Tuesday, August 28, 2012

Kalau Bercinta Tak Perlu Tunjuk Kemesraan Satu Dunia

Assalamualaikum wtb.. Haaaa~ Kan aku dah kata, kalau ada idea tu, memang banyak la benda nak mencarut-carut dekat blog ni. 

Kali ni entry pasal cinta lagi.

Hati: Kau ok tak Fif?? Lain macam kau ni. 

Mulut: Ok laaa.. Aku ok. Cuma kadang-kadang meluat tengok couple sekarang ni post macam-macam dekat status Pesbuk dengan Tuiter pasal pasangan masing-masing. 

Hati: Jeles ah tu? 

Mulut: Ada la sikit. Hahaha. Takdelah, kau tak rasa meluat ke tengok couple-couple (kawan-kawan korang sendiri) dekat laman-laman sosial yang tunjukkan kemesraan yang terlampau? Tak rasa? Asal aku rasa meluat? Hahaha.. 

Hati: Kau tak payah nak jeles la. Kau tu jeles sebab single lagi dari dulu sampai sekarang. LOSER!

Mulut: Wow, pedihnya lawak kau ni! Bukan ada sifat iri hati atau hasad dengki. Kalau ada dah lama aku santau mereka dan hancurkan kebahagian mereka semua. Haaaa~ Tapi demi Allah aku tak jeles langsung. 

Hati: Ala, kau ni. Biasa la orang bercinta. Ghairah la nak tunjukkan kemesraan.

Mulut: Kau rasa perlu ke wei? Perlu ke hebah satu dunia, satu Pesbuk, satu Tuiter, kaulah paling The Most Sweet Couple yang pernah lahir atas muka bumi ni? Perlu ke?

Hati: Maksud kau? 

Mulut: Maksud aku, cer kau tengok ye dekat Pesbuk atau Tuiter. Kebanyakkannya couple-couple ni post ayat-ayat yang paling manis dan kadang tu ada yang sanggup post gambar pakwe makwe masing-masing buat caption, "You are my HERO! I luv u so much!" atau, "Cinta kamu till Jannah!". Ada tu pulak siap bley chat status lagi dengan gaya mesra yang melampau sampai semua orang tau. Eh, ape? Dah takleh sms da? Dah tak boleh nak call dah? Ada tak? Mesti kau pernah terjumpa punyalah.

Hati: Err.. Ada kot? So, apa masalahnye dengan kehidupan kau yang tak berapa nak bahagia ni?

Mulut: Amboi, bergurau kasar lagi. Ok ok. Kau bayangkan the negative side if they do that. Kalau orang yang ada hasad dengki dengan mereka, jeles dan sebagainya, kau rasa orang tu nak tengok je ke? Aku rasa tak. Setan bila dah datang menghasut, beyond expectation beb. Haha. Kau pikir ye, mungkin ada diantara kenalan mereka akan cucuk sana, cucuk sini. Ada pulak tu jadi hackers lepas tu sebar berita tak benar pasal pasangan masing-masing. Kau rasa hubungan dorang akan kekal ke sampai jinjang pelamin? Lagi satu, dosa bro. Dosa. Kau tak terpikir ke dosa yang akan kita dapat. Aku rasa tak payah terangkan kot dosa apa yang akan kita dapat. Kau dah paham sendiri. 

Hati: Betul tu. Ala bro, dalam bercinta dan untuk ada pasangan ni, mesti pegang pada prinsip. Prinsip trust each other.

Mulut: Memang la kene yakin dan percaya pada pasangan masing-masing tapi kalau dah jarum di cucuk sampai dekat 10 batang, orang mana yang tahan sakitnya? Mesti bergolak jugak. 

Hati: So morale of the story?

