la ni kan. Dari jauh memang nampak macam member kita, gaya jalan pun sama. Style rambut. Eh, serba-serbi samalah kalau tengok dari jauh (mungkin yang rabun macam aku je kot). Nak-nak pulak kita tengok dari belakang (Hah, yang ni untuk orang yang tak rabun jugak), memang sama. Apa lagi, kita pun jerit laa panggil nama dia dari jauh. Tambah pulak member korang panggil tu memang bertahun-tahun tak jumpa. "Jah! Jah! Oiii, Jah! Pekak ke ape budak ni?". Korang jerit memang tak ingat plak tu. Yela, dah lama tak jumpa kan? Tak puas hati korang jerit sekali lagi, "Jah! Aduhai..". Sekali dia toleh ke belakang, hambik kau! SALAH orang pulak. Agak-agak apa korang terfikir masa dia toleh ke belakang. Sempat tak korang pun nak toleh ke belakang sama (berpaling)? Sempat tak korang nak buat excercise tangan atau menggeliat? Kalau sempat ok la. Kalau tak? Tak ke malu?


Itu antara kejadian yang memalukan yang biasa terjadi dalam kalangan kita. Ok, nak story sikit kisah memalukan seseorang dekat korang. Baca elok-elok eayh?

Ada sorang mamat ni pergi ke stesen minyak untuk membeli sebutir bom tangan......................... Adoi, korang ni, of course nak isi minyak. Dengan macho dia berjalan ke kaunter pembayaran. "Kak, pam 3 20ringgit ye?". Dia pun keluarkan dompet yang penuh dengan duit bersepah-sepah (Bukan banyak duit tapi duit tak tersusun). Dihulurkannya duit kertas RM10 dua keping kepada akak kaunter tu. Selang beberapa saat, "Eh, kak. Isi 30ringgit la.". Dihulurkan pulak duit kertas RM50. So, jadi semua dekat tangan akak tu ada berapa? Pandai. Ada RM70 dekat tangan akak tu sekarang. Then, akak tu pulang baki RM10 empat keping. Mamat ni tiba-tiba jadi keliru. Dia dengan tak segan silu mintak akak tu baki lagi RM10. Korang paham setakat ni? Bagus. Akak tu meng-explain dekat mamat tu, "Betul la, tadi adik bagi bla..bla..bla.. Akak pulang la balik 40ringgit. Betul lakan?". Mamat ni pun tak nak malu punya pasal, dia cakap akak tu kurang bagi lagi RM10. Akak tu malas panjang cerita, dia pun bagi la RM10. Mamat tu berlalu dengan happy dan terus mengisi minyak keretanya. Lepas isi minyak, dia pun masuk ke dalam kereta dan berfikir sejenak pasal hal tadi. Tiba-tiba dia tersedar yang memang akak tu pulang baki dengan betul dan mamat tu memang silap. So, apa mamat tu buat? Kerana tidak mahu menanggung malu untuk pulangkan duit baki RM10 tu balik, dia dermalah duit tu dekat tabung masjid. HABIS... Hahahahaha... Korang nampak tak dekat situ? Nampakkan keBODOHAN dia yang terserlah ayunya. Hehehe..

Tamat la sudah sedikit kisah-kisah yang memalukan dalam hidup. Lumrah dunia kot benda-benda ni terjadi. Kalau takde perkara-perkara seperti ini, tak berwarna la kehidupan kita. Betul tak?? Allah tu Maha Bijaksana dan Dia Maha mengetahui segala apa yang Dia buat.

..SEKIAN.. 

p/s: Siapa mamat dalam cerita tu? Biarlah aku dan Allah saja yang tahu.

8 comments:

  1. Kau ek mamat derma kt tabung masjid tu? huhu.

    ReplyDelete
  2. che wan puteri~
    he'eh... cntk sket.

    ReplyDelete
  3. itu tak malu sangat...aku lagi maluuuu, aku tercirit dalam seluar dekat ofis disaksikan sendiri oleh bos, n ofismate aku... rilek jeeee..

    ReplyDelete
  4. kesian akak yang kerja kat kedai pam minyak tu.. Mesti dye kena bayar seploh inggit kat kedai tu,, sebab da short seploh ringgit da...

    ReplyDelete
  5. Kisah cinta nasi lemak~
    hahaha.. ni bkn stakat memalukan tp malu+selekeh tenuk! hahahaha..

    ReplyDelete
  6. miz nina~
    hahaha..tu la tu. kesian..

    ReplyDelete
  7. Hang la mamat tuh kan?
    HAHA
    Sengal.
    Saket jiwa gak ek jadi cashier nieh
    AHAHA ;p

    ReplyDelete
  8. missomachos~
    woish, xkn la wa punya crita yg memalukan wa nk celita. mmg x laaa kn. ^_^

    ReplyDelete