Saturday, September 10, 2011

Oh, Kawanku Seorang Yang Buta Warna



Ini kisah seorang kawan yang mana dia mempunyai masalah rabun warna. Dah hampir 6sem aku kenal dia. Dulu aku tak tau pun dia ada masalah rabun warna. Start aku tau dia rabun warna masa kitorang semua dah kena tendang daripada menduduki kolej. Apa yang membuatkan ia kelakar bila..


1. Tidak tahu bezakan ayam masak kari dengan ayam masak kurma.


Di suatu lokasi iaitu kedai makan. Beliau pergi makan bersama-sama kawan aku yang lain. Sedang sibuk memilih lauk yang dihidangkan..  


Mamat: Lauk ni sedap. Dah lama aku tak makan. 


Beliau dengan selamba menyampuk..


Beliau: Ha'ah, ayam masak kari ni memang sedap. 


Errr...padahal lauk tu lauk ayam kurma. Adehh...



 2. Tidak tahu bezakan daging masak merah dengan daging pedas


Di suatu lokasi iaitu di kedai makan jugak. Aku, beliau pergi makan bersama-sama dengan ahli rumah yang lain. Seorang akak menghantar lauk yang dah di-order. Dua pinggan di letakkan di atas meja lalu beliau bersuara.. 


Beliau: Kak, yang mana satu daging masak merah mana satu daging masak pedas?


Akak Pelayan: He'eh, dah tentu la yang merah tu daging masak merah dan yang tak merah tu daging pedas.


Aku menyampuk..


Aku: Maaf la kak, kawan saya ni ada problem sikit.


Kitorang semua gelak berdekah-dekah dekat kedai makan tu. Akak tu kehairanan.


3. Sukar untuk membuat tugasan (Assignment) yang memerlukan skill edit-meng-edit.


Di dalam bilik rumah sewa, beliau dan beberapa orang rakan lain sedang sibuk menyiapkan assignment. Beliau diberi tugasan menyiapkan logo (if not mistaken). Tiba-tiba...


Beliau: Mat, mat. Ni kaler ape?


Mamat: Hijau.


Beliau: Oh..


Lama betul dia nak menyiapkan assignment tu dan lama jugak beliau mendiamkan diri kerana tekun menyiapkan assignment tu. Tapi bila dah siap, beliau telah menggunakan warna kelabu untuk menghiasi logo tu. Nak tau beliau jawab apa?


Beliau: Aku main pilih je warna. Nak kata hijau tak berapa nak hijau sangat nak kata pink tak berapa nak pink sangat.


Adehhh... Kawan ku ini SI RABUN WARNA.. Hahahaha.. Macam-macam kerenah.

..SEKIAN..

p/s: Sumber cerita dari kawan-kawan sendiri..


12 comments:

  1. naziyatul fatihah~
    haha. ksian2.. ishk3..

    ReplyDelete
  2. saya memahami masalah yg dihadapi oleh kawan you tu sbb saya pun rabun warna. Yg kelakarnya..saya hairan kenapa org suka sangat tengok bunga api ditembakkan ke langit sbb saya hanya nampak warna percikan putih je! Saya tahu rupa2nya byk warna apabila diberitahu oleh anak2 n suami. Sebenarnya ini satu kenikmatan yg tiada pd org rabun warna ini...rasa rugi pun ada bila difikir2kan! atau ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete
  3. teratai~
    ade hkmah di setiap kjadian yg Allah jdkn. wallahualam...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    saya tertarik dengan artikel yang disampaikan,

    Saya pelajar tahun akhir yang sedang menyiapkan thesis mengenai rabun warna..
    jika tidak keberatan,bolehkah saya mendapatkan info lengkap mengenai rakan Kasot Puteh tu?

    jika boleh email syye,
    nurulasikinr@yahoo.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. sy pun ada mslh rabun warna. sy takpenah prasan sy ada mslh rabun warna ni sehingga lah sy nk masuk uni kena wat medical checkup. sy takleh nk bc no.ms doktor tunjuk. kebetulan kakak sy ada kat sebelah, dia gelakkan sy. adeyh.

    byk warna sy takleh nk bezakan. kalau kuning kena btol2 kuning. merah kena btol2 merah. kalo tidak, mmg taknampak. tp anehnya sy boleh bezakan warna jika on screen. kalau on paper harap maaf. mmg tak boleh. ujian memandu sy skor btol sume utk ujian rabun warna. :)

    bg sy takde mslh sgt la rabun warna ni. cuma pastikan ms nk apply blaja, alert ngn cos yang letak syarat rabun warna tu.

    ReplyDelete
  6. niezamkawaii~
    mgkn mslh rbun kaler awk x bpe nk kritikal. ape yg sye tahu la, rbun wna ni byk peringkt.

    ReplyDelete
  7. Zzzzz macam kenal jer.

    ReplyDelete
  8. sekadar ingin berkongsi..

    saya adalah seorang pengidap rabun warna... bekerja sebagai seorang graphic artist.. seringkali saya gagal dalam mengecam pelbagai warna dengan tepat dan ini agak menggangu prestasi kerja say

    puas saya mencari solusi untuk masalah saya dan mendapati terdapat satu lens khas untuk membantu pengidap rabun warna... apabila saya menjalani pemeriksaan saya terkejut selepas saya memakai lens tersebut, saya terus boleh meneka nombor2 dalam buku ujian rabun warna dengan tepat!

    ingatkan takde bantuan dalam rabun warna.. syukur akhirnya saya dapat juga mengecam warna dengan baik skrg..

    kepada yg mengalami nasib seperti saya dan berminat untuk mendptkan lens ini boleh hubungi :

    0341431039 (dr ahmad)
    ahmad@visioncareglobal.com

    ReplyDelete