Wednesday, December 30, 2009

Setuju atau Tidak

Setuju atau tidak perempuan bila menghadap cermin lebih lama daripada lelaki. Perempuan paling sekejap pun menghadap cermin 30minit bersamaan dengan waktu paling lama lelaki ambil untuk menghadap cermin. Wuish..biar betul. Betul maa..saya baru baca tadi ma. Tarak tipu munya. Hahaha. Paling sekejap 30minit? Macam mana la kalau paling lamakan? Mungkin 2 hari. Siapa tahu. Hey, macam mana la nak dating kalau macam ni. Nak pergi jemput kena bawak khemah sekali la kot? (^_^)

Agak-agak la, apa yang lama sangat dorang buat depan cermin tu ye? Mari kita singkap, tingkap dan tangkap benda yang tersirat ni.

Girl Power: Alah awak. Biasa la perempuan. Kitorang nak make-up la, pakai tudung la (bagi yang bertudung), apa la.
Boys Like Girl: Eleh, buat apa nak make-up? Kalau tak make-up tak boleh ke? Natural beauty kan lebih baik. Tengok lelaki. Tak payah pun make-up make-up. Hensem je. Macho je.
Girl Power: Memang la, tapi kalau make-up kan lebih menambahkan kecantikan.
Boys Like Girl: Awak ingat saya suka? Eh, silap. Awak ingat lelaki suka. Pastu kalau bagi make-up pun, make-up-nya tebal 3inci. Masya-Allah. Dah macam opera cina dah tengok. Lepas tu, kadang-kadang ada yang make-up macam pontianak je tengok. Dan lagi satu, awak sanggup biarkan boyfriend awak tunggu dekat luar berjam-jam.
Girl Power: Eleh, awak sanggup tengok girlfriend awak tak cantik bila keluar dengan awak nanti.
Boys Like Girl: Eleh, dia nak keluar dengan saya atau nak menunjuk-nunjuk dekat orang lain. Biar la saya seorang je tau kecantikan dia (macam nak muntah).


TEEEEETTTTTTTTTTTT!!!
Times Up!

p/s: Dialog di atas hanyalah ilustrasi (rekaan) semata-mata.

Ok lepas tu pulak, sibuk kisah pasal jerawat la, jeragat la, blackhead la. Sikit-sikit "Babe, I got pimples on my face babe. Macam mana nak keluar ni? Segan la I babe.". Emmpphhh...apa lagi kalau dah nampak, of cause la kena picitkan. Nak picit tu yang berjam-jam. Tengok lelaki, jerawat ke, jeragat ke, bisol ke, rileks je. Cool je. Chill je. Tapi takde la sampai tumbuh bisol. Itu melampau la tu. Buat apa sibuk-sibuk nak picit? Nanti lagi la bertambah teruk. Tak pun kalau korang sogan sangat nak keluar, buat la macam ni. Color-kan jerawat yang tumbuh dengan celak hitam korang tu. So, nampak la macam tahi lalat. So bila boyfriend korang tanya, "Eh, u! Bila ada tahi lalat besar ni?" "Entah la u, I bangun tidur je dah ada. Nak buat macam manakan, Allah nak bagi. Terima je la." "But it looks nice la u I tengok.". Hah, kan! Dapat satu pujian. (^_^)

Seterusnya bagi yang bertudung pulak. Sibuk nak style Yuna la, Ikin Mawi la. Lepas tu nak betulkan tudung dekat kepala tu jugak makan masa berjam-jam. Pastu tudung dah ok sibuk pulak nak pakai brooch. Adooiii...masalah betul la girls ni. Banyak sangat accessories. Accessories Kereta pun tak banyak macam tu. Senang macam ni la. Korang lilit je tudung tu. Tak payah nak sibuk-sibuk tiru-tiru style. Boyfriend korang pun mesti cakap, "Wah, u. Style baru ke? Lilit tudung sampai muka pun tak nampak?" "Ye la u. I reka sendiri style ni tau!" "Wah, pandai la u. Nampak style la. I liiikkkeeeeee..". Hah, kan! Dapat lagi satu pujian tu.

