Saturday, September 1, 2012

Nama Anak Tengku Cleopatra? What a Name..

Assalamualaikum.. Mesti ramai dah baca kisah tentang pemberian nama anak Que Haidar ni kan?? Kalau tak silap aku berita ni masuk 2 hari lepas dekat Metro. Katanya ramai yang mencemuh dan ada jugak yang memberi sokongan.

So apa pendapat korang? Siapa Cleopatra yang di ambil namanya tu jadikan nama anak? Hebatkah orang itu? Baikkah keperibadian dia? Ada tak disebut-sebut Allah dalam kalamNya? Adakah dia diantara ahli-ahli syurga? Siapa Cleopatra sampai Que Haidar namakan anaknya dengan wanita ini?

Cleopatra adalah ratu mesir sekitar 69 ms. Apa yang aku tahu, dia bukanlah wanita hebat sepanjang zaman dan berkeperibadian yang mulia. Yang paling penting dia bukan seorang Islam sejati. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Cleopatra, sila Google.

Dalam Harian Metro ada sesi bersoal jawab dengan Que tentang nama anaknya itu. Aku baca, dia tidak kisah dan tak mempeduli apa orang lain nak kata tentang nama anaknya tu. Dia yakin nama yang diberikan tidak akan memberi kesan kepada personaliti seseorang. Bagi dia, jika ibu bapa mendidik dengan baik, baiklah akhlaknya. Lebih kurang macam tu la dia menjawab pertanyaan wartawan itu. Dia juga ada menyatakan orang-orang yang tidak bersetuju dan mencemuh nama yang telah diberikan kepada anaknya itu berfikiran kolot. Wallahualam.. Kalau berita tu tipu, maknanya aku tipu koranglah.

Apa-apa pun dah terang lagi bersuluh yang awak letak nama awak tu Tengku Cleopatra. Tak kisahlah apa jawapan awak. Tapi saya sangat tidak bersetuju dengan nama itu. Siapa kata nama tu tak beri kesan dekat personaliti. Nama adalah sebahagian doa untuk orang empunya nama. Nama yang baik memberi berkat kepada si empunya nama. Kalau awak nak tahu, di akhirat nanti Allah akan panggil dengan nama yang telah diberikan. Bagaimana di padang mahsyar nanti nama anak awak dipanggil tanpa ada sebarang makna yang baik. Saya tak tahu apa ada dalam fikiran awak tentang meletakkan nama anak awak masa tu. Banyak lagi nama yang indah-indah dalam Islam dan ada antara nama-nama itu telah menjadi sejarah yang dapat dijadikan contoh sepanjang zaman seperti Siti Maryam dan Asiah. Banyak lagi lah aku rasa..

Bro, di harap bro sedar akan hal ini. Jangan kerana inginkan nama anak yang nampak moden dan sedap, kita terkeluar dari landasan Islam sebenar. Moga diberi hidayah.. Insya-Allah..

..WALLAHUALAM..

5 comments:

  1. org skrg lebih memikirkan nak name yang sedap2 dan glemer aje even tak ada makna yang baik...setuju sangat yang nama yang baik n ade maksud yg baik akan memberikan impak yang baik pada personaliti seseorang...;)

    ReplyDelete
  2. perghhh. bagus la kau bagi pendapat. i loike.

    ReplyDelete
  3. hipokrit, hanya sebab dia artis semua bising, kalau tidak heran tidak, padahal punya ramai malaysian sibuk nak kasi anak nama style omputih, ini lagi patut dimuntahkan...

    nama tidak melambangkan orang sudah hari ini, tu pemain bola terengganu nama muslim lagi sibuk bawak anak dara orang masuk hotel. nama punya best, MUSLIM. simpati untuk parent muslim ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sabar pak sabar buk. bkn kerana dia artis kita mahu bsing2. kne phm. artis is public figure. wht ever they do, other people will start talking. in this case, as an artist, u must show some good attitude as org lain semua akn ikut. mmg la, artis jugak mnusia. siapa suruh jd artis klau xboleh tnjuk bnde baik. artis selalu jdkan alasan, aku jugak mnusia biasa xpernah lari dari kesilapan. tp this is simple ilmu agama. Klau awk Islam tp bnde simple ni pn xtau kn ke pyh. awk artis, public figure. tnjuk skt kepandaian. jgn pkir arini, mggu hdpn atau akn dtg. as a Islam kite xyah pkir, alah, letak nme Islam tp msuk klab, check in hotel dgn ayam bgai. as long as kite dah amik apa tugas kita sbgai umat islam. xkn lah disbbkn itu kita mhu tkar nme dan ikut nme2 bkn islam ats sbb alsn2 itu. BODOH la nmenye tu. lbeh kurang mcm ni la alsn die, ala, klau mkn pun nnt berak jugak, serupa xpyh mkn. haaa~

      p/s; bab pemain bola nme muslim tu org xtau kshnye. dan bab msyrkt lain yg bg nme bkn Islam mmg banyk, tp awk igt ade org nk ksh ke klau kite bkk cite psl depa? org akn tertarik dgn cite public figure as they will follow wht ever they do. lgpn ia boleh dijadikn pngajaran kpd yg lain. di ulg, public figure ialah sesuatu yg boleh mempengaruhi fkiran org lain. wallahualam..

      Delete
  4. kalau ceritakan dah khabarkan yg indah indah sahaja kan lebih baik dari beritakan yg kita tak tahu sebab musababnya, hakikat dan kebenarannya.

    ReplyDelete