Sunday, July 17, 2011

Jangan Masih Nak Menangis Di Bawah Ketiak Mak



Assalamualaikum wtb.. Waaaaaaahhhhh, sudah lama rasanya tak bukak blog and update. Biasa la, abang busy sekarang. Dah semester akhir dah kan. Makin busy laa (buueeekkkk).. Sekarang tengah cuti mid-term, so ada masa la nak mencarut dalam blog ni.

Tengok tajuk dah macam tajuk lagu 'Kenapa Aku Pergi Tengok Wayang Sedangkan Rumah Aku Ada DVD' by Kumpulan Jambu, panjang nak m****s. Kali ni nak story sikit pasal ada sesetengah pihak yang tidak berpuasa hati dengan budaya ragging yang telah lama diamalkan di Malaysia untuk budak-budak junior sama ada di asrama mahupun di universiti. Baru-baru ni kecoh kampus aku pasal ada seorang hamba Allah yang tidak berpuas hati dengan benda ni dan telah poskannya ke wall FB dewa-dewa kami sebab adik beliau nak berhenti belajar kerana tak tahan di-ragging dengan senior. Tak tau la kesahihan cerita ni. Tapi kalau betul la, come on. Awak tu dah besar. Takkan kena ragging sikit dah tak tahan brader.

Sebenarnya, ragging ni banyak kelebihannya terutama di universiti. Orang yang tidak mengalaminya memang bila mendengarkan perkataan ragging, terus set mind "Ragging itu sangat tak berperi kemanusiaan,". Itu kepada orang-orang yang hanya membaca bahan-bahan tertentu dan tidak mengalaminya. Mungkin bahan bacaan yang menyatakan ragging tu sangat tidak berperi kemanusiaan adalah kes 1 dalam 1000. Dan aku tau pernah sekali satu kes berkenaan ragging menjadi punca kepada kematian. Tahukah kita di sebalik cerita itu?? Takkan? So, jangan membuat kesimpulan dengan hanya melihat subjektifnya.

Aku sendiri ramai kawan-kawan yang pernah kena ragging masa aku mula-mula masuk universiti. Takde pun yang masuk ICU. Takde pun yang mati. Elok je dorang semua. Masih ada mata, masih ada kaki dan masih ada tangan. Yang best tu, siap boleh tolak-tolak kepala bergurau lagi dengan senior. Hah, korang nampakkan apa yang cuba aku sampaikan dekat sini. Sebenarnya ragging di universiti bukanlah penderaan untuk junior atau nak memastikan junior tabik spring (respect) dekat senior. Tapi ia lebih kepada salam perkenalan. Tujuan kitorang (senior) buat ragging tu hanyalah nak bermesra-mesra dengan junior. Banyak sebenarnya kelebihan ragging budak junior ni.

Kepada Brader-Brader yang terasa hati. Brader boleh bayangkan tak sekiranya brader orang lama dekat sesuatu tempat dan dengan tiba-tiba ada orang baru datang bertandang di situ. Yang menyedihkan orang baru tu tak pernah tegur brader, tak pernah nak bagi salam atau melemparkan senyuman. Jangan kata senyuman kerang busuk, senyuman kambing tak mandi pun tak nak bagi. Hah, apa perasaan brader?? Mesti menyirap je urat kepala kan? Itulah tujuan ragging sebenarnya brader. Aku bukan menggalakkan sangat ragging-ragging  ni sebab dulu aku sendiri pun lari masa senior panggil nak kenal-kenal (nak ragging la tu). Walaupun aku tak kena ragging, tapi aku jenis orang yang tau dan faham apa itu erti 'Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.'. Aku hormat senior-senior. Tapi sikalang punya olang, sulah hilang holmat sama itu abang kawasan. Dah kena ragging barulah baik. Barulah nak tunjuk hormat. Eh, banyak lagi la advantage ragging ni.

Cukuplah tu sampai sini. Nak melahirkan rasa tidak puas hati aku memang panjang lagi tapi malas la. Korang semua dah besar. Bukan budak tadika lagi nak menangis di bawah ketiak mak. Kalau rasa ragging tu satu penyeksaan, jangan duduk dalam komuniti tapi duduk la korang dengan anak-anak patung.

Bila kita seorang melawan dengan sekumpulan dari apa segi pun, yang berada dalam kumpulan pasti akan menang. Bukan bertujuan untuk mengumpul pengikut untuk pergi bergaduh, tapi sebagai kekuatan masyarakat. Masyarakat yang hidup dalam kalangan masyarakat. Kekuatan akan hadir bila kita saling tidak musuh-memusuhi.

..SEKIAN..

p/s: Aku mengaku aku dan kawan-kawan aku dah ragging budak-budak junior. Mula-mula sebelum kenal, semua buat muka kerek tapi lepas kena ragging, jumpa dekat luar semua main tolak-tolak kepala. This is how we live in the community.

