Sunday, May 13, 2012

Tak Penting Pun Lah Wish Happy Mother's Day

Relek lu! Relek lu! Jangan menyirap dengan tajuk entry tu. Ha'ah.. memang aku tak wish pun dekat ibu Happy Mother's Day. "Kenapa? Nak jadi anak derhaka? Kau nak kecikkan hati mak kau ke? Tak baik weayh!" Aku rasa ibu pun takkan kisah kalau kita tak wish Hari Ibu dekat dia. Aku rasa la. Hahaha. Tak penting pun! Hari ni dekat TL (Timeline) Twitter aku semua wish Happy Mother's Day dekat mak mereka masing-masing. Ada tu yang sangat-sangat sweet dia-nyer wish even dekat status BBM (Black Berry Messenger) pun banyak wish Happy Mother's Day. Memang sweet!!

Yang menjadi tanda tanya dekat aku, kenapa wish dekat TL dan status BBM?? Adakah mak-mak mereka mempunyai account Twitter jugak? BBM? Kalau yang ada tu kawe tok kisah tapi macam mana mak dia takde pun account Twitter. Kenapa korang buat macam tu? Korang bersetuju tak dengan aku kalau aku kata tak payah wish Happy Mother's Day dekat mak kita pun takpe. Ok, aku faham yang korang menunjukkan tanda sokongan korang dekat sambutan Hari Ibu ni tapi nak tanya jugak ada tak korang mendoakan kesejahteraan ibu bapa korang setiap kali waktu solat?? Ada? Ada? Kalau ada alhamdulillah...

Kawan-kawan, mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita setiap kali waktu solat itu adalah lebih penting dari menyatakan kasih sayang korang melalui ucapan Selamat Hari Ibu kepada ibu kita. Lagi pun Hari Ibu yang di sambut adalah sangat singkat. For sure weayh kalau dah lepas Hari Ibu ni korang dah tak selalu nyatakan sayang korang kepada ibu masing-masing. Hmmmm... Bukan aku nak tunjuk aku seorang yang sangat la baik. Aku kadang tu ada jugak terlawan kata ibu aku tapi aku takut dosa aku tu sangat banyak, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa aku setiap kali waktu solat. Satu hari ibu pernah tanya aku, "Ngah awak ada tak doakan ibu dengan ayah setiap kali dalam solat?" "Ibu, angah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dengan ayah dunia dan akhirat.", itu pun sudah cukup membuatkan ibu tersenyum. Ibu tak pernah kisah pun aku tak wish Happy Mother's Day dekat dia as long as ibu tau aku selalu doakan kesejahteraannya. Don't get me wrong ye. Tak jadi salah korang nak nyatakan kasih sayang korang pada Hari Ibu tapi jangan la pada Hari Ibu je, hari-hari lain pun kena gak!!

Kawan-kawan, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita agar tidak hanya menyatakan kasih sayang kita hanya pada hari ibu saja. Tunjukkan kasih sayang kita kepada ibu dan bapa kita dalam doa kita setiap kali waktu solat. As a muslim, itu yang patut kita buat! Bukan sekadar hanya post dekat TL or update status FB (facebook) korang tunjuk kasih sayang korang hanya pada Hari Ibu saja. Ok? Insya-Allah kawan-kawan..

..SEKIAN..

p/s: Dirikanlah solat sesungguhnya solat itu adalah tiang agama.  
p/s: Maaf jika entry kali ni menyinggung mana-mana pihak dan aku bukan nak boikot Hari Ibu pun just nak bagi kesedaran kita bersama. PEACE YO!!

5 comments:

  1. setiap hari adalah hari untuk ibu ngan ayak kita ^^

    ReplyDelete
  2. lagi satu kan...
    kita ckp kita sayang mak..sayang ayah...sayang mereka...mereka lah segalanya...nak2 semua nie tulis kat wall FB...madah komain bagus punya..tapi pada hakikatnya,
    kita tak dengar cakap mereka, selalu buat hati mereka susah...nak turutkan hati kita jer...apa yang kita nak mesti dipenuhi...
    pada pandangan mata kasar, kitalah anak yang terbaik, tapi...

    ReplyDelete
  3. jgn taksub sgt dgn hari2 yg entah mana dtgnya..setiap hari 5 kali boleh doakan untuk ibu selepas solat 5 waktu..lagi afdal...

    ReplyDelete