Thursday, July 26, 2012

Baru Kau Tahu Erti Penyesalan..



Kali ni nak cerita pasal erti penyesalan.. Di bulan puasa yang mulia ni elok sangatlah kalau kita ni menyesali apa-apa sahaja perlakuan dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini, erti kata lain, bermuhasabah diri. Aku tak nak terangkan bagaimana, macam mana dan bila mana kita perlu menyesal akan dosa-dosa yang kita lakukan. Aku akan menceritakan kisah di zaman nabi dan korang akan dapat morale of the story daripada cerita itu nanti.

Di zaman nabi, ada satu kisah, 3 orang pemuda pergi ke sebuah bukit untuk mencari emas. Di sebuah bukit itu terdapat satu gua. Di dalam gua itulah dipercayai tersimpannya emas itu. Sesudah sampainya mereka di bukit itu, mereka masuk pula ke dalam gua untuk meneruskan niat. Tapi dengan tiba-tiba, pintu gua itu tertutup lalu mereka terperangkap di dalamnya. Keadaan menjadi sangat gelap gelita. Batang hidung pun tak boleh nak nampak. Ketiga-tiga pemuda itu memikirkan apa yang harus dilakukan mereka. Pemuda 1 memberi cadangan untuk cari jalan keluar daripada gua itu sahaja dan membatalkan niat untuk mencari emas itu. Pemuda 2 pula mencadangkan supaya teruskan niat untuk mencari emas, alang-alang menyeluk pekasam. Pemuda 3 hanya mengikut sahaja mana-mana cadangan yang terbaik. Lalu mereka mengambil keputusan untuk meneruskan niat mencari emas.


Cari punya cari, mereka terjumpa satu loggokan batu (mungkin emas) di sekitar gua. Dengan keadaan yang gelap gelita mereka bertiga memberi andaian. Pemuda 1 menyatakan yang itu adalah batu sahaja. Pemuda 2 berkata itu adalah emas. Pemuda 3 pula menyatakan itu batu bercampur emas. Mereka masing-masing runsing perlukah mereka membawa keluar batu/emas itu? Tiba-tiba satu suara keluar dari entah arah mana dalam gua itu dengan berkata, "Kalau kau tak ambik rugi, ambik pun rugi!".


Lagi la mereka bertiga pening. Ambil rugi, tak mahu ambil pun rugi. Jadi yang mana satu? Pemuda 3 berkata, "Kalau aku ambik rugi tak ambik pun rugi? Hmmm.. tak payah ambik langsung lah!". Pemuda 2 pula berkata, "Kalau tak ambik aku rugi, ambik pun aku rugi? Ambik satu (seketul batu) pun jadi la." manakala Pemuda 1 pula berkata, "Hmmm..ambik rugi tak ambik rugi jugak? Ambik semua lah alang-alang.." Lalu Pemuda 3 mengambil seberapa banyak yang boleh masuk ke dalam guni.


Tidak semena-mena, pintu gua terbuka dengan tiba-tiba. Keluarlah mereka dari gua itu. Merek masing-masing melihat hasil yang mereka ambil di dalam gua itu tadi. Ternyata benda yang disangka batu tadi ialah emas. Lalu berkata Pemuda 1, "Kalau ku tahu itu emas, akan ku bawa lagi seguni emas itu keluar. Jadi dua guni. Menyesalnye!", Pemuda 2 pula berkata, "Cis, kalau aku tau itu emas, akan aku ambil lagi seketul  jadi dua pun sudah memadai.", dan Pemuda ketiga menyesal tak sudah kerana tak mengambil apa-apa pun, "Aduh, menyesalnya! Kalau ku tahu itu emas, akan aku ambil seketul pun jadi lah!".

Melalui kisah yang aku ceritakan ini, kita sebagai manusia akan menyesali perlakuan yang telah kita lakukan di dunia di akhirat kelak. Orang yang menyesal seperti Pemuda 1 itu ialah para sahabat nabi yang telah banyak beramal dan berbuat pahala pun masih menyesal. Seperti Pemuda 2 pula ialah kita yang mana di bulan puasa ni tak betul-betul mengambil peluang yang diberikan Allah swt untuk kita berbuat amal yang ganjarannya akan diberikan berlipat kali ganda. Tapi malang bagi kita sekiranya kita tidak berpuasa di bulan ramadan, malah lebih rugi bagi mereka yang juga meninggalkan solat. Dia seperti Pemuda 3 itu. Nauzubillah.. Ruginya.

Oleh itu, di bulan ramadan ini molek la sekiranya kita menyesali (bermuhasabah diri) dengan apa yang telah kita berbuat dosa sebelum ini sebelum kita menyesal tak sudah di padang mahsyar kelak. Banyak fadilat bagi orang yang berpuasa. Besar ganjarannya. Berlipat kali ganda pahalanya.

..WALLAHUALAM.. 

Wednesday, July 25, 2012

Awak Cantik Tapi Kenapa...?? Ala, sayangnya..

