Saturday, February 13, 2010

Kisah Di Sebalik Nama

Muhammad Afif Ahnaf nama diberi. Berumur 20 tahun. Hahaha.. Bukan nak memperkenalkan diri la sebenarnya tapi entry kali ni nak cerita pasal kejadian disebalik nama. Afif Ahnaf? Apa ada pada nama Afif Ahnaf? Ya, mari kita kupas kejadian disebalik nama ini.

Setiap orang mempunyai nama dan makna sendiri. Ibu bapa memilih nama bukan untuk suka-suka tapi nak anak-anak mereka dipanggil dengan makna yang baik. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat akan hal ini especially ibu bapa zaman sekarang. Mereka suka-suki tak basuh kaki je letak nama anak mereka. Mereka tidak memikirkan makna nama anak-anak mereka. Asal sedap disebut, mereka balun saja. Ada kadang tu ibu bapa suka menggabung-gabungkan nama. Start daripada moyang dia, atuk dia, nenek dia sampai la nama-nama dia. Kalau macam tu, apa la makna nama budak tu eayh? Hmmm...macam-macam hal. Apa pulak makna nama aku? Afif Ahnaf? Ibu kata, Afif Ahnaf tu bermaksud 'Bermaruah Tinggi'. Waa...hahahah. Ni lagi satu payah ni. Kalau Afif Ahnaf tu 'Bermaruah Tinggi' maknanya kena panggil nama aku penuh la. Kalau panggil Afif saja mungkin takde makna kot. Aku pun tak kaji sangat. Emmm...

Nama yang terhasil jugak mesti ada sejarahnya yang tersendiri. Ada satu kisah, kisah ni agak retro sedikit sebab dia berlaku sebelum aku lahir. Kisah ni kisah adik beradik ibu. Sangat kelakar kot bila dengar ibu cerita balik. Pada mulanya aku sangat hairan kenapa ada di antara nama-nama adik beradik ibu ni dipanggil namanya tak sama seperti dalam kad pengenalan? Semua tu terjawab setelah ibu menceritakan sejarahnya satu persatu. Arwah atuk aku sering kali akan tertukar nama sesuka hati bila sampai mendaftar untuk kelahiran. Nama yang pada awalnya telah di-setting baik oleh arwah atuk dan nenek tiba-tiba bertukar kepada nama lain. Kejadian ini menyebabkan ada 2 3 orang makcik aku ada dua nama.

Apa pulak sejarah nama Afif Ahnaf? Nama aku sejak daripada sekolah tadika sampai la sekarang ni, kebanyakkan orang mesti salah sebut. Aku pun tak tau kenapa. Ada yang sebut Afif Afnan la, Afif Afraf la, Arif Ahnan la dan banyak lagi la. Kebanyakannya benda ni terjadi masa start sekolah rendah. Perkara ini membuatkan si empunya nama macam orang pekak. Orang pekak? Yes! Orang pekak! Yela, nama aku Afif Ahnaf dipanggilnya nama lain memang aku buat bodoh jela. Satu lagi kisah yang aku rasa bila aku boleh bercakap masa tu memang aku dah melawan balik dah. Masa mula-mula nama Afif Ahnaf ni diletak, ramai yang memperlekeh-lekehkan nama yang bahagian belakang tu iaitu 'Ahnaf'. Mengikut cerita ibu, dulu moyang aku suka mengejek nama Ahnaf tu. Dia cakap, "Hah, apa? Afif Arnab? Kenapa diletak nama binatang budak ni?". Ibu sehabis baik mempertahankan nama aku dan cuba meng-explain kepada moyang aku akan sebutan dia bukanlah 'arnab' tetapi 'Ahnaf'. Tapi tak jalan jugak awak. Still jugak panggil aku arnab. Emmm...tak kisah la semua tu. Yang penting aku tau akan maknanya.

Itu la sedikit sebanyak kejadian disebalik nama. Korang jugak mungkin ada kisah yang tersindiri bukan. Apa-apa pun kita patut appreciate nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa kita. Mungkin nama itu tidak sedap didengar oleh halwa telinga kita tetapi mungkin nama itu mulia maknanya disisi Allah. Wallahualambissawab...

..SEKIAN..


3 comments:

  1. You , mintak maap la yer , tergelak part rabbit tu , adoii , ingat memula nak sedeh/simpati bg pihak u , name kena komplen , tp tergelak plak . waduh . sorry2 .

    cakap pasal name u , i takmo ulas lebih lanjut , sebab i da penah gtau u dulu kn psl name u ni ? lupe ? cube ingt balek . ehhe .

    p.s : Kim slm kt Afif zain yer ? ahah

    ReplyDelete
  2. nurika~
    Xpe u.. i dh bese kne glak. huhuhuh.. Can u remind me bck about tht.

    p/s: insyaAllah.. (^_^)

    haziq zainal~
    ????? puji ikhlas ke x ni? (^_^)

    ReplyDelete