Jam menunjukkan tepat pukul 9.45pagi. Hon di bunyikan depan rumah Pae. Ton! Tooooooonnnnn!! "Halahmak kawan aku sorang ni. Dah lambat kot!". Pukul 10.30pagi baru kitorang sampai ke kelas. Dah sampai depan kelas, nak masuk kelas tu pun kitorang boleh bergaduh.
Aku: Pae, masuk la dulu!
Pae: Kau laa masuk dulu.
Aku: Aku masuk dulu?
Pae: Muke aku macam tak mandi. Kau masuk dulu.
Aku: Ape kene mengene?
Alih-alih aku yang masuk dulu. Pintu sikit-sikit di tolak dan mata meliar melihat ke dalam kelas. "Sonyap jo kelas ni.", bisik hati. Perlahan-lahan pintu dibuka. Lecturer dan kawan-kawan dalam kelas semua menoleh ke belakang. Salam diberi. Lecturer sepatah haram pun tak bercakap. Agaknya dah biasa kot dengan kami yang kerap datang lewat. Maklumlah, kami 2orang je lelaki dalam kelas tu. Tiba-tiba lecturer bersuara suruh ambil kertas quiz di mejanya. "Mampos, memang ada quiz hari ni! Nasib baik sempat baca sikit tadi. Insya-Allah boleh jawab!".
Tengok je kertas soalan quiz, memang ada harapan nak dapat kosong sebab quiz tu quiz chapter 2 tapi aku baca pagi tadi chapter 1. DIE! DIE! DIE!! Aduh!! Aku pandang kawan aku dan dia pandang aku sambil tersengeh. Aku menggelengkan kepala. Lagi sekali hati berkata-kata, "Mati aku. Mati!!". Mula la suatu akal yang jahat sedang menyerap ke dalam hotak. Aku toleh member aku dekat sebelah. Laju je dia tulis. "Siot, dia sempat study rupanya!! Habis aku!". Pandang semula ke kertas aku. "Apa aku nak mencarut dekat kertas ni??". Pandang semula ke sebelah. "Jahanam, kau tengok buku rupenye.". Ada buku yang di sorokkan bawah beg beliau. Aku pun apa lagi. Tarik kertas dia, dan salin jawapan cepat-cepat. Kawan aku dah siap pesan, jangan tiru bulat-bulat nanti kantoi. Balas aku, "Jangan risau!".
"Ok, lagi 5 minit.", kata lecturer. Tapi sebelum habis, lecturer macam dapat hidu yang kitorang meniru. Dia suruh hantar jugak walaupun belum cukup 5minit. Aku dan member aku pun keluar pergi ke toilet lepas hantar kertas.
Pae: Mati doh. Dia macam dah tau kita meniru. Apa nak jawab nanti.
Aku: Tu la tu. Aku pun rasa. Kau jawab je la kita ada tiru sikit-sikit tapi tak semua.
Pae: Jom la masuk.
Aku: Kau pegi dulu. Aku nak kencing jap.
Padahal, mahu mencari idea untuk memberi alasan bila ditanya lecturer nanti. 5minit jugak la aku dalam toilet tu. Aku cuba memberanikan diri masuk. Perlahan-lahan aku tolak pintu kelas.
Lecturer: Ahnaf!!
Halahmak, lecturer ni panggil nama yang aku tak suka orang panggil pulak. Nak panggil Ahnaf tu panggil la nama depan sekali. Tapi memang dia suka panggil nama tu.
Lecturer: Awak nak mengaku tak yang awak ada meniru tadi?
Aku hanya tersengeh dan menunjukkan isyarat 'sedikit' padanya.
Lecturer: Haa..mengaku dah. Senang kerja saya.
Kantoi sudaaaahhh!! Korang nak tau tak apa punca lecturer aku dapat kesan yang aku tiru. Jawapan untuk soalan pertama aku dengan kawan aku tu sama. Dah la sama. Lepas tu salah pulak tu. Memang kantoi laa. Dan yang kelakarnya, aku ni ada la rabun ayam sikit, member aku tulis jawapan 'proverty eradication' aku pegi bantai tulis 'proverty education'. Hahahaha... Nasib baik hukuman yang diberi cuma markah saja ditolak. Kalau dia bagi gagal terus masa Test 1 nanti, masak aku.
Morale of the story, sentiasa alert bila ada quiz dan jangan sekali-kali cuba meniru jika korang tidak biasa melakukannya..