Assalamualaikum wtb.. Wah, sedar tak sedar da hari yang ke-27 kita as a umat Islam menjalani ibadah puasa. Cepat betul masa berlalu. Teringat pulak lirik lagu 'Diari Ramadhan Rafiq',
Sehari berpuasa terasa sungguh dahaga,
Waktu berjalan laju tidak sabar ku menunggu..
Memang waktu pantas berlalu. Tak menghitung hari pun tau-tau dah hari ke-27 dah kita berpuasa. Lagi 2 hari lagi kita nak berpuasa lepas tu RAYA!
So, hari ni nak kongsi something dengan korang la. Last 2 days, aku ditangkap oleh seorang tabligh (pendakwah) di rumah selepas asar ketika sedang melayan laptop. Don't get me wrong, aku tak buat apa-apa yang mendatangkan kemurkaan Allah mahupun mendatangkan fitnah masyarakat sekeliling. Cuma tabligh tu datang bersama 2 orang lagi jemaah (remaja kedua-duanya) di hadapan pintu rumah sewa aku (Segamat, Johor) masa aku tengah tertiarap menghadap laptop. Memang terkejut beruk tengok tabligh tu terpacak memberi salam betul-betul depan pintu rumah sewa aku. Kelam kabut aku perkemaskan diri dan bangun daripada tempat aku tertiarap. Segan betul aku masa tu bila dia tengok aku dalam keadaan mengaibkan (tak pakai baju). Hahaha. Ala, biasa la rumah bujang. Lepas tu dengan negara kita ni yang beriklim tak berapa nak sejukkan. Memang la bukak baju jalan penyelesaiannya. Kaum wanita pasti jelous kerana mereka tidak boleh melakukan perkara yang sedemikian rupa. Ok ok. Continue balik kepada tujuan asal. Selama 5 minit dia memperjelaskan tujuan dia datang. Last-last, dia mengajak aku ke surau berdekatan untuk menerima khazanah Nabi yang mereka sedang agih-agihkan. Hah, lebih kurang macam tu la dia cakap dengan aku. Mula-mula aku tak paham apa la yang dia cuba nak aku buat. Dia boleh cakap yang budak-budak U ni takkan tak paham bila dia gunakan bahasa kalis (ada makna tersirat). Ingat semua pelajar U tu amik sastera kot. Rupa-rupanya, 'khazanah Nabi SAW sedang diagih-diagihkan' tu dorang nak bacakan hadis dan suruh kita mendengarkannya.
Sampai di surau tersebut, hanya aku sorang saja yang bukan ahli tabligh mereka. Yang lain semuanya ahli tabligh. Korang tau betapa kerdilnya aku waktu tu. Selama 15minit aku memperdengarkan hadis Nabi SAW dibacakan. Kemudian habis hadis itu diperbacakan, seorang pakcik yang berusia 60tahun datang menghampiri aku dan terus memberi tazkirah dekat aku face-to-face sambil diperhatikan oleh 7orang lagi ahli tabligh. Terkebil-kebil mata aku dengar tazkirah pakcik tu. Gila kau tak segan. Semua dok perhatikan aku je.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah sebab aku yang dipilih tabligh tu untuk memperdengarkan hadis dibacakan pada hari itu. Banyak pengajaran yang aku dapat daripada tazkirah yang pakcik tu bagi. First benda yang melekat dalam ingatan aku sampai sekarang,
Pakcik: Hari ini orang Islam kita semua tahu tak solat tu berdosa, tak puasa tu berdosa tapi dorang tak tau yang tak menyampaikan dakwah seperti mana yang dilakukan Nabi SAW pada suatu ketika dahulu juga berdosa.
Tersentap sekejap aku dengar bila pakcik tu cakap macam tu. "Ada tak aku sampaikan dakwah sebelum ini?", bisik hati aku. Lagi satu kata-kata pakcik tu yang masih aku ingat,
Pakcik: Kalau semua nak jadi pandai, nak cari kerja jadi doktor, sapa pulak yang nak jadi pekebun? Nak jadi penoreh getah? Pesawah? Kalau takde yang nak jadi pekebun, penoreh getah, pesawah semua tu agak-agak dapat tak kita makan nasik, makan sayur? Setiap kejadian Allah tu, Allah ada perancangannya.
Kata-kata pakcik tu buat aku terfikir kenapa kita perlu bersyukur walaupun kita tak sepandai orang lain, tak sekaya orang lain. Walaupun kita bodoh, miskin atau apa jua yang manusia masih tidak puasa hati dengan hidupnya hari ini, kita patut bersyukur sangat-sangat kerana setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya. Dan lagi, kita harus bersyukur kerana kita as a Umat Akhir Zaman (Umat Nabi Muhammad) harus bersyukur kerana di lahirkan dalam agama yang sudah terang lagi bersuluh kebenarannya. Sebab itu kita diwajibkan bersolat sebagai tanda betapa bersyukurnya kita kepada kejadian Maha Pencipta.
Oleh itu, kepada kawan-kawan di luar sana yang masih tidak berpuasa hati dengan apa yang mereka ada sekarang (tak berapa nak pandai, tak berapa nak kaya), fikirkanlah bahawasanya memang itu kehendak Allah. Allah sudah tetapkan semua tu sebelum kita lahir lagi. Tapi janganlah pulak hari ini korang tak pandai, tak kaya korang tak nak usaha untuk memajukan diri sebab kita tidak tahu akan masa akan datang dan korang jadikan itu sebagai alasan untuk korang terus kekal kepada apa yang korang jadi sekarang ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
..Wallahualam..
p/s: Berdakwah bukanlah hanya mengikut jemaah tabligh pergi keluar menyampaikan dakwah tetapi dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. So, berdakwah la kerana itu yang disuruh Nabi kita.
p/s: Sekadar berkongsi..