Friday, February 22, 2013

Mencintainya Kerana Allah swt



Bayangkan terdapat dua gambar dihadapan anda. Satu gambar seorang wanita kurus dan cantik. Satu gambar lagi, gambar seorang wanita berbadan sedikit berisi (Chubby/Gempal) dan tidak terlalu cantik. Anda disuruh membuat pilihan untuk menjadi calon isteri anda. Mana satukah yang anda pilih? Saya percaya 98% lelaki akan memilih gambar yang first tu bukan? Termasuklah aku! Hihihi.. Ini sebelum aku atau mungkin korang mengenal lebih lagi perempuan itu. Yelah, orang kata tak kenal maka tak cinta.

Sudah menjadi sifat semulajadi yang dijadikan Allah, lelaki hanya tertarik kepada perempuan yang cantik. Tapi tidak bermakna tarikan itu akan membawa kepada jatuhnya hati seseorang lelaki. Cantik itu hanyalah benda subjektif. Banyak alasan yang dapat diberikan kenapa seseorang lelaki itu memilih perempuan itu sebagai teman hidupnya. Ada jawapan kerana sifatnya, ada juga kerana kepandaiannya dan macam-macam lagilah. Semua alasan-alasan atau sebab-musabab ini aku klasifikasikan sebagai CANTIK tadi. Ye. CANTIK. CANTIK boleh dihuraikan dengan banyak benda.

Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ni Allah telah sediakan pasangan hidup masing-masing (jodoh). Kita kenalah mencarinya dan bukannya hanya duduk di tikar sejadah dan hanya tahu berdoa tanpa usaha. Jadi, memilih pasangan biarlah kita cintakannya kerana Allah swt dan bukan hanya kerana kecantikannya sahaja. Cintai manusia kerana Allah? Hmmm... Apakah yang dimaksudkan dengan cintai manusia itu kerana Allah? Aku jugak tidak punya jawapan yang tepat untuk diberikan. Aku tinggalkan korang dengan ayat ini dan selebihnya korang fikir-fikirkan sendiri.

"Masih ada yang memandang setiap kekurangan dan kelemahan pada diri seseorang itu sebagai suatu kelebihan pada dirinya. Dia ialah orang yang mencintainya kerana Allah swt."


p/s: Jika nikmat bercinta itu telah dirasai sebelum diijab kabulkan, apakah lagi nikmat yang tinggal sesudah diijab kabulkan nanti??

2 comments:

  1. Terima kasih untuk entry ini. :-) at least dapat pengetahuan.

    Ya, cantik atau handsome itu subjektif..

    Saya selalu dengar tentang "Cintailah manusia kerana Allah" tapi memang tak berapa paham. ayat last tu baru paham sikit. okay, thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dapat pasangan yang dekatkan diri kita dengan Allah. mudah2an nanti dapat bakal isteri cam gitu. nice entry ;)

    ReplyDelete