So girls, fikir-fikirkan la eayh? Hahahahah. Pada sesiapa yang tidak puas hati, boleh buat appointment dengan saya dekat simpang. I see you at Simpang! YEAH!

p/s: Jangan ikut tips yang baru diberikan sebentar tadi. Takut-takut benda tu memang betul-betul kena dekat korang. Kena gelak! Hahahah. Dont blame me if anything happen to you!

Friday, December 25, 2009

Masalah

Semua orang mempunyai masalah tersendiri. Makhluk mana yang tak ada masalah? Habak mai kat aku! Kucing? Eh, mana korang tau dia takde masalah? Pokok? Rumput? Kalau dorang boleh bercakap, sudah tentu dorang akan bagitau apa masalah dorang. Orang gila pun ada masalah jugak. Apa dia Afif? Masalah otak. Betul tak kawan-kawan? Heheheh.

Setiap masalah juga diselesaikan oleh manusia dengan cara yang berbeza. Ada masalah diselesaikan dengan cara begitu extreme sekali. Contohnya Afif? Contohnya naik roller coster pastu dah sampai dekat track 360 tu, bukak dia punya sit belt atau erti kata lain 'Bunuh Diri' la awak. Ishk..ishk..ishk..cara sebegini sangat di larang keras oleh Islam. Mungkin dorang ingat buat macam ni, semua masalah akan settle. Bagi yang Islam, siapa cakap boleh settle? Tu nanti dalam kubur, sape nak jawab? Hah? Lupa? Itu bukannya selesai masalah, tapi menambahkan masalah lagi ada la. Ada jugak masalah diselesaikan dengan cara yang betul. Dengan betul maksudnya, menyelesaikan masalah dalam keadaan waras. Contohnya meminta pertolongan dengan Allah dengan cara berdoa kepadanya minta petunjuk kemudian selesaikan masalah dengan bijak. Banyak lagi la cara nak selesaikan masalah. Terpulang pada kita untuk memilihnya.

Hari ini sahaja aku ada dua masalah. Pening kepala memikirkannya. Tak payah la aku nak cerita. Kalau aku cerita pun bukan korang nak baca pun kan? Tak pun lepas korang baca masalah aku, korang pulak bermasalah nak paham. Hahahah. Tapi semua tu aku selesaikan dengan waras dan bijak (bijak ke?). Cerita pasal masalah ni, kebiasaannya bila aku nak lupakan sekejap masalah aku tu aku akan buat suatu yang meletihkan seperti bersukan. Tak pun aku akan dengar muzik yang dapat memecahkan gegendang telinga aku seperti muzik hardcore, scremo dan sebagainya. Ikutkan hati aku nak je aku pergi gym dan tumbuk punch bag banyak kali sampai pengsan supaya hilang masalah. Di sebabkan semua itu memerlukan kos, so tak jadi la aku buat. Lagi satu cara yang paling aku suka untuk hilangkan sekejap masalah aku, aku akan lepak dengan member-member kemudian buat lawak bodoh atau cerita terus masalah aku hadapi dekat dorang. Sekurang-kurangnya luahan hati aku di dengar orang dan kita akan merasa puas. Daripada situ jugak kita akan dapat nasihat dan kata-kata semangat daripada kawan-kawan kita which is good. Macam mana pulak korang hilangkan sekejap masalah korang? Macam mana sekali pun cara korang lakukan tu, jangan la sampai merosakkan diri sendiri. Itu bukan menghilangkan masalah, tetapi menambahkan masalah.

Akhir kata, setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah kerana itu sebahagian daripada asam garam kehidupan. Ingatlah, hadirnya masalah untuk mematangkan kita. Jika kita lari daripada masalah, sampai bila kita nak matang?


..SEKIAN..

Wednesday, December 23, 2009

Kenapa Ramai Suka?

