Thursday, May 31, 2012

Jadi Apa Masalahnya Kalau Tak Pernah Ber-Couple?



Assalamualaikum wtb... wohoooaaaaa!! Tajuk entry tak boleh belah!! Tau ke aku pasal benda-benda ni semua kalau nak bercerita? FYI (for your information), aku tak pernah bercinta ber-couple sejak aku dibangku sekolah mahupun bangku kantin sekolah. Sounds like... Booooo!!! LOSERR!!! Hahaha.. kaaannn?? So what?! Yes I am a LOSER! Do I care? Ok guys, sapa-sapa yang sama kes macam aku, korang boleh bangga dengan tittle ini (LOSER). ^_^ Agak-agak korang, lepas aku bagi tau tu semua, korang nak teruskan baca ke tak? Ok tak nak sudah.

Aku bukan nak cerita pasal apa itu couple apa itu bercinta. Aku rasa korang lebih arif pasal tu. Lepas tu kalau nak elaborate perkataan cinta tu, banyak pemahaman dan definisi akan keluar. Kawan aku kata, "Bro, kau tak penah langsung bercinta?? Biar betul? Kau straight ke tak ni? Kau tak boleh macam ni bro. Kau kena rasa semua pengalaman tu baru kau tau dan baru kau boleh lalui masa kau dah kahwin nanti. Nanti dah kawin takde terkial-kial.". What the heck is that? Errr.... Are we talking about sex?? No no no!! Absolutely not! Maksud kawan aku tu, dia nak aku rasa macam mana feeling bercinta je. Nanti di masa depan kalau aku face problem dalam hubungan masa dah kawin nanti senang. Persoalannya, adakah kita nak cari pasangan sekarang ni hanya untuk test drive? Macam tu? No no no... I don't want to be like that. Prinsip aku, nak cari pasangan biarlah sampai kita memilikinya jiwa dan raga secara halal (sapa nak muntah atau nak terjun KLCC silakan). Biarlah tidak merasa masa-masa indah waktu bercinta (pegi dating berpegangan tangan atau habiskan duit tengok wayang, beli hadiah dan lain-lain) asal kan aku dapat memilikinya secara halal kelak (ok nak muntah lagi, sila berbuat demikian dahulu). Nak tanya korang, berapa ramai sekarang tengah couple? Dah yang ke berapa kalinya? So, adakah kali ni korang couple tu korang ada pasang niat nak kawen dengan dia (stock bini)??

Aku banyak melihat orang-orang di sekeliling aku dengan bermacam-macam kerenah dengan couple masing-masing. Ada tu yang bodoh kerana cinta. Ada tu pulak yang berubah kerana cinta. Ada tu yang aku tengok dah macam laki bini dah. Semua benda macam halal je dilakukan. Nauzubillah... Aku rasa couple-couple yang ada tu patut faham betul-betul bercinta dalam Islam sebabnya, kalau ditakdirkan Allah jodoh korang memang dengan pasangan korang tu, perkahwinan korang tu takut-takut tak berkat nanti.

Kebelakangan ni, ramai member-member aku desak aku suruh cari seseorang sebagai teman istimewa. Apa yang mampu aku lakukan, senyum dan gelak. Ada tu yang sampai nak kenalkan dengan kawannya. Hahahaha.. The question is, do I look that desperate?? So sarcastic!! But I'm still cool!! Ok aku admit, aku pernah menjadi desperate untuk mencari pasangan. Tu la, dek kerana suara-suara sumbang di sekeliling kita. Gila tak terpengaruh. Tapi ada 'seseorang' telah mengajar aku banyak benda dan menyedarkan aku. So, aku berubah fikiran menjadi lebih matured dalam soal in. Macam aku mention sebelum ni tentang prinsip aku. Buat apa kita nak risau sampai nak kena pegi mandi bunga bagai (I think ni kes yang dah berumur 30tahun ke atas). Bukankah itu perkara-perkara khurafat? Takut nanti boleh membawa kepada perkara syirik pulak. Haiyooo.. Nauzubillah. Tak masuk syurga wooo.. No! Bear in mind tentang perkara-perkara ini. Memang la soal jodoh ni kita perlu usaha mencarinya kerana jodoh tak datang dari langit. Bak kata Nabil, "Hari ni abang nak turun town. Abang nak cari jodohlah. Mana ada jodoh turun dari langit. Ada, tapi itu semua yang frust terjun dari bangunan. Berbekalkan Evo 8 yang abang ada ni...". Usaha macam mana yang korang lakukan? Adakah sampai kena melanggar hukum agama? Tak perlu.. Banyak lagi usaha yang boleh diguna pakai (Eceh, cakap macam aku dah ada jodoh je).

So, those yang ada kes macam aku, korang tak perlu nak gelojoh atau jadi se-desperate Desperate Housewives untuk mencari jodoh. Cool dan chill.. Banyak aku tengok dorang risau masih tak jumpa-jumpa pasangan sehingga ke hari ini. Don't worry! If that happened, korang kena balik balik kepada rukun iman (fikir sendiri ye yang mana satu). If korang paham akan 6 rukun iman tu, korang akan mengerti apa yang aku maksudkan.. So I leave you with curiosity! ^ ^

..SEKIAN..

p/s: nak bercakap soal ini, memang aku tak layak langsung sebab aku baru berusia 22 tahun dan masih mentah bercerita soal pengalaman. Tapi I just want to share my thought. Lagipun one of blogging benefit is its motivate you.. ^ ^


p/s: CINTA itu memang indah tapi lagi indah jika ia dapat dimiliki secara halal.


p/s: sekarang aku da sikit-sikit menabung dalam ASB. Sampai masa je aku terus pinang! Lepas kawen baru bercinta! How's that? Cool tak? Hahaha... 




