Monday, May 9, 2011

Adakah Korang Tergolong Dalam Golongan Anti-Sosial?



Di hening malam macam ni memang banyak idea nak buat entry. Dalam tengah menunggu episode Naruto Shippuden buffering sambil bertemankan liga EPL (Chelsea v Man U) yang tiada siapa pun yang menonton (*Bajet macam aku je yang bayar bil elektrik selama ni) sebab aku tak minat dengan dua team tu, tiba-tiba terkeluar fikiran, "Apa la aku nak buat besok. Masuk ni dah seminggu aku duduk rumah je menghabiskan beras.". Kalau keluar pun habiskan duit jugak. Macam mana tu?

Cerita pasal bab-bab tak keluar rumah time cuti ni, teringat member aku penah cakap dekat aku, "Kau ni anti-sosial la!". Suka hati haiwan belaan dia je cakap aku anti-sosial. Takkan la tak keluar rumah pun anti-sosial ye dak? Aku bukan tak nak keluar, tapi.... Bila nak plan lepak dengan member-member, tiba-tiba otak jadi blank. Tak tau nak pegi mana? Bila dah plan baik punya, hati aku plak berat untuk keluar lepak. Adeh.. Aku sendiri pun tak paham kenapa dengan aku ni. Tapi itu tak bermakna aku adalah seorang yang ANTI-SOSIAL kan??

Aku adalah seorang manusia yang memang susah nak diajak keluar lepak. Tapi kalau sekali aku dah keluar lepak, sampai pagi baru balik. Aku juga seorang manusia yang kalau diajak keluar lepak, aku akan pikir 28hari. ^_^ hahahaha.. Gurau gurau. Seriously, aku seorang manusia yang PALING PEMALAS sekali dekat dunia kalau nak keluar lepak (Yo yo ooo je). Kalau aku keluar pun setakat nak pegi main futsal je la. Lepas tu balik rumah balik. Kalau member ajak pegi minum lepas main futsal pun aku akan pikir dua tiga kali. Hahaha.. Terukkan? Masih lagi menganggap aku ANTI-SOSIAL? Pergghhhh.... memang teruk.  

Ni nak cite sikit pasal seorang makcik (rakan ibu) yang mengatakan aku sebagai seorang lelaki yang baik sebab tak keluar malam. Hahaha.. Cerita dia macam ni,

Kejadian ni berlaku kalau tak salah masa aku form 5. Kawan ibu datang ke rumah malam-malam atas urusan apa entah aku pun dah lupa. Aku duduk dihadapan tv dengan kusyuk tanpa menghiraukan beliau (kurang ajar ini anak orang). Cerita apa aku tengok pun aku dah lupa. Tiba-tiba dia tegur, "Ini anak akak yang sulong ke?". Typical question. Ibu menjawab, "Tak lah, ini yang nombor dua.". "La yeke? Dah besar dah.". Apa yang besar entah. Hahaha.. Dia sambung lagi, "Tak keluar rumah plak dia kak malam-malam macam ni?". "Dia jarang keluar rumah malam-malam macam ni.". "La, yeke?! Bagusnya la hai. Bila kawin nanti, takde la isteri risau sebab suami tak suka keluar rumah.". Aku dengan selamba bangang buat-buat tak dengar apa yang beliau cakapkan sambil melakonkan watak seorang budak yang kusyuk tengok cerita kegemaran ramai iaitu 'Power Rangers'. Padahal hati rasa macam nak berjoget-joget dan berlari-lari anak satu taman. ^_^ Dia tak tau lepas je dia blah aku terus keluar rumah. Hahahaha.. Lawak-lawak..

Hey, tak paham betul la kan. Tak keluar rumah je, anti-sosial. Selalu sangat keluar rumah SOOOO-SIAL plak. Tapi apa-apa pun, kita jangan peduli apa orang nak kata tentang kita selagi mana kita tahu kita macam mana, betul tak. So, jangan ambil kisah sangat apa yang member-member nak judge kita sebab manusia menilai melalui apa yang mereka lihat melalui pengalaman dan kebanyakkannya mereka tidak mengkaji lebih mendalam. Yela, takkan la nak judge orang on-the-spot pun nak buat research. Itu keje gila beb.

..SEKIAN..

p/s: Oh ya.. Perlawanan Man U menentang Chelsea berkesudahan dengan Man U menang dengan jaringan 2 berbalas 1.
p/s: Cerita naruto yang aku tunggu buffering akhirnya masih buffering lagi. TENSION betul!! Tidur lagi baik! ^_^

3 comments:

  1. xsemesti nyer x kuar mlm, x join kwn2 lepak,kita dilabelkan anti-sosial. mungkin xtvt yg kita suka buat tu, x sama dgn kwn2. Mcm saya la... masa belajar sy ada team panjat gunung, tp skg dh keje brapa org aje yg suka xtvt itu pun x aktif.huhuh..huhhuhu

    Why care what people will say? That's your life. As long as it is satisfying you. (^_^)

    ReplyDelete
  2. btw hani pun layan Naruto Shippuden jgk hehehe...
    dok umah dwn anime byk2.. pastu layan la sampai bengkak mata..

    ReplyDelete