Awak cantik.. Saya suke tengok awak. Serius. Muke awak mengingatkan kepada saya akan seorang kenalan. Suara awak pon boleh tahan sedap. Saya lihat awak cukup sempurna. Cukup sifat itu sudah pasti. Subahanallah.. Indahnya ciptaan Maha Pencipta. Tiada cacat celanya kan? Tak tahu lah saya di mana timbulnya kecantikan awak tu. Itu rahsia kebesaran Maha Pencipta. Dia ciptakan manusia semua sama, ada mata, hidung, telinga, kening dan sewaktu dengannya. Tapi yang menjadikan ia suatu ciptaan yang sebaik-baik ciptaan ialah kecantikan pada wajah. 


Tapi awak, kenapa dijual suara awak tu? Awak tak tau ke suara wanitakan adalah aurat. Alahai, sayangnya awak.. Saya tengok, awak tutup aurat sudah cukup sempurna (saya tengok dalam gambar je la. Tak tau la awak keluar macam mana). Kenapa awak? Takde yang menegur awak ke? Tak payah la jual suara. Banyak lagi cara boleh buat awak famous amous dan popular. Simpan suara awak tu. Nyanyikan untuk suami awak nanti pon sudah dapat pahala. Jual suara tak dapat apa-apa pun la awak. Sayang..sayang.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kan? Saya dah cakap awak cantik. Cantik. Tang mana cantik tak tau la. Saya suka tengok perempuan berjubah hitam dan menutup sempurna auratnya agaknya. Sejuk mata tengok. ^__^ Harap awak berhenti la daripada menjual suara. Insya-Allah.. Moga diberi hidayah kepada awak dan siapa-siapa yang mahu memulakan career-nya sebagai penyanyi wanita.

p/s: Sorry, kerana mencuri gambar ini daripada Official Facebook Ainan Tasneem. Aku hanya ambil gambar dia dan letak di blog sahaja. Tiada niat lain sama ada menjual atau menjadikan gambar ini sebagai koleksi peribadi. Wallahi.. 

Monday, July 23, 2012

Demam Di Bulan Puasa

Oh, seksanya bila demam..
Ku tahan. Redha je jika ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil ku.
Dah 2 hari tinggal solat terawih.
Malam ni mesti pergi.
Rasa macam dah sihat.
Tapi mata masih terasa panas.
Takpe, asalkan masih boleh berdiri.
Karang dah tak boleh langsung nak bangun,
lagi parah.

P/s: Lately entry aku semua bosan-bosan kan? Semua cerita perihal sendiri. Dah macam diari je. Haaaa~ Takde idea lah wak. Nanti datang idea mencurah-curah saya, baru tau. huhuh~ Selamat berpuasa kepada semua bloggers. Moga puasa kali ni lebih baik dari sebelumnya dan diberkati. Puasa puasa jugak, solat 5 waktu jangan lupa tunai. Kalau tak, sia-sia sahaja puasa. Kan??

Wednesday, July 18, 2012

Aku Hanya Si Bodoh Yang Masih Memakai Kotak Di Kepala

Bila 'Si Bodoh' mahu tersedar dari angan-angannya?
Bila 'Si Bodoh' mahu membuka kotak di kepala dan berjalan yakin wajah sendiri?
Bila 'Si Bodoh'? Bila?

Sedarlah dari tidur yang lena.
Tidur itu nikmat sementara.
Mimpi juga sebahagian kurnia.
Bangkit tidur, hilang nikmat kurnia mimpi.
Terus menjalani hari-hari. 

Sedarlah..
Orang lain telah lama bangkit dan mempersiapkan diri untuk keluar menempuh dunia nyata.
Kau?
Masih di atas katil lena di buai mimpi.
Bila mahu bangun?
Takkan selama-lama mahu merasa nikmat yang sementara?

Buka kotak..
Cermin wajah diri. 
Tanya apa yang dia mahukan?
Apa yang boleh buat dia gembira.
Peduli jerawat di muka.
Peduli jeragat pada wajah duka.
Peduli apa orang nak kata. 

Tanya pada wajah di cermin.
Apa yang buat dia gembira.
Gembirakan hatinya.
Hatinya hatimu jua.
Gembiranya gembiramu jua.
Sedihnya sedihmu jua.
Dukanya dukamu jua.

Yakinkan dia.
Percayakan dia.
Nikmat mimpi, angan-angan dan pengharapan itu tidak akan ke mana.

Sedarlah wahai 'Si Bodoh'.
Sedarlah bahawa hidup hanya sementara.
Dihadapan tak tahu apa halangannya.
Hidupkah matikah.
Kalau hidup, masih jauh.
Kalau mati, sedih sendiri.

Sedarlah wahai 'Si Bodoh'. Sedarlah.
Buka kotak mu di kepala. 
Berjalan berani mendada mendongak kelangit.
Jangan tunduk lagi. 

Tuesday, July 17, 2012

Harap Adalah Rezeki Aku

Hai sumerang (semua orang). Alhamdulillah, exam dah pon selesai. Walaupun ada 2 paper yang agak frust sebab susah nak jawab, tapi insya-Allah, aku berserah kepada Nya untuk menentukan segala-galanya. Harap-harapnya dapat result yang cemerlang.

Ok, takde benda nak update pon. Petang ni, ada fitness test dan pada malamnya pula ada friendly match. Harap-harapnya ada rezeki aku untuk terpilih mewakili UiTMfc dalam liga IPT. Insya-Allah.. Moga Allah permudahkan segala urusan ku.. Amin.

Itu saja untuk kali ni. Chau sin chi!!

..SEKIAN..