Hari ini 15 Februari 2012
Hari terakhir aku bekerja.
Sebelum pulang, semua salam.
Biasalah
adat mahu keluar.
Masuk cara baik
keluar mesti cara baik.
Brader-brader dekat tempat kerja, bos-bos dan..
Ucapan 'terima kasih' sudah cukup
sebagai tanda menghargai.
Mereka banyak bagi tunjuk ajar tentang ilmu
'construction'.
Dari '
Mencari Projek' hingga '
Ilmu-Ilmu Pembinaan'.
Walau mereka tahu aku bukan
student binaan.
Benda jahat dalam perniagaan pun dapat jugak sikit-sikit.
Mereka tidak kedekut ilmu.
Biasalah, tempat kerja mesti ada tekanan.
Daripada yang di atas, mahupun bawahan.
Semua nak tekan.
Tapi ku tahan.
Maki, jerit,
tiau, kong***!
Ah, bahasa-bahasa kasar sudah lali.
Selalu sangat dengar.
Satu je aku pegang, "
Keje kene IKHLAS".
Baru hati tenang
walau terpaksa rasa perit.
Jangan merungut.
Nanti gaji tak berkat.
Dapat walau sekelumit,
jangan '
kedek' bagi mak ayah sikit.
walau sepuluh ringgit (kedek sangat ni).
nanti gaji yang diperoleh pasti berkat.
Itu sebahagian pelajaran yang aku dapat.
Berkawan dengan orang lebih tua, kita dapat banyak petua.
Yang jernih kita ambil, yang keruh kita tapis dengan penapis teh.
Jangan penapis santan, lubang besar, letih!
Letih nak tapis bagi jernih.
Biasa la,
mana ada Kuli suka Si Goyang Kaki (Bos).
Mana tempat kerja, Si Goyang Kaki pasti dibenci
melainkan dia sangatlah baik hati.
Kalau Si Goyang Kaki suka maki dan memang kaki maki
tambah takde fikir soal hati
Ba** yang tuli pun boleh lari.
Lumrah dunia pekerjaan.
Tak nak di maki jadi seperti Si Goyang Kaki.
Buka perniagaan sendiri.
Itu cita-cita aku mahu kecapi.
Tak nak kerja makan gaji.
Nak ada perniagaan sendiri
kalau ada rezeki.
Ini juga sebahagian pelajaran yang aku dapat.
Bila mahu pulang
seperti mahu mengalirkan air mata.
Ku tahan, ku tahan dan ku tahan.
Taklah teruk sangat wajah aku menahan.
Cuma terasa sebak itu datang.
Itu saja...
Walau kenal bukan untuk jangka masa yang lama.
Brader-brader dianggap seperti kawan-kawan.
Sembang, kutuk, gosip, menggatal
Takde tapis-tapis.
Semua main lepas.
Tapi ada batas.
Kenangan, pelajaran, pengajaran yang diperoleh
tidak sesekali akan aku lupa.
Moga sepanjang tiga bulan bekerja,
dapat segala manfaat.
..SEKIAN..
p/s: tak sabar untuk menjadi 'student' semula. Moga fasa kedua pembelajaran aku ni akan lebih baik daripada sebelumnya.