Mulut: Morale of the story, kalau kau bercinta, tak payah la sibuk-sibuk nak tweet ayat paling sweet dekat pasangan kau atau post status ayat paling meleleh dekat jantung hati sampai 200 orang followers retweet or reply atau 1000 friends kau like. Tak perlu. Tak perlu. Kalau nak, wish je terus through sms atau kalau gatal sangat nak tweet gak, Direct Message kan ada. Bagi aku bro, bercinta tak perlu nak diheboh-hebohkan sampai satu dunia tau kau ada bf or gf. Apa tujuannya? Nak menunjuk yang kau paling sweet couple dalam dunia? Nak bagitau semua orang bf gf kau ensem? kacak? Bergaya? Cun? Comel? Hot? Kawin pun belum tentu lagi. Lain la kalau dah kawin. Hah, itu jam baru kau tau kalau bergaduh, semua yang manis jadi pahit. Semua yang baik jadi buruk. Semua yang cantik jadi hodoh. Kesimpulannya, bercinta, diam-diam je asalkan kau dengan pasangan kau tau isi hati masing-masing. Tak perlulah bagi semua orang tau. I just share my thought bro. 

Hati: Aku harap bila kau dah sampai waktu bercinta nanti janganlah cakap je ye. Nanti takut orang kata cakap tak serupa bikin pulak. 

Mulut: Ingatkan aku bro. Insya-Allah..

Daripada cerita yang aku ceritakan melalui perbualan tu, aku rasa tak boleh nak salahkan mereka sebab mungkin takde siapa yang menegur. Yang sokong tu banyak. Sebab tu makin menjadi-jadi. Ye, aku faham sangat perasaan orang bercinta ni walaupun aku tak penah rasa macam mana, kalau tengok perangai kawan-kawan aku, aku dapat rasa jugak. Indahnyewwww.. Kan?? Semua benda dah tak ingat buruk baiknya. Di harapnya siapa yang membaca ni dapat berpesan-pesan kepada kenalan masing-masing yang ada perangai seperti ini. Kalau takut nak tegur, takut tersinggung ke apa, buat entry macam aku ni. Hahaha.. So kepada yang sedang bercinta tu, selalu-selalulah berdoa kepada Allah moga Allah melindungi korang dari terjebaknya perbuatan maksiat dan zina.

"Ya Allah, kau lindungilah hubungan kami daripada perlakuan maksiat dan zina dan kau kekalkanlah hubungan kami sampai syurga-Mu ya Rabb." Insya-Allah...

                       
Sekadar gambar hiasan

..SEKIAN..

P/s: Sekadar berkongsi apa yang aku rasa agar nanti aku juga tidak akan terjebak dalam hal sebegini. Sama-sama mendoakannya. Insya-Allah..


UiTM FC Di Hatiku



Hah, kan.. Bila ada je benda nak tulis, banyak la post entry aku buat. Hahaha. Kali ni agak bosan sikit kot sebab cerita pasal aku lagi.

UiTM FC, satu kebanggaan untuk UiTM yang melahirkan banyak pemain-pemain yang berkualiti. Ramai pemain-pemain yang pernah bermain untuk UiTM FC dah berjaya menjadi pemain-pemain yang berkelas tinggi. Ada yang mewakili negeri, ada yang mewakili negara.

Ini impian aku sejak aku mula-mula memasuki kampus UiTM Segamat lagi. Aku tahu sebelum aku diterima masuk ke UiTM, aku berangan-angan untuk mewakili universiti dalam permainan bola sepak. Impian mula-mula aku telah terlaksana iaitu bermain untuk UiTM Johor dalam Liga IPT. Banyak pengalaman aku timba dari situ dan banyak juga kenangan-kenangan yang tak dapat aku lupakan.

Bermain dan mewakili universiti adalah suatu benda yang menghairahkan dan memberi kepuasan kepada aku. Bukan kerana mengejar glamour atau ingin menjadi popular sehingga ramai yang mengenali tapi kerana aku ingin menyumbangkan sesuatu di tempat aku belajar. Untuk menyumbang dari segi akademik memang jauh sekali kerana aku tiada kelebihan itu. Tapi Allah telah kurniakan aku dengan bakat ini. Jadi, aku takkan lepaskan peluang. Mungkin ini disebabkan keturunan. Ayah juga seorang pemain bola yang hebat di zamannya. Sering dia menceritakan kehebatan dia bermain suatu ketika dulu. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Alhamdulillah.. Aku bersyukur.

