Tuesday, July 19, 2011

Bau Hangit Itu Meremangkan Bulu Tengkok Aku

Hah, nampak sangat aku tengah free gila-gila masa cuti ni. Memang bosan betul kalau seharian terperap je dekat rumah tak pegi mana-mana. Tapi kalau keluar pun bosan jugak. Habis tu nak pegi mana?? Duduk rumah bosan, keluar rumah bosan. Baik aku try keluarkan kaki sebelah dari rumah (dah macam orang bodoh je) mungkin akan timbul di tengah-tengahnya kegembiraan. ^_^

Dalam dok bosan-bosan ni, baik aku story satu story dengan korang. Cerita ni baru lagi happen berlaku. Cerita yang agak menyeramkan ini berlaku di rumah sewa aku. Bulan lepas kalau tak silap aku. Rumah sewa aku ni baru-baru ini memang kecoh dengan cerita menyeramkan semenjak hadirnya 3 orang ahli baru (kawan-kawan) dalam rumah tu. Sebelum ni aku duduk berlima dekat rumah tu. Member aku sorang dah gred, sorang dah tak nak duduk rumah sewa dan sorang lagi MIA (Missing in Action). So, aku ajak la member aku yang 3 orang ni duduk rumah aku bagi memastikan kos sewa rumah setiap sorang lebih rendah.

Semenjak mereka bertiga ni masuk rumah aku ni, memang kecoh dorang bercerita tentang jiran sebelah (makhluk halus) dekat dalam rumah tu. Ada yang bagitau pernah kena ganggu waktu tidur. Terdengar bunyi something yang tak sedap gegendang telinga nak terima. Tapi aku dulu dengan kawan-kawan aku yang lama tu elok je. Tak kena kacau pun. Takde pulak mengalami perasaan yang tidak menyenangkan. Hmmm..ni yang aku musyhkil ni. Dorang saja kot nak buat cerita? Wallahualam..

Dengan kesannya penceritaan mereka terhadap cerita-cerita sebegitu di rumah tu ia telah menyumbang kepada satu faktor yang mana dulunya aku dan kawan aku (the old housemate) berani tinggal sorang-sorang dekat rumah tu kini tidak lagi. Yang paling kelakar tu, member aku ni memang tak minat langsung nak bermain futsal dan kalau kitorang pegi main futsal, kau bagilah rm50 pun dia takkan nak punya ikut kitorang main. Tapi disebabkan pengaruh yang kuat akan cerita-cerita yang telah disebarkan oleh mereka, member aku tu setiap kali kitorang main futsal dia akan follow (macam-macam kerenah).

Pada satu malam yang dingin. Aku solat isya' berjemaah dengan berimamkan Ajam (salah seorang ahli baru rumah tu). Masa tu pukul 1 pagi lebih if I not mistaken lah (AMARAN: Jangan suka lambat-lambatkan solat). Memang masa tu aku tinggal berdua je dengan Ajam dalam rumah tu. Sedang tengah kusyuk dok solat, tiba-tiba aku terhidu bau hangit yang mana bila dihidu, meremang bulu tengkok aku. Makin dihidu makin meremang bulu tengkok aku (macam hipotesis plak). "Ah, tak boleh jadi ni. Aku nak solat pun tak kusyuk.". Makin lama makin seram pulak aku rasa. Terus aku tepuk bahu Ajam suruh dia berhenti daripada mengimamkan solat. Ajam dengan terkejut terus bagi penerajang terus bertanya soalan sambil aku dan dia keluar daripada rumah dengan masing-masing muka dah kecut macam asam keping, "Kenapa pip??". "Aku ada bau hangit ni. Lain macam bau dia ni. Kau ada masak apa-apa ke?". "Mana ada? Tapi aku pun ada bau ni. Takpe kita sambung solat dulu. Nanti baru kita carik punca.".

Habis solat, kitorang memberanikan diri cari punca mana datangnya bau tu. Memang satu rumah kitorang search cari. Satu benda terbakar pun takde dalam rumah tu. Masing-masing dah tak tau apa punca dan bau hangit semacam tu masih ada lagi, kitorang keluar la dari rumah dengan nawaitu nak pergi ke rumah member (selang beberapa rumah). Alih-alih baru la kitorang dapat tau mana datangnya bau hangit semacam tu. Rupa-rupanya..... Ada cina depan rumah kitorang pun tengah sembahyang jugak time-time tu. HAMPEH betul. Buat suspen je. Aku dan Ajam masing-masing terasa akan kebodohannya.

Morale of the story, ingatlah bahawa mana ada syaitan yang berani mengganggu hamba Allah yang sedang menghadap Tuhannya (ala, bila dah takut, nama sendiri pun lupa). Dan lagi satu, kalau korang lambat-lambatkan solat, korang sama la solat dengan orang cina. Hahahaha..

..SEKIAN..

No comments:

Post a Comment