Monday, August 1, 2011

Kisah-Kisah 25: Adam a.s





Assalamualaikum wtb. Hmmm...sedar tak sedar dah start bulan puasa. Bulan dimana tertutupnya pintu neraka terbuka luas pintu syurga, bulan umat Islam berlumba-lumba mencari keredhaan dan banyak lagi nikmat yang bisa diperolehi sepanjang bulan ini. Biasalah, bulan ramadhan ni mesti kisah-kisah anbia timbul tak kisah la sama ada di TV, majalah mahupun radio. Masa ni la kita nak menghayati kisah-kisah para nabi terdahulu. So, aku nak ambil kesempatan di bulan yang mulia ni nak cerita kisah-kisah yang menarik tentang para nabi dan rasul yang wajib kita ketahui tu. Insya-Allah. Moga-moga kita sama-sama dapat input yang bermanafaat daripada kisah-kisah tu. So, untuk permulaan of course aku akan cerita kisah nabi yang pertama iaitu nabi Adam a.s. 


Penciptaan Nabi Adam
Adam a.s diciptakan oleh Allah swt dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna. Adam a.s diciptakan pada hari Jumaat dan dikeluarkan daripada syurga juga pada hari Jumaat sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat muslim. Namun ulama berbeza pendapat berkenaan masa di syurga sama ada seperti putaran hari-hari di dunia atau tidak (nak tau lebih lanjut tentang masa penciptaan Adam a.s, boleh google).

(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi
untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT memerintahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi. Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.". Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.


Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."
.


Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Maqdis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12. Tanah Tha'if

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah

sama, ialah putih kemerah-merahan. 


Tinggi baginda 60hasta
Tau tak korang, Nabi Adam a.s apabila menjejakkan kakinya ke bumi, kepalanya masih ada di langit. Jangan terkejut! Dengan kejadian sebegitu rupa, Allah menurunkan ketinggian baginda sehingga menjadi 60hasta (1hasta=panjang lengan manusia). Disebut dalam hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Allah menciptakan Adam tingginya mencapai 60hasta. Sesudah itu penciptaan makhluk tidak henti-henti berkurangan tingginya hingga sekarang.". Subahanallah, tinggi betul nabi Adam.


Adam di India Hawa di Makkah
Menurut Dr. Hamid Ahmad al-Tarir dalam kitab beliau Qasas al-Anbiya'Li al-Atfal, ketika Adam a.s turun ke bumi, di atas kepalanya terdapat mahkota yang dibuat daripada kayu sebuah pohon dari syurga, baginda mendapati dirinya berada di puncak gunung (dipercayai di India). Baginda lalu memperlihatkan di sekelilingnya. Namun baginda tidak menemui apa pun kecuali hamparan langit dan bumi sehingga baginda merasa ketakutan. Lalu baginda teringat akan kembali syurga, tempat yang sangat bahagia. Tapi sekarang baginda telah dikeluarkan dan tidak tahu apa patut dilakukan. Baginda lalu teringatkan akan Hawa. Rasa rindu pada Hawa muncul dan baginda berharap akan bertemu Hawa kembali (Nabi Adam jugak sunyi tanpa Hawa ni kan pulak kita). Hawa pula Allah s.w.t telah mencapakkannya ke sebuah tempat yang sangat suci bagi umat Islam iaitu Makkah. Kesunyian jugak terasa pada Hawa kerana tiada tempat untuk bercakap. Yang ada hanyalah langit dan bumi yang terbentang luas. 


..Wallahualam..

p/s: Cerita ini telah diambil daripada sumber yang boleh dipercayai dan di-edit tanpa memesongkan dari faktanya..

p/s: Next story, Nabi Idris a.s. Insya-Allah..

2 comments:

  1. dulu kecik2 sgt suke sgt3..;)tgk cite kisah2 anbia..klu xsilap time tu wardina jd pengacara

    ReplyDelete
  2. Azlina ishAk~
    skg da bsar suke x??? ^___^

    ReplyDelete