Assalamualaikum semua.. Ok, curi masa sat. Tengah free ni untuk post entry before balik semula ke Segamat menjalani latihan. Ada berbaki 2 perlawanan lagi untuk diharungi.
Sempena dengan kesibukan pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia mengambil kemasukan pelajar-pelajar baru sama ada swasta mahupun awam ni, aku nak kongsi cerita sikit la dengan korang semua tentang tajuk entry aku tu especially budak-budak yang baru melangkah ke alam kampus.
Kepada semua pelajar-pelajar baru, abang (cewah) nak berpesan kepada semua, memang banyak sangat perbezaan masa korang belajar time dekat sekolah-sekolah dengan campus life ni. Memang banyak beza dik wa cakap lu. Lu orang boleh terkena kejutan budaya mahupun kejutan elektrik di tiang-tiang dekat kampus tu kalau lu orang tak pandai bawak diri. Tapi persamaannya, korang menuntut ilmu menggunakan medium (buku, komputer, guru) yang lebih kurang, cuma budaya dan caranya saja yang berbeza.
So, ada perkara yang korang perlu amik berat bila korang dah melangkahkan kaki dekat campus life ni. Korang tau tak yang student-student U ni memang mudah sangat nak terkena santau. "Serious bro?". Yes, bro! This is serious bro! This best bro (Apa kena mengena)!
Tanda-tanda korang dah terkena santau:-
- Asal pagi nak pegi kelas je korang mula la terasa pening kepala, rasa nak demam dan berat kepala untuk meninggalkan bantal korang. Tapi bila malam, pergghhh.. bukan main cergas lagi korang. Serba boleh buat aktiviti 5 dalam 1.
- Sebelum diberi assignment, bersungguh-sungguh nak buat dan bercita-cita nak siapkannya sebulan lebih awal sebelum due date tapi bila dah dapat assignment tiba-tiba terasa nak test power kebolehan untuk melakukannya sehari sebelum due date (penyakit kemalasan).
- Bila nak study, prepare untuk test or final exam, mata korang tiba-tiba jadi berat dan mula menguap 18 kali. Tapi bila dihidangkan 2 3 movie, mata bukan main tahan lagi melayan.
Kalau korang mengalami tanda-tanda seperti ini, memang sah, korang dah terkena santau. So, pandai-pandai la korang bawak diri.
Actually, perkataan santau yang cuba aku tekankan dekat sini sebenarnya penyakit MALAS yang selalu melanda di kalangan remaja-remaja kita (termasuk aku sekali). Apa tujuan aku menggunakan ayat SANTAU? Korang kena paham permainannya kat sini. Tengok ye, bila lecturer korang mintak assignment yang dia bagi tu tapi korang tak dapat nak hantar masa tu, korang boleh bagi alasan, "Maaf puan, saya tak dapat siapkan sebab saya terkena santau bersama-sama 5 lagi rakan saya yang lain.". Hah, nampak tak permainannya dekat sini? Bila korang cakap korang malas nak siapkan, confirm-confirm kena maki. Kalau korang tukar perkataan MALAS kepada SANTAU kan lebih molek. Di saat itu, korang tunggu sajalah SANTAU dari lecturer korang yang real punya santau. Hahahaha..
Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendaftarkan diri di pusat-pusat pengajian tinggi. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Tidak semestinya, tidak berjaya melanjutkan pelajaran korang telah gagal dalam hidup. Banyak lagi cara lain nak berjaya. Apa yang penting, korang kena terus berusaha, berdoa (jangan tinggal solat) dan yakin pada Dia. Wish you all success!!
..SEKIAN..
hahaha.. setuju sesangat. mata automatik segar bugar masa tgk movie eventhio dh pukul 1-2 pagi. klu bukak buku "esok lah sambung" LOL!
ReplyDeleteWzulhilmi~
ReplyDeletehahaha..biasa latu.
betol2...setuju gile..cntoh tedekat nye gue..gile malas time final ari tuh..smapaikan stu subjek tu mmg xbkak bku lgsung...tido je smpai ptg nk exam baru bangunn..xreti sy ngan diri sndri..
ReplyDeletebetol2..setuju gile2...cntoh terdekat saye le..exam hari tuh bkn maen malas thp cipan..sampaikan ade stu sbjek tu xstudy lgsg..tdo je kejenye..bangun2 g exam je...fuhh..mmg truk pnyakit ni
ReplyDeletepenyakit santau macam ni dah lama bersemadi dalam jiwa bomoh pak ustaz dukun pon xleh bantu ahahha
ReplyDeletenanazuki~
ReplyDeleteklau awk tak reti dgn dri sndr apatah lg org laen kn??
kusiberjalan~
ReplyDeleteBETUL TU! nk2 mmg dah azali mcm tu. pergghhh..lg payah.
hahaha..stuju.btol2...ak pun same.mmng kalo kene "santau" ni taleh wat ap dah..haha
ReplyDeleteNuramalina Aziz~
ReplyDeletesma2 kita peranginya.. hahaha.
Hahhaha.. siti pernah jer .. :p
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeletela..ingat santau yg itu .. rupe santau yg ini.. haha.
ape2x pun.. entry yg bermanfaat! ^^
ko nie pndai la knal pnyakit santau...aq pn da kne santau nie...hahaha...
ReplyDelete