Tajuk pun dah terang lagi bersuluh. Memang nak cerita pasal modul pun. Aku pasti ramai member-member UiTM yang sama part dengan aku yang mempunyai blog akan post tajuk ni (pandai-pandai je). Kepada sesiapa yang tak tau apa itu modul mari la sama-sama kita cari makna dia dekat kamus (kalau ada). Jumpa? Lambat la awak. Saya dah jumpa dulu dah. Ok dalam kamus saya jumpa ni dia tulis modul ialah 'Masa Orang Degil Untuk Lari'. Hahahaha. Sengal Afif ni. Pandai-pandai je. Ok la serious sikit. Modul tu aaaaaa....emmmm....ooooo....eeeehhhhhh. Tak tau la nak explain macam mana awak. Senang cerita modul ni macam kursus la. Ada macam-macam aktiviti dekat dalam modul ni dan pelajar UiTM diwajibkan ambil for every sem.
Modul untuk aku sem ni lebih kepada kepimpinan. Masa dan tarikh (Hari Sabtu-6 Feb 2010) modul kali ni agak frustrated bagi aku sebab clash atau makna lain 'putuskan hubungan cinta'. Gurau gurau! Clash dengan masa dan tarikh SUKOL (Sukan Antara Kolej). So, tak dapat la nak join SUKOL. Macam-macam cara la aku dan rakan-rakan seperjuangan gunakan untuk encik ilham datang berjumpa kitorang bagi membolehkan kitorang mereka ayat untuk skip daripada Modul tu. Berjaya ke? Aishh...takkan la berjaya. Mesti la tak! Kitorang dengan hati yang pasrah dan sayu pergi jugak modul sebab malas nak repeat modul untuk part 3 sem depan. Walaupun hati kitorang terbakar dan panas melihat kawan-kawan lain berjuang dekat medan SUKOL, kami tetap tabahkan hati merelakan diri menjadi hamba modul (pergi modul tak ikhlas langsung). Heheheh. Sebelum program bermula, aku dan rakan-rakan lain sempat bertenggek di tepi-tepi lereng bukit melihat dari jauh akan perlawanan bola sepak kolej kami yang sedang berlangsung sambil melaungkan "Tak guna la modul ni. Geram betul! Tak dapat main bola. Modul punya pasal la ni!". Hahaha..tak pasal-pasal modul yang kena marah. Kesian dia kan? Ok, kita lupakan cerita pasal SUKOL tu sekejap. Mari berbalik kepada tajuk asal yang nak di-story-kan. Actually, dalam group modul aku, hanya 2 3 orang je yang aku betul-betul kenal dan nasib baik ada si Gun (lelaki bukan perempuan). Ada jugak aku member.
Biasa la, first impression aku terhadap modul ni ialah 'Bosan', 'Boring' dan sebagainya (macam sama je dua-dua tu). Start-start modul je kitorang dah diberi kumpulan dan tugas. Tugasnya ialah buat satu organisasi atau erti kata lain reka satu kelab untuk diwujudkan dekat UiTM ni. Kitorang kena buat pelantikan pengerusi la, naib pengerusi la, bendahari la dan bla bla bla. Masa nak buat pelantikan ni semua ahli kumpulan aku diam membisu untuk 5minit. Yela, masing-masing baru nak kenal. Tapi after je 5minit, ambik kau. Radio Hot fm pun boleh kalah kekecohannya dan tak pasal-pasal aku kena jadi pengerusi (takde experience kot). Ehem. Tapi alhamdulillah aku dapat lakukannya. YEAH! Hehehe... Setelah 15minit berlalu, hati aku mula mengeluarkan kata-kata yang berbaur gembira. Beliau mengatakan, "Modul kali ni agak happening dan fun larh.". Huhuhuhu. Ternyata first impression Afif salah kan? Terus aku lupakan sebentar perkara tentang SUKOL tu. Bila member-member cakap pasal geram tak dapat join SUKOL, aku hanya mengiakannya saja. Hati aku sebenarnya dah tak kisah pasal SUKOL sebab modul kali ni best. Sebab apa best? Sebab aktiviti dia agak santai dan rileks. Banyak benefit aku dapat daripada modul untuk sem ni. Antaranya ialah:-
- Bagaimana nak organize satu-satu organisasi tu.
- Nak buat kertas kerja.
- Nak jadi pemimpin dan bagi tugas dekat orang lain.
- Nak wujudkan satu kelab.
- Macam mana nak present kertas kerja.
Malas nak cerita lebih lanjut sebab takut korang boring. Ni cerita apa yang penting je. Nak tau lagi boleh type sms 'AFIF NAK JUMPA DEKAT PIZZA HUT SEGAMAT BOLEH TAK? NAK BELANJA MAKAN PIZZA LARGE DAN NAK TAU LEBIH DETAIL PASAL AKTIVITI MODUL AFIF' dan hantar ke 012 tuuuuuuuuuutttttttt! Alamak, kredit dah habis. (^_^)
p/s: Nak bagitau je kelab yang telah kumpulan kami cipta ialah 'Kelab Muzikal'. Kenapa? Hah, nak tau kenapa tanya la. Hahaha.
p/s: Thanks to all my group members yang best. Adlan, Awin (si mulut kepoh+naughty), Tika, Leha, Fika, Daya dan Ain.
so the conclusion is ,
ReplyDeletemodul tu isn't that bad kan .
mcm2 u perolehi once u become part of it .
kn kn kn ?
tahniah la sbb berjaya gak u attend modul ni n dgn penuh tabah u terpaksa lupakan sukol tu yea . afif seorg yg kuat smgt . ehehh (:
Nurika~
ReplyDeletemodul ni depends on dienye aktiviti. We cant expect. Kalau aktiviti die bst, bst la die. kalau boring aktiviti die, boring la die.
Hahahaha... Cm x cye jgk afif dpt menerima modul kali ni dgn ht yg terbuka. (^_^)
sem depan aku modul part 3 nak afif yang jadi fasi!
ReplyDeleteboleh?
haha
Haziq Zainal~
ReplyDeletewhy me? Kalau aku jd faci, abeh jhnm la bdk2 prt kau tu nnt. (^_^)
haha. takpe, kalau jahanam, kitaorang ramai ramai gegar TS. hahaha
ReplyDeletemodul modul... i hate modul.. seb abek dah final sem hahahaha..
ReplyDelete