Thursday, October 21, 2010

Tak Pernah-Pernah Aku Buat Kerja Ni..




Assalamualaikum wtb...

Cepat cepat! Nak story sekejap je. Hehehe.. Gila! Memang gila! Tak pernah-pernah aku buat kerja macam ni. "Kerja apa?? Panjat KLCC? Terjun loji pastu buat gymrama? Naik lori sampah sampai Kedah?". Sabar sabar.. Nak story la ni.

Pagi tadi (10.30pagi-21 Oktober 2010), aku ke kL berseorangan dengan membawa kamera DSLR Olympus yang diberi pinjam oleh my brother in law (janggal pulak aku guna ayat ni). Apa aku buat?? Mesti la nak hempuk anjing-anjing yang ada dekat kL dengan kamera tu. Hish..of course la ambik gambar.

Dengan sedaya upaya mencuba menebalkan muka dan menjadikan diri ini seperti tiada orang peduli, aku ambik gambar sana, ambik gambar sini, tangkap gambar orang tu, tangkap gambar orang ni. Pergghhh..tak penah penah aku buat kerja ni.
Perasaan risau bercampur takut bercampur malu (ingat ABC je boleh campur?) semua ada.

Ada satu masa tu, aku ambik gambar satu kumpulan negro dari atas jejantas (jejantas depan Times Square). Kemudian dia perasan and then dia buat isyarat 'no no no'. Aku hanya melemparkan senyuman dan membalas dengan isyarat lucah. Err.. I mean peace. Tak sangka pulak aku dia nak naik jejantas tu. Jantung aku mula la laju. Ye ar takut nanti dia rampas kamera aku dan buang ke. Tapi aku cuba chill dan cool. Buat seperti takde apa yang berlaku. Bila sekumpulan negro tu hampiri aku dan bertentang mata dengan aku, diorang semua cakap..

"What's up yo!"

Ahahaha..aku hanya tersengeh dan hanya membalas peace! Sengal betul la. Buat orang risau je.

Macam-macam lagi la yang aku dapat sepanjang menjalankan sesi tangkap menangkap gambar ni. Ni sebagai satu usaha mempelajari sesuatu yang baru untuk menambah pengalaman. Akan ku buat kerja-kerja ini di masa akan datang. Lokasi seterusnya? Masih lagi dalam siasatan. (^_^) Ok, kalau korang nak tengok hasil yang aku dapat siang tadi sila la ke link ni ----> KasotPuteh-Photoholic

..SEKIAN..

p/s: Kalau korang baru first time buat kerja macam aku, try jangan buat muka macam orang bersalah atau macam paparazi atau macam kameraman untuk news jenayah. Takut nanti korang dikejar orang tak di kenali. Try buat muka sposen ok?

p/s: Jangan dibuat kerja-kerja seperti ni berseorangan kalau tak biasa eayh?

6 comments: