Tuesday, July 19, 2011

Bau Hangit Itu Meremangkan Bulu Tengkok Aku

Hah, nampak sangat aku tengah free gila-gila masa cuti ni. Memang bosan betul kalau seharian terperap je dekat rumah tak pegi mana-mana. Tapi kalau keluar pun bosan jugak. Habis tu nak pegi mana?? Duduk rumah bosan, keluar rumah bosan. Baik aku try keluarkan kaki sebelah dari rumah (dah macam orang bodoh je) mungkin akan timbul di tengah-tengahnya kegembiraan. ^_^

Dalam dok bosan-bosan ni, baik aku story satu story dengan korang. Cerita ni baru lagi happen berlaku. Cerita yang agak menyeramkan ini berlaku di rumah sewa aku. Bulan lepas kalau tak silap aku. Rumah sewa aku ni baru-baru ini memang kecoh dengan cerita menyeramkan semenjak hadirnya 3 orang ahli baru (kawan-kawan) dalam rumah tu. Sebelum ni aku duduk berlima dekat rumah tu. Member aku sorang dah gred, sorang dah tak nak duduk rumah sewa dan sorang lagi MIA (Missing in Action). So, aku ajak la member aku yang 3 orang ni duduk rumah aku bagi memastikan kos sewa rumah setiap sorang lebih rendah.

Semenjak mereka bertiga ni masuk rumah aku ni, memang kecoh dorang bercerita tentang jiran sebelah (makhluk halus) dekat dalam rumah tu. Ada yang bagitau pernah kena ganggu waktu tidur. Terdengar bunyi something yang tak sedap gegendang telinga nak terima. Tapi aku dulu dengan kawan-kawan aku yang lama tu elok je. Tak kena kacau pun. Takde pulak mengalami perasaan yang tidak menyenangkan. Hmmm..ni yang aku musyhkil ni. Dorang saja kot nak buat cerita? Wallahualam..

Dengan kesannya penceritaan mereka terhadap cerita-cerita sebegitu di rumah tu ia telah menyumbang kepada satu faktor yang mana dulunya aku dan kawan aku (the old housemate) berani tinggal sorang-sorang dekat rumah tu kini tidak lagi. Yang paling kelakar tu, member aku ni memang tak minat langsung nak bermain futsal dan kalau kitorang pegi main futsal, kau bagilah rm50 pun dia takkan nak punya ikut kitorang main. Tapi disebabkan pengaruh yang kuat akan cerita-cerita yang telah disebarkan oleh mereka, member aku tu setiap kali kitorang main futsal dia akan follow (macam-macam kerenah).

Pada satu malam yang dingin. Aku solat isya' berjemaah dengan berimamkan Ajam (salah seorang ahli baru rumah tu). Masa tu pukul 1 pagi lebih if I not mistaken lah (AMARAN: Jangan suka lambat-lambatkan solat). Memang masa tu aku tinggal berdua je dengan Ajam dalam rumah tu. Sedang tengah kusyuk dok solat, tiba-tiba aku terhidu bau hangit yang mana bila dihidu, meremang bulu tengkok aku. Makin dihidu makin meremang bulu tengkok aku (macam hipotesis plak). "Ah, tak boleh jadi ni. Aku nak solat pun tak kusyuk.". Makin lama makin seram pulak aku rasa. Terus aku tepuk bahu Ajam suruh dia berhenti daripada mengimamkan solat. Ajam dengan terkejut terus bagi penerajang terus bertanya soalan sambil aku dan dia keluar daripada rumah dengan masing-masing muka dah kecut macam asam keping, "Kenapa pip??". "Aku ada bau hangit ni. Lain macam bau dia ni. Kau ada masak apa-apa ke?". "Mana ada? Tapi aku pun ada bau ni. Takpe kita sambung solat dulu. Nanti baru kita carik punca.".

Habis solat, kitorang memberanikan diri cari punca mana datangnya bau tu. Memang satu rumah kitorang search cari. Satu benda terbakar pun takde dalam rumah tu. Masing-masing dah tak tau apa punca dan bau hangit semacam tu masih ada lagi, kitorang keluar la dari rumah dengan nawaitu nak pergi ke rumah member (selang beberapa rumah). Alih-alih baru la kitorang dapat tau mana datangnya bau hangit semacam tu. Rupa-rupanya..... Ada cina depan rumah kitorang pun tengah sembahyang jugak time-time tu. HAMPEH betul. Buat suspen je. Aku dan Ajam masing-masing terasa akan kebodohannya.

Morale of the story, ingatlah bahawa mana ada syaitan yang berani mengganggu hamba Allah yang sedang menghadap Tuhannya (ala, bila dah takut, nama sendiri pun lupa). Dan lagi satu, kalau korang lambat-lambatkan solat, korang sama la solat dengan orang cina. Hahahaha..

..SEKIAN..