Sekarang aku telah melangkah ke satu lagi tapak. Aku telah berjaya menjejakkan kaki aku di dalam pasukan UiTM FC. Walaupun bukan dalam skuad utama, tapi aku rasa sangat bertuah sebab diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang aku ada. Macam aku kata tadi, UiTM FC telah melahirkan banyak pemain-pemain yang berkualiti. Kalau korang perasan, ada satu player Malaysia yang bermain di posisi pertahanan tengah, tinggi lampai dan bermata sepet sebelah. Dia adalah salah satu pemain yang pernah bermain untuk UiTM FC. Keterujaan aku dapat sama-sama menghadiri latihan dan bermain dengan mereka cukup buat aku teruja.

Sekarang, aku kena bijak membahagikan masa sebab ada dua benda aku kena fokus iaitu pelajaran dan bola sepak. Aku bukan inginkan kerjaya sebagai pemain bola sepak sebab aku ada perancangan aku sendiri tapi tidaklah juga sebagai sekadar suka-suka untuk bermain bola sepak. Bola sepak sudah menjadi darah daging aku. Minat yang mendalam terhadap sukan ini membuatkan aku terus bermain dan bukanlah cita-cita aku untuk menjadikan ia sebagai kerjaya. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari bola sepak adalah kerjaya aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Perancangan Allah ni kita tak tau betul tak? Dia lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Apa yang aku mampu hanya berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Nya.

So, morale of the story, jangan pernah berhenti melakukan apa yang kita minat dan putus asa daripada terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang di impikan. Percayalah, jika di situ terletaknya rezeki diberi Allah, ia tidak akan lari jauh dari kita. Kita hanya perlu percaya akan Allah swt. Lagipun untuk menjadi Islam sejati, kita perlu percaya kepada 6 perkara itu bukan? Insya-Allah.. Jika inginkan sesuatu, cari jalan ke arahnya dan jangan sesekali letakkan beribu alasan dan halangan untuk ke sana. Insya-Allah..

..SEKIAN..

p/s: Sejauh mana hebat kita bermain bola, sekaya mana kita di dunia, sebijak mana kita dalam pelajaran, jangan sesekali tinggal solat 5 waktu. Itu pesan ayah ibu untuk aku yang boleh aku kongsikan. 

Monday, August 27, 2012

Bagaimana Raya Korang Tahun Ni?

Assalamulaikum peepsssssss!!! Wah, lama rasanya tak update blog. Keras jari-jari aku. Ni nak type pun amik masa 15minit (jelas sekali penipuannya). Hmmm.. Hari ni (27 Ogos 2012) dah masuk raya ke-10 dah dan kebanyakkannya semua orang dah kembali ke kehidupan seperti biasa (Bekerja, bersekolah).

So, raya tahun ni macam mana? Ada yang dah berubah? Atau masih lagi sama seperti raya-raya sebelumnya? Yang berubah tu, adakah berubah kepada lebih baik atau berubah sebaliknya? Dan yang masih sama seperit raya tahun-tahun sudah tu bagaimana pula. Apa-apa pun kegembiraan atau kesedihan yang korang alami di hari raya diharapnya janganlah melupakan kepada orang-orang susah ataupun yang sudah tiada di dunia. Hari raya bukan untuk kita bersedih kenang orang dah takde ataupun yang dah terpisah dan tidak lagi  berada di samping kita. Raya untuk kita bergembira sebab dah dapat mengharungi ibadah puasa dengan jayanya. Kalau nak kenang orang takde tu patutnya tiap-tiap hari. Kalau masuk hari raya baru kita nak teringat orang dah takde, kita dah salah. Fahamkan maksud aku? Maksudnya, kalau kita tengok masyarakat kita, masuk hari raya je baru sibuk-sibuk nak ziarah kubur, baca yasin dan sebagainya. Kan lebih baik tiap-tiap hari kita kenang dan doa untuk mereka. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ibu bapanya dah tiada.