6 comments:

  1. blogwalker~

    Salam. Wow I'm surprised by this post, well since I've never read ragging point of view from the 'ragger'. Nevertheless, I'm still against ragging, really against it if I have to say. This will be a long reply so if u don't bother to read it's ok, it's ur blog anyway. Why I disagree?? here's why

    "Tahukah kita di sebalik cerita itu??"

    yup i agree we don't know the story but still, do u have the right to rag?


    "Takde pun yang masuk ICU. Takde pun yang mati."

    xkan tunggu org masuk ICU baru kecoh pasal ragging?? sgt2 xpatut.


    "Tapi ia lebih kepada salam perkenalan. Tujuan kitorang (senior) buat ragging tu hanyalah nak bermesra-mesra dengan junior. "

    ya syukur klu junior terima ragging tu sebaik2nya tp klu smpai ada yg trauma fobia apa kes? U never know that ragging will haunt them for the rest of their lives..psychologically


    "Yang menyedihkan orang baru tu tak pernah tegur brader, tak pernah nak bagi salam atau melemparkan senyuman."

    nama pun orang baru, normal la dorg segan utk tegur senior2, why don't u senior yg start saying 'hi' to them instead of waiting for them to 'hi' u all? tp klu junior yg dibagi salam pun still x kesah yg tu mmg kureng


    "Dah kena ragging barulah baik. Barulah nak tunjuk hormat"

    Hormat? jgn confuse antara 'hormat' dgn 'takut'


    "Kalau rasa ragging tu satu penyeksaan, jangan duduk dalam komuniti tapi duduk la korang dengan anak-anak patung."

    well if they have the choice they might stay away from the community but u should know, u hv to communicate with the community to live in this world.


    ha mmg comment yg pnjg, tp ni POV aku. Can't blame u either sbb mmg mentaliti org malaysia "senior aku rag aku dulu, so aku pun mesti rag junior2 skalian"

    p/s : everyone is entitled to their own perception

    anyway, thanks for opening my eyes


    ~Sarah

    ReplyDelete
  2. I like ur POV yg sgt pndek ni. hehehe.. emm.. btul jgk ape yg sdari kata. sye jgk mhu pertahankn apa yg sya kata ni. this is the reason:-

    "yup i agree we don't know the story but still, do u have the right to rag?"
    my answer: mmg sye xde hak. tp knp mst ade budya yg perlu diikut @ amln yg tdk boleh kita lggar klau ia dr nnek moyang kita? klau lggar, ape org dulu2 akn ckp??

    "Hormat? jgn confuse antara 'hormat' dgn 'takut'"
    my answer: dorg xkn tkut klau kami as a ragger x knekn pnderaan mental dan fizikal ke ats dorg. percyalah bhwa ragging di kmpus lbh aman dan tiada unsur pnderaan mental mhupun fizikal.


    "Takde pun yang masuk ICU. Takde pun yang mati."
    ur answer: xkan tunggu org masuk ICU baru kecoh pasal ragging?? sgt2 xpatut.
    my answer: knp smua bnde yg x disukai bru nk gunekn alsan spt ini?


    "Yang menyedihkan orang baru tu tak pernah tegur brader, tak pernah nak bagi salam atau melemparkan senyuman."

    ur answer: nama pun orang baru, normal la dorg segan utk tegur senior2, why don't u senior yg start saying 'hi' to them instead of waiting for them to 'hi' u all? tp klu junior yg dibagi salam pun still x kesah yg tu mmg kureng.

    my answer: as i said, anda tdk brade di situasi itu. mgkn itulah jwpnnya. klau sya tdk brade pd situasi itu, jwpn yg sma akn sya berikan. ^_^


    nywy thnx 4 ur POV. sye terima dgn ht terbuka.

    p/s: jika ade jwpn yg sye berikan tlh mnyinggung prasaan, I'M SORRY!

    ReplyDelete
  3. thanks for ur post too, at least sy bole tau la jugak (agak2nya la) why ragging happened.

    but still, I really hope me myself or anyone I know especially neither get ragged nor rag other people.

    p/s : sorry jugak klu pov sy tu menyinggung prasaan & thank sbb reply nicely, sbb kdg2 ada blogger yg “ni blog aku, ske hati aku la nak post apa, u x suke u bole blah, ada aku kesah”. wpun just blogwalking naik angin jugak bla baca reply mcm tu.

    ReplyDelete
  4. no biggie. as a blogger kite kne phm dan tau hak-hak asasi seorg blogger. klau xnk org bg pndpt or cmmnt, xyah buat blog. btul x? peace!! ^_^

    ReplyDelete
  5. aku pernah kena ragging teruk & sampai skrg aku masih menyumpah lagi senior mcm bagus tu. haha. belum lg rasa nak maafkan.

    ReplyDelete
  6. Meck~
    ahahaha..kesian. sbar je la eayh?

    ReplyDelete