Sunday, July 17, 2011

Jangan Masih Nak Menangis Di Bawah Ketiak Mak



Assalamualaikum wtb.. Waaaaaaahhhhh, sudah lama rasanya tak bukak blog and update. Biasa la, abang busy sekarang. Dah semester akhir dah kan. Makin busy laa (buueeekkkk).. Sekarang tengah cuti mid-term, so ada masa la nak mencarut dalam blog ni.

Tengok tajuk dah macam tajuk lagu 'Kenapa Aku Pergi Tengok Wayang Sedangkan Rumah Aku Ada DVD' by Kumpulan Jambu, panjang nak m****s. Kali ni nak story sikit pasal ada sesetengah pihak yang tidak berpuasa hati dengan budaya ragging yang telah lama diamalkan di Malaysia untuk budak-budak junior sama ada di asrama mahupun di universiti. Baru-baru ni kecoh kampus aku pasal ada seorang hamba Allah yang tidak berpuas hati dengan benda ni dan telah poskannya ke wall FB dewa-dewa kami sebab adik beliau nak berhenti belajar kerana tak tahan di-ragging dengan senior. Tak tau la kesahihan cerita ni. Tapi kalau betul la, come on. Awak tu dah besar. Takkan kena ragging sikit dah tak tahan brader.

Sebenarnya, ragging ni banyak kelebihannya terutama di universiti. Orang yang tidak mengalaminya memang bila mendengarkan perkataan ragging, terus set mind "Ragging itu sangat tak berperi kemanusiaan,". Itu kepada orang-orang yang hanya membaca bahan-bahan tertentu dan tidak mengalaminya. Mungkin bahan bacaan yang menyatakan ragging tu sangat tidak berperi kemanusiaan adalah kes 1 dalam 1000. Dan aku tau pernah sekali satu kes berkenaan ragging menjadi punca kepada kematian. Tahukah kita di sebalik cerita itu?? Takkan? So, jangan membuat kesimpulan dengan hanya melihat subjektifnya.

Aku sendiri ramai kawan-kawan yang pernah kena ragging masa aku mula-mula masuk universiti. Takde pun yang masuk ICU. Takde pun yang mati. Elok je dorang semua. Masih ada mata, masih ada kaki dan masih ada tangan. Yang best tu, siap boleh tolak-tolak kepala bergurau lagi dengan senior. Hah, korang nampakkan apa yang cuba aku sampaikan dekat sini. Sebenarnya ragging di universiti bukanlah penderaan untuk junior atau nak memastikan junior tabik spring (respect) dekat senior. Tapi ia lebih kepada salam perkenalan. Tujuan kitorang (senior) buat ragging tu hanyalah nak bermesra-mesra dengan junior. Banyak sebenarnya kelebihan ragging budak junior ni.

Kepada Brader-Brader yang terasa hati. Brader boleh bayangkan tak sekiranya brader orang lama dekat sesuatu tempat dan dengan tiba-tiba ada orang baru datang bertandang di situ. Yang menyedihkan orang baru tu tak pernah tegur brader, tak pernah nak bagi salam atau melemparkan senyuman. Jangan kata senyuman kerang busuk, senyuman kambing tak mandi pun tak nak bagi. Hah, apa perasaan brader?? Mesti menyirap je urat kepala kan? Itulah tujuan ragging sebenarnya brader. Aku bukan menggalakkan sangat ragging-ragging  ni sebab dulu aku sendiri pun lari masa senior panggil nak kenal-kenal (nak ragging la tu). Walaupun aku tak kena ragging, tapi aku jenis orang yang tau dan faham apa itu erti 'Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.'. Aku hormat senior-senior. Tapi sikalang punya olang, sulah hilang holmat sama itu abang kawasan. Dah kena ragging barulah baik. Barulah nak tunjuk hormat. Eh, banyak lagi la advantage ragging ni.

Cukuplah tu sampai sini. Nak melahirkan rasa tidak puas hati aku memang panjang lagi tapi malas la. Korang semua dah besar. Bukan budak tadika lagi nak menangis di bawah ketiak mak. Kalau rasa ragging tu satu penyeksaan, jangan duduk dalam komuniti tapi duduk la korang dengan anak-anak patung.

Bila kita seorang melawan dengan sekumpulan dari apa segi pun, yang berada dalam kumpulan pasti akan menang. Bukan bertujuan untuk mengumpul pengikut untuk pergi bergaduh, tapi sebagai kekuatan masyarakat. Masyarakat yang hidup dalam kalangan masyarakat. Kekuatan akan hadir bila kita saling tidak musuh-memusuhi.

..SEKIAN..

p/s: Aku mengaku aku dan kawan-kawan aku dah ragging budak-budak junior. Mula-mula sebelum kenal, semua buat muka kerek tapi lepas kena ragging, jumpa dekat luar semua main tolak-tolak kepala. This is how we live in the community.