Tiba-tiba teringat zaman-zaman sekolah rendah aku plak. So, aku macam nak share dengan korang apa kenangan-kenangan yang aku tak boleh lupa dan masih teringat masa zaman sekolah rendah. For those yang start bersekolah rendah pada tahun 1997 (darjah satu) dan menamatkannya pada tahun 2002 (darjah enam), mari kita sama-sama mengembalikan saat-saat keseronokan pada zaman tu.
Bermulanya Sesi Orentasi
Aku masih ingat lagi masa aku mula-mula masuk sekolah darjah satu. Memang berat hati nak bangun pagi-pagi (aku sekolah sesi pagi) untuk hadir ke sesi orentasi. Sampai-sampai sekolah, pergghhhh... Tak dapat nak bayangkan macam mana aku nak tempuh hari-hari persekolahan yang mendatang tanpa mak bapak aku disisi. Huhuhu.. Macam budak-budak lain, perasaan bila ditinggalkan keseorangan. Nak menangeh pon ade. Tapi aku tak! Wa macho beb masa dulu. Aku tahan je nampak mak bapak aku nak belah. Budak-budak lain dah meraung-raung dah.
RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
Sapa masih ingat benda alah ni. Alaa, yang dapat makan free tu la setiap kali rehat. Yang paling aku ingat budak-budak yang dapat RMT ni bleh kuar rehat 5minit awal selepas pengawas sekolah rehat. If I'm not mistaken lah. I still remember maa... Tapi aku tak dapat pun RMT ni. Padahal aku bukan anak orang kaya pun. Tak paham aku!
Subjek PJK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) Paling di Gemari.
Budak-budak mana yang tak suka main? Bila hari yang ada PJK je, dan-dan tu semangat nak pegi sekolah. So, kalau kita sekolah sesi pagi, PJK dia di awal pagi. Kelas yang paling malang sekali bila PJK hari Isnin sebab ada perhimpunan. Selalunya PJK lepas perhimpunan. So kalau Guru Besau ada ucapan panjang lebar (biasa kita akan dapat detect perhimpunan tu panjang lebar, dia akan mintak murid-murid semua duduk bersila) memang sekejap je la waktu PJK tu. Kalau malang lagi, tak dapat nak merasa langsung waktu PJK. Damn!! Sesi petang pulak, PJK waktu last sekali. Memang heaven lepas PJK terus balik. Tapi kena tahan la sekejap sebab pakai baju sukan dalam uniform sekolah. Yang tak boleh belah, seluar sukan pun nak pakai sekali. Sampaikan pakai uniform, nampak lebihan seluar trek terkeluar pada bahagian kaki. SAKAI habis. Hahahaha...
Sebelum Masuk Kelas Kena Beratur Di Luar Kelas Dulu
Biasanya awal pagi dan lepas rehat. Kadang-kadang nak balik pun kena beratur dekat luar kelas dulu. "Angkat jatuh! Angkat jatuh!" <--- (waktu perhimpunan pun ada jugak). Ayat paling familiar pada masa tu. Kadang-kadang kalau nak main-main, aku dengan kawan aku bergurau masa dia suruh angkat tu, aku angkat member aku, masa suruh jatuh tu, aku jatuhkan member aku. Bahahaha.. Macam b****!
Fesyen
Untuk budak-budak perempuan aku samar-samar dorang punya fesyen yang menjadi ikutan pada masa tu. Tapi kalau lelaki, TANCHO (minyak rambut kaler hijau) menjadi kegemaran ramai. Sebab bila pakai banyak-banyak rambut boleh jadi keras+berkilat-kilat macam pakai gam kasut dekat kepala. Lepas tu, style rambut belah tengah ada jambul tinggi macam bukit. Kalau pakai songkok, jambul kasi keluar, songkok pakai kebelakang sikit. Fesyen ni aku dengan kawan-kawan aku gelar masa sekarang 'Rambut Belah P****'. Guys yang tau, diam-diam ye?? Hahaha...
Presenting, TANCHO!! Masih ada lagi di pasaran.
Tulis Nama Di Papan Hitam
Masih ingat tak korang bila dalam kelas, cikgu belum datang, akan ada ketua kelas pergi berdiri di depan papan hitam dan buat macam ni...
Ingat tak?? Siapa bising dia akan tulis nama dekat papan hitam ni. Kalau korang ditangkap buat bising dua kali, maka, nama korang akan dicatat dua kali. Hahahaha.. Nak gelak-gelak pon tak boleh. Memang masa ni ketua kelas mempunyai power sampaikan budak-budak semua jadi bangang mendiamkan diri macam patung. Yela, takut nama naik dekat papan hitam nanti. Nak-nak yang nak masuk mengajar tu nanti cikgu yang garang nak mam***!
Permainan (Edisi Lelaki)
1. Bola Kertas
Permainan paling femes di kalangan budak-budak lelaki. Biasa di mainkan pada akhir tahun. Masa cikgu sibuk tanda kertas exam dan dia suruh kita buat hal sendiri. Memang macam-macam hal jadi dalam kelas. Huhuhuh..
2. Lawan Pemadam
Koleksi pemadam masa ni memang sangat banyak. Kadang tu dalam pencil case penuh dengan pemadam pelbagai gambar dan size. Gambar pada pemadam juga memainkan peranan penting pada waktu tu. Kalau pemadam tu gambar Digimon ke, Power Rangers ke, ia lagi kuat+perkasa. Hahahaha..
3.Digimon
Uih, menate ni dulu sangat femous kot. Sikit-sikit nak battle. Pastu berkerumun la budak-budak nengoknye. Aku takde bende ni. Tak mampu nak beli. Hanya mampu melihat. Mahal kot menate ni dulu. Ade lagi satu yang sama lebih kurang macam ni. Kungfu ape ntah aku dah lupe nama dia.
4. Gameboy
Game ni jugak popular suatu ketika dahulu. Benda alah ni pon aku tak mampu nak beli sebab mahal. Game dia paling famous masa zaman aku Pokemon. Ada lagi tapi aku tak ingat dah. Sebab tak penah ada benda ni.
5. Bola Botol
Aku tak pasti korang penah main tak benda ni. Permainan ni memang popular dekat sekolah aku. Main sepak-sepak botol (main bola guna botol). Botol Coca-Cola ke, botol mineral yang dah takde isi tu memang akan menjadi mangsa kitorang pada waktu tu. Waktu dimainkan pada waktu rehat. Memang favourite!
Ade lagi tak? Ade lagi tak? Banyak sebenarnya kenangan-kenangan masa tu. Nak cerita memang tak cukup sehari (Ceh, padahal nak mengingatnya pun dah makan 2hari). So, if korang yang lain masih ingat, why not post entry yang sama especially girls. Aku nak tau jugak apa benda yang paling menjadi memori masa korang sekolah rendah dulu. Nanti aku bleh baca. Huhuhuh~
..SEKIAN..