Thursday, May 24, 2012

Bagai Kucing Dalam Kalangan Harimau

Aku terasa diri sangat kerdil,
Bila dikelilingi harimau yang sangat besar dan garang.
Takut,
Mendiam,
Tidak berani bergerak,
Hendak tunjuk taring,
Hidup segan mati tak mau,
Nak keluar kuku apatah lagi.

Harimau masing-masing bergembira,
Mengaum kuat-kuat,
Biasalah,
Berada dalam kalangan masing-masing.
Jika ada tikus dalam kalangan kucing,
Sudah tentu aku juga seperti harimau.

Aku terus mendiam di tengah-tengah mereka,
Masih mencari ruang dan waktu untuk menjadi sebesar mereka.
Makan waktu sudah tentu.
Aku dah biasa merasa keadaan begini.
Bagai terpinggir,
Terpinggir jauh-jauh,
Seperti tiada siapa peduli.
Tapi nasib baik seekor dua harimau yang mengecilkan saiznya,
Tidak keluarkan taringnya,
Tidak tunjuk belangnya.
Cuba bergaul menjadi kucing seperti aku.

Tidak mengapa,
Terus berusaha,
Tidak putus asa,
Maha Pencipta ada bersama,
Minta kepada Dia,
Apa yang kamu rasa...
Moga cepat aku menjadi besar seperti harimau.

..SEKIAN..

Lek lu der.. Layan lagu ni dulu. Huhuhuh~



Monday, May 21, 2012

Video Community Service

Ok kali ni aku nak share dengan korang video yang telah aku edit masa aku dan budak-budak kelas Marketing BM2203A melakukan aktiviti community service di Puchong pada 5 Mei yang lalu. Actually, aku takde benda nak post sebab tu aku share video ni dengan korang semua. Hope you'll enjoy. Happy watching!!



..SEKIAN..

Sunday, May 13, 2012

Tak Penting Pun Lah Wish Happy Mother's Day

Relek lu! Relek lu! Jangan menyirap dengan tajuk entry tu. Ha'ah.. memang aku tak wish pun dekat ibu Happy Mother's Day. "Kenapa? Nak jadi anak derhaka? Kau nak kecikkan hati mak kau ke? Tak baik weayh!" Aku rasa ibu pun takkan kisah kalau kita tak wish Hari Ibu dekat dia. Aku rasa la. Hahaha. Tak penting pun! Hari ni dekat TL (Timeline) Twitter aku semua wish Happy Mother's Day dekat mak mereka masing-masing. Ada tu yang sangat-sangat sweet dia-nyer wish even dekat status BBM (Black Berry Messenger) pun banyak wish Happy Mother's Day. Memang sweet!!

Yang menjadi tanda tanya dekat aku, kenapa wish dekat TL dan status BBM?? Adakah mak-mak mereka mempunyai account Twitter jugak? BBM? Kalau yang ada tu kawe tok kisah tapi macam mana mak dia takde pun account Twitter. Kenapa korang buat macam tu? Korang bersetuju tak dengan aku kalau aku kata tak payah wish Happy Mother's Day dekat mak kita pun takpe. Ok, aku faham yang korang menunjukkan tanda sokongan korang dekat sambutan Hari Ibu ni tapi nak tanya jugak ada tak korang mendoakan kesejahteraan ibu bapa korang setiap kali waktu solat?? Ada? Ada? Kalau ada alhamdulillah...

Kawan-kawan, mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita setiap kali waktu solat itu adalah lebih penting dari menyatakan kasih sayang korang melalui ucapan Selamat Hari Ibu kepada ibu kita. Lagi pun Hari Ibu yang di sambut adalah sangat singkat. For sure weayh kalau dah lepas Hari Ibu ni korang dah tak selalu nyatakan sayang korang kepada ibu masing-masing. Hmmmm... Bukan aku nak tunjuk aku seorang yang sangat la baik. Aku kadang tu ada jugak terlawan kata ibu aku tapi aku takut dosa aku tu sangat banyak, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa aku setiap kali waktu solat. Satu hari ibu pernah tanya aku, "Ngah awak ada tak doakan ibu dengan ayah setiap kali dalam solat?" "Ibu, angah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dengan ayah dunia dan akhirat.", itu pun sudah cukup membuatkan ibu tersenyum. Ibu tak pernah kisah pun aku tak wish Happy Mother's Day dekat dia as long as ibu tau aku selalu doakan kesejahteraannya. Don't get me wrong ye. Tak jadi salah korang nak nyatakan kasih sayang korang pada Hari Ibu tapi jangan la pada Hari Ibu je, hari-hari lain pun kena gak!!

Kawan-kawan, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita agar tidak hanya menyatakan kasih sayang kita hanya pada hari ibu saja. Tunjukkan kasih sayang kita kepada ibu dan bapa kita dalam doa kita setiap kali waktu solat. As a muslim, itu yang patut kita buat! Bukan sekadar hanya post dekat TL or update status FB (facebook) korang tunjuk kasih sayang korang hanya pada Hari Ibu saja. Ok? Insya-Allah kawan-kawan..

..SEKIAN..

p/s: Dirikanlah solat sesungguhnya solat itu adalah tiang agama.  
p/s: Maaf jika entry kali ni menyinggung mana-mana pihak dan aku bukan nak boikot Hari Ibu pun just nak bagi kesedaran kita bersama. PEACE YO!!

Saturday, May 5, 2012

Maaf Busy Sikit

Been busy lately.. So, takde masa dan idea untuk update. Always keep in touch. Akan update some entry soon! Thanks for those yang sudi follow! Assalamualaikum...