Tuesday, October 19, 2010

Kenapa Aku Ngeri Bila Dengar Perkataan 'Tulang Patah'?


Hah, agak-agak korang tau tak kenapa? Mesti la tak. Setakat orang sebut 'berpatah arang' ke, 'patah balik' ke, 'patah hati' ke, takde la saya ngeri awak.. Perkataan 'PATAH TULANG' tu. Hah, siap highlight lagi tu. Hei, pantang tau tak. Patang dengar! Kenapa? Hah, ni yang nak cerita.

Kalau orang bercerita je tentang patah mematahkan tulang ni memang aku tak boleh nak dengar. Kalau dengar pun rasa macam nak lari je bukit pastu duduk bawah pokok sorang-sorang pastu tutup telinga sambil menyanyi lagu hits yang best-best. Sebabnya? Sebabnya, aku pernah mengalaminya suatu ketika dahulu sewaktu aku berumur belasan tahun (patah dipergelangan tangan kiri). Uuuuuuuuu.... Serious?? Taklah, aku saja nak buat cerita bagi suspen pastu korang akan bunyi jugak, "Uuuuuuuuu...". Hish, mesti la serious. Mana boleh main-main.

Macam mana tangan aku boleh patah? Segala-galanya berlaku sewaktu aku bermain bola dengan kawan-kawan di taman dekat perumahan aku. Ia terjadi ketika aku melakukan sepakan gunting (ahahaha..tak boleh blah!) untuk menyelamatkan bola daripada masuk ke gawang gol. Fuh, hero hero! Hero? Hah, untuk menjadi hero harga yang terpaksa aku bayar ialah PATAH TANGAN! Padan muka. Dah tau permukaan padang penuh dengan pasir and then main pakai kasut biasa, ni la jadinya. Semasa aku melakukan sepakan gunting tu, tiba-tiba aku tergelincir lalu imbangan badan terus tak menjadi. Aku tahan menggunakan tangan kiri aku lalu...

PRAP!

Macam tu ke bunyi patah tulang? Tukar-tukar..

PAK!!

Macam tak best je? Try yang ni pulak.

PRAP PAP PAP PAP PAP!

Macam bunyi mercun pulak. Ah, ambik yang awal tadi la best sikit.

PRAP!!

Tanpa aku sedari dan merasa kesakitannya, aku mengangkat tangan aku lalu ku lihat.. "Mak aih, asal tangan aku bengkok??". Aku seperti orang bodoh dan masih tidak menyedarinya bahawasanya tangan aku telah patah dan selepas beberapa saat aku mula tersedar yang.. "Aaaaaargggghhhh, tangan aku patah!!" Terus kawan-kawan hantar aku pulang dan keadaan di rumah pula menjadi kecoh terutama ibu! Biasa la perempuan.. (^_^)

Di hospital, pembantu di situ semacam sudah biasa dengan perkara patah-mematah ni sebab mereka masih lagi boleh bergurau senda dengan aku. Hei, kalau la tangan aku tak patah, akan ku tendang mereka selaju yang mungkin! Selang beberapa minit, mereka bawa aku ke bilik X-tray untuk melihat bagaimana keadaan tulang aku. Adakah ia patah dengan serious atau biasa-biasa saja. Emmm..ia tidak la begitu serious sebab tulang tak terkeluar begitu jauh dari sasaran. Hahah.. Kemudian aku dibawa ke bilik pembetulan tulang (main hentam je). Aku diberi suntikan khayal seperti suntikan dadah yang dosnya berlebihan (ubat tidur). Ia bertujuan untuk tidak menyedarkan aku sewaktu mereka ingin memperbetulkan kembali kedudukan tulang aku.

Tapi malang bagi aku kerana suntikan itu tidak memberi apa-apa kesan pada aku (Fuh, kuat-kuat!). Oleh itu, harga yang terpaksa ditanggung...

SAKKIIIIIITTTTTTTTT!!!

Bongok betul la.. Meronta-ronta aku semasa dorang menari-narik tangan aku untuk membetulkan kedudukan tulang. Yang aku cukup marah, ubat tu hanya berfungsi selepas tulang aku dibetulkan. Elok je kedudukan tulang aku dibetulkan kembali, aku terus tidur. Huh, haram J!

Selama sebulan lebih aku diberi terapi untuk menguatkan kembali tangan aku. Sekarang tinggal kesan (kecacatan) dekat tangan kiri aku. Seperti ada tulang yang bergesel-gesel bila aku memutar-mutarkan pergelangan tangan aku. So, sekarang dah tau kenapa aku tak boleh dengar perkataan "Ada orang patah tulang!".

..SEKIAN..

p/s: Seksa woo patah ni lagi-lagi bila ia di simen. Nak garu pun susah. (^_^) Kalau korang nak rasa, cuba-cuba la patahkan tulang temulang yang ada ye?

7 comments:

  1. lahh.. patah.. kepala berdarah.. lagi lahh.. wooooo.. sakit woo..

    ReplyDelete
  2. aiman penah patah kat tulang selangka..
    mase main bola ahha

    ReplyDelete
  3. miajamaluddin~
    kpl berdarah biasa.. slalu kot kne mse maen bola. Ni patah. Patah bnde yg jarang2.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. tsunamiboy~
    tulang selangka?? Kerangka pnah ar dgr. tu kt bhgian kpl ltut ke ape? (^_^)

    ReplyDelete
  5. meh aku patahkan tangan kanan kau pulak HAHA

    ReplyDelete
  6. haziq zainal~
    ni gurau gurau kurg hjr nmenye. hahahah.. sengal!!

    ReplyDelete
  7. tulang selangka kat bahu

    ReplyDelete