Raya aku tahun ni pulak macam biasa. Aku tak sedih, aku taklah terlalu bergembira. Biasa-biasa je. Cuma keseronokan yang datang tu bila dapat sama-sama berkumpul saudara-mara di satu tempat dan membuat persediaan untuk menyambut raya. Itu yang hadirnya kegembiraan dalam diri. Secara tak langsung, dapat merapatkan lagi hubungan antara kita. Dan seperti biasa dan seperti raya tahun-tahun sebelumnya, aku pulang ke kampung (Bagan Datoh, Perak). Yela, satu kampung tu je pun yang aku ada sebab mak bapak aku satu kampung. Cuma tahun ni sedikit berbeza sebab tak bermalam di rumah nenek aku belah bapak aku seperti yang aku dan keluarga lakukan sebelum ni, kalau raya tahun lepas, malam raya tidur di rumah nenek belah ibu, tahun ni belah ayah. Haaa.. Camtu lah. Kenapa tahun ni tak? Oh, nenek belah ayah dah takde. Baru je tahun sudah. So, tahun ni, hanya rumah nenek belah ibu sahaja. Tapi walaupun begitu, ia tidak merubah mood beraya aku sebab bagi aku, tak perlu la sedih-sedih beraya sebab beraya untuk kita bergembira. Yang perlu kita sedih dan tangisi ialah bulan Ramadan yang berlalu pegi begitu sahaja.

Kalau cerita bab raya ni, yang paling aku suka, makanannya. Hehehe.. Favourite aku di pagi raya ialah rendang daging dengan lomang. Fuh, memang favourite. Kalau takde boleh demam. Haha. Benda dua ni wajib ada kalau tak aku amuk satu kampung. ^_^ Korang pun mesti ada juadah favourite di pagi raya kan?  Bukan apa, ini semua nak membangkitkan mood-mood raya. Kira macam kalau nak ngangkung tu kena ada barang-barang untuk seru hantu. Hah, kira lemang ngan rendang daging tu nak seru hantu raya aku la. Hahaha.

Rasanya cukup sampai sini je kot. Aku dah tak tau nak tulis apa. Apa-apa pun aku nak ucapkan kepada semua followers dan bloggers Malaysia, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kalau ada entry-entry aku yang menghina, memerli sampai ada yang terasa, maaf dipinta. Sekian sahaja dahulu dari tuan tanah kedaung blog KasotPuteh!

Baju ghayo den taun ni. cebisan kain PM kite aku amik buat baju. Ngeh3x. Next raya nak try pakai jubah pula. Pastu bergambar dengan awek-awek berjubah serba hitam. Oh, suwit saaangggaaaaattttt~ :,p

..SEKIAN..

p/s: Sedar tak sedar dah masuk 3 tahun aku ber-blogging. Thanks kepada semua yang sudi mem-follow blog aku yang tak best ni. Tak expect boleh cecah sampai 420 orang follower untuk orang macam aku ni. Hehehe. Bye!

Friday, August 17, 2012

Ramadan Terakhir



Andai ini Ramadan terakhirku,
khusyuklah setiap solatku,
Bersungguh-sungguhlah melakukan ibadah kepadaMu,
Banyaklah solat sunatku,
Ku habiskan duit simpanan untuk amal sedekahku,
Ku kunjungi masjid setiap lima waktu.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Pasti ku basihi bibirku mengagungkanMu,
Pasti ku baca setiap malam kalamMu,
Pasti ku penuhi hari-hari siangku dengan mengingatiMu.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Akan ku hindar segala perbuatan lakhnat,
Akan ku jauhi segala perkara yang sesat,
Akan ku tapis panca inderaku dari segala maksiat.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Sudah tentu ku tingkatkan amal ibadah untuk mencari lailatulqadarMu,
Sudah pasti malam terakhir itu menadah tangan selama mungkin kepadaMu,
Sudah semestinya setiap sujudku bagai sujudnya malaikat Jibril kepadaMu.

Andai ini Ramadan terakhirku,
Merugilah bagiku mensia-siakan pintu taubat yang dibuka,
Merugilah bagiku tidak menghargai bulan yang dapat menghapuskan dosa-dosa.


..WALLAHUALAM..