Entry kali ini aku nak story pasal 'Tabiat Orang Kita'. Siapa orang kita? Orang Malaysia la.. Kita boleh lihat semua perkara ni selalu atau biasa terjadi sama ada pada diri kita atau orang lain. Ada tabiat orang kita yang tak elok dipandang, didengar, difikir-fikirkan dan diperkatakan. Ada juga yang elok dan ada juga yang tak baik untuk kesihatan.
Ok, tabiat yang pertama sekali nak story pasal orang kita ialah pertanyaan yang tidak patut ditanya kerana boleh nampak dengan mata kepala sendiri dan kita tahu akannya. Contohnya:
Situasi: Mak Minah baru balik daripada pasar dengan membawa bakul yang berisi ikan dan sayur-sayuran. Tiba-tiba Mak Minah berselisih pula dengan Mak Nab di tengah jalan.
Mak Nab: Hai Minah, baru balik pasar beli ikan ke?
Mak Minah: Ye Nab oii.. Nak masak petang karang untuk anak aku. Dia balik hari ni.
Kenapa tidak percakapan atau pertanyaan itu ditukar kepada "Banyak beli barang Minah." atau "Nak masak apa petang ni?". Benda dah terang lagi bersuluh dah lagi nak tanya jugak. Apee laaa...
Seterusnya, suka serkap jarang plus suka jaga tepi kain orang. Contohnya:
Situasi: Mak Nab ternampak kereta peronda polis dihadapan rumah Mak Minah. Mak Nab tanpa berlengah terus bergegas ke rumah Mak Kiah dan terus mengata bukan-bukan tentang perkara itu padahal kereta peronda polis itu adalah anak Mak Minah yang pulang untuk lunch hour.
Mak Nab: Kau tengok tu Kiah. Itu mesti anak dia dah buat bukan-bukan tu sampai polis datang cari anak dia dekat rumah mak dia. Apa punya anak la tu.
Mak Kiah: Ye ke kau ni? Kau biar betul? Anak dia bukan polis ke?
Mak Nab: Eh, anak dia polis ke? Bukan la, anak dia posman la.
Kenapa tidak sikap yang suka serkap jarang tu ditukar kepada serkap tebal ke apa ke. Kitakan boleh selidik dulu sebelum men-judge orang tu. Jaga tepi kain orang untuk kebaikan tidak mengapa tapi jangan la sampai orang tu pakai seluar dalam apa pun kita tau. Itu melampau la tu dan perkara tu tak kelakar langsung! (^_^)
Next, suka mengagung-agungkan orang luar daripada orang sendiri. Contoh:
Situasi: Cerita hollywood yang ada unsur-unsur peniruan daripada filem lain masih dapat pujian tinggi menggunung tapi bila cerita tempatan ada sedikit saja unsur peniruan kita mula melaungkan kutukan yang tinggi melangit.
Hakim: Ben, kau dah tengok cerita Evolusi kL Drift?
Ben: Dah. Ala tak best la cerita tu. Dia nak tiru macam Fast and Furious: Tokyo Drift la tu. Apa la. Cuba la buat cerita baru sikit. Asyik tiru cerita luar je.
Kenapa tidak kita puji sedikit cerita yang dibuat anak tempatan. Kalau tak nak puji pun tak payah kutuk-kutuk pun takpe. Berdiam dan tidak mengatakan apa-apa yang boleh menjatuhkan maruah pun dah kira baik. Ni la punca rakyat kita susah untuk maju kehadapan sebab tiada sokongan daripada masyarakat sendiri.
Next, sukar untuk mengaku kehebatan orang lain plus bersangka buruk. Contohnya:
Situasi: Iman seorang pelajar yang tidak pernah mendapat keputusan yang baik dalam setiap test papernya. Tetapi dia mendapat keputusan yang cemerlang pada semua final papernya.
Ali: Kau tau Iman dapat berapa pointer sem lepas?
Abu: Tak. Berapa dia dapat?
Ali: 3.67 bai. DL bai dia.
Abu: Biar betul?
Ali: Betul doh. Aku tak tipu.
Abu: How come?
Ali: Mana la aku tau.
Abu: Ala, dia kaki bodek lecturer boleh la.
Kita sukar untuk mengaku kehebatan orang lain. Asal seseorang itu lebih sikit daripada kita, mula la tafsiran yang bukan-bukan keluar daripada hati turun ke mulut. Kenapa tidak bersangka baik kepada orang yang ada kemajuan dalam diri.
Last sekali, masih ramai yang berfikiran kolot sedangkan teknologi sudah menguasai dunia. Contohnya:
Situasi: Pak Mail masih kuat untuk melakukan kerja-kerja berat walaupun usianya hampir mencecah 70 tahun.
Mak Nab: Kau tengok Pak Mail tu Minah. Umur dah nak dekat 70 tahun pun masih larat lagi angkat beras tu.
Mak Minah: Ye la Nab. Apa yang dia makan ye? Laki aku, jangan kata angkat beras, angkat aku pun dah tak larat dah.
Mak Nab: Kau ni Minah, sempat lagi melawak ye. Aku rasa Pak Mail tu ada bela la tak pun dia pakai tangkal.
Cuba kita singkirkan pemikiran seperti ini mungkin masyarakat kita akan maju mengikut arus semasa. Bukan tidak boleh percaya akan benda-benda seperti ini. Memang benda-benda seperti ini dalam al-Quran sendiri pun ada nyatakan tapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk kita mengaitkan semua benda yang diluar batasan pemikiran manusia ada kena mengena dengan jin dan iblis. Fikir-fikirkanlah....
Ni la antara tabiat-tabiat orang-orang kita yang dapat aku kongsikan bersama. Kenapa boleh jadi begini? Ishk, kalau aku tau senang. Sebab tak tau yang susah nak jawab tu. Tak kisah la tabiat buruk atau baik sekali pun kita tetap rakyat Malaysia yang aman makmur. Semua ni identiti yang menunjukkan siapa itu rakyat Malaysia. Aku bangga jadi Anak Malaysia! Aku bangga jadi warga Malaysia! I proud to be Malaysian! I'm loving it!
..SEKIAN..
p/s: Cerita aku bukan ditujukan kepada siapa-siapa, cerita aku untuk menyedarkan diri sendiri supaya diri sendiri juga tidak berkelakuan seperti itu. Insya-Allah..