Friday, September 3, 2010

Ya Allah Kuno Jugak Aku Rupanya


Kisah ni memang memalukan bagi budak-budak yang membesar dengan teknologi seperti aku(90-an). Kalau lahir pada tahun perang dunia mungkin boleh di maafkan lagi. Tapi kau?? Lahir sesudah merdeka kot. Dan sepanjang waktu pembesaran tulang keting, tulang rusuk, tulang belakang dan sewaktu dengannya, kau dikelilingi teknologi.

Kisah ini berlaku semalam (2 September 2010) di dalam kelas Arab (BAB151). Seperti biasa, ustaz akan tiba lewat 15minit. Kadang-kadang tu 20minit. Kadang-kadang tu kelas lagi 30minit nak habis baru dia muncul. Adehh.. Yang paling frust kelas dah nak habis baru dia cakap kelas cancel. Fuyoh! Cannot go lah!

Setelah 15minit kitorang tunggu, ustaz pun masuk dengan wajah yang sangat berseri-seri. "Emmm..apasal la berseri-seri sangat ustaz aku hari ni? Oh, ya! Dia dah cukur jambang dia dan potong sikit rambut dia. Sebelum ni jambang penuh.". Ok. Persoalan terjawab. Seperti biasa, mukadimah ustaz sebelum mengajar ialah bercerita dan buat kelenjar ketawa kitorang pecah.

Sedang sedap dok dengar ustaz buat lawak, tiba-tiba dia mengadu panas.

Ustaz: Air-cond rosak ka??
Kami: Ok je ustaz. Kitorang sejuk je.
Ustaz: Saya panas ni. Hah, air-cond tak rasa pun.

Ustaz datang menghampiri tempat duduk aku sebab controler untuk air-cond tu berada dekat dengan aku. Pada controler tu tidak tertera suhu darjah salsiusnya.

Ustaz: Rosak ke air-cond tu?
Aku: Entah la ustaz. Rosak la kot. Takde kuar nombor pun.

Ustaz sambung balik bercerita. Dalam 15minit kemudian dia complain lagi pasal panas. Dia datang balik tengok controler air-cond tu.

Ustaz: Bang, bang. Kamu tekan je la punat dia bagi turun darjah salsius dia tu sikit.
Aku: Baik ustaz. Ok ustaz?
Ustaz: Ok. Terima kasih.

Tapi ustaz masih tak puas hati. Kali ni dia sendiri pergi check dekat controler tu. Tiba-tiba..

Ustaz: Emmmmppphhhh...patut laaaa. Haish, kamu ni!!
Aku: Pasai apa ustaz??
Ustaz: Kamu set dekat fan. Orang set cool la baru sejuk.
Aku: Eayh, ye ke ustaz??
Ustaz: Haisshhh..apa la kamu ni.
Aku: Hahahaha.. Maaf la ustaz. Rumah saya takdak air-cond.
Ustaz: Rumah saya pun takdak.

KUANG! KUANG! KUANG!

Oh, tetiba terasa dunia aku gelap seketika. Macam biasa la kalau benda dah agak macam kelakar, satu kelas la ketawa. Aku cuba tahan malu tapi tidak berjaya kerana muka aku berubah menjadi warna merah. Oh, mana nak sorok muka aku?? Dalam poket? Adeh, tak muek pulok!! Hahahahahah.. Afif! Afif! Sungguh kuno kamu ni rupanya. Sepandai-pandai aku main game dekat komputer, pandai lagi ustaz aku setting air-cond! Aduhai..balik aku kena study semua jenis air-cond lah. Eeeee...maluuuunyeeeewwwww. (^_^)

..SEKIAN..

p/s: Sebelum nak habis kelas, ustaz ada cakap nak usulkan supaya pihak UiTM Johor letak guide cara penggunaan air-cond kat setiap kelas. Ustaz ni bergurau kasar la tu.
p/s: Currently at home menikmati cuti 3 minggu yang diberi.

10 comments:

  1. aduhh.
    pasni xleh ngadap game jela ye.
    sile belajar teknologi2 sekiling kamu
    :p

    ReplyDelete
  2. hehehe...
    agak lucu la 'peristiwa hitam ni' tapi makan dalam betul gurauan ustaz tu.
    ahaks!!jgn marah yer..
    ^__^

    ReplyDelete
  3. tqa.awesome~
    hahahaha..yg ni pun gurauan kasar nmenye ni. (^_^)

    ReplyDelete
  4. zEeQa~aJiE~
    taklah.. x mrh pon. dh biase kne ngn ustaz tu. ustaz tu mmg suke bg kitrg mkn dlm2. (^_^)

    ReplyDelete
  5. teruk nyer kawan aq sorng nie...
    nak cakap selalu bersama orang yg serba serbi tahu... mmg yer!!!
    tapi... entah laa afif... layan suda~~~

    ReplyDelete
  6. hehehe.. afif .. afif..
    aku dah terbelahak kat depan mase tuh..
    huhu~
    sabor ea..
    hahahahahhahaha..

    ReplyDelete
  7. ryoma ekhizen~
    biasa la manusia. kdg2 kuno jgk!! (^_^)

    ReplyDelete
  8. Nurika Jianie~
    owh, ustaz tu kalau bergurau mmg slalunye kasar. smp mkn dlm pon ade..

    ReplyDelete
  9. Dalam Kesah Aku~
    ha'ah.. ptut la. aku dgr ade org glak yg plg2 kuat. Kau rupo eayh.

    ReplyDelete