Kenapa la orang suka sangat tengok cerita ni? Dekat kampus pun, member aku sibuk nak tengok cerita ni. Rating penonton yang tengok cerita ni pun sangat tinggi. Best sangat ke cerita ni? Apa yang jadi punca sampai cerita ni mendapat sambutan ramai? Pelakon dia hebat-hebat ke? Cerita apa ni Afif? Ala awak, cerita yang dekat Tv3 tu la, setiap hari Khamis, jam 9 malam. Ala, cerita 'Nur Kasih' la awak.

Hahahahaha....kenapa aku tetiba nak cerita pasal benda ni? Entah la, aku pun tak tau. Sebab menarik kot? Setelah dikaji selidik, diuji, dikeji dan dikesani, baru aku tahu cerita ni memang best. Hahahaha. Aku admit la ok. Tu la Afif, dulu member kau nak tengok cerita ni kau kutuk. Cakap cerita ni mengarut la, boring la, slow la. Sekarang? Kau pulak sibuk-sibuk nak tengok. Tapi serious awak, cerita ni telah menggoda naluri kelakian saya untuk tengok awak. Hehehehe. Aku menonton siaran ulangan dia setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Tapi itu pun aku tengok dah nak habis dah. Aku tak tau dari mana daya tarikan cerita ni sampai buatkan aku tergoda untuk tengok. Kakak dan ibu aku sibuk suruh aku download cerita ni. Banyak kot episode dia. Tak boleh download nak beli pulak DVD dia. Perrrggghhhh...hebat betul daya tarikan cerita ni.

Tapi sebenarnyakan cerita ni buatkan aku lebih nak tengok sebab ada actress ni je...



Ayu Raudhah! Ya. Nama dengan orangnya sangat kena. Aku suka betul tengok dia ni. Ayu je. Afiiiiffffff..... Oopppsss, terlebih sudah. hahaha. SENGAL!!

Mula-mula aku tak tau pun yang dia ni ada berlakon dalam cerita ni. Dia pun masuk dah nak last-last episode. Kalau dia jadi heroin dalam cerita ni, sure aku tengok dari mula sampai habis. Hahahah. Eh, lari tajuk pulak. Ok sekian saja dahulu dari saya.

..SEKIAN..

p/s: Morale of the story, jangan membenci sesuatu kerana nanti pasti hati akan mencintai. Ingat tu!

p/s: Kadang-kadang kita tak perlu nak hipokrit sangat. Buat je apa korang nak buat walaupun korang rasa benda yang korang buat tu akan diperkatakan oleh orang lain. Hehe. Terkena batang hidung sendiri.

Friday, December 18, 2009

Penat


PENAT! PENAT! PENAT!

Itu yang aku boleh describe diri aku untuk hari ini. Banyak tenaga aku telah disedut keluar daripada badan ni. Kenapa eayh? Hari ni, aku membantu makcik aku mengangkat barang-barang di rumahnya untuk dibawa ke rumah barunya atau erti kata lain dia nak pindah rumah. Eleh, setakat angkat barang, tak la letih sangat. Oiissshhh...ringan mulut berkata, berat lagi telinga yang mendengarnya ni (peribahasa jumpa tepi jalan). Letih awak. Tingkat 4 kot rumah dia. Mana ada lif. Mana ada escalator. Itu semua dugaan tu. Terjelir lidah aku sampai lutut, jantung bagai nak beralih peranan dah dan paru-paru pulak dah tak sedarkan diri bahawasanya dia ialah paru-paru yang berfungsi sebagai organ pernafasan dalam badan manusia.

Huih, bunyi macam penat betul Afif hari ni. Ye, memang! Penat sangat. Penat tengok orang angkat barang. Hahahaha. Sebenarnya tak la penat sangat. Mula-mula tadi tu gimik je. Hehehe. Eh, tapi penat jugak tengok orang angkat barang. Cuba korang ingat balik peribahasa

'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.'

Hah, tengok ayat yang first tu. Mata memandang pun dah berat. Kira aku pun penat jugak la. Huhu. Aku ada jugak tolong sebenarnya. Angkat barang-barang yang biasa-biasa je. Macam kotak, plastik baju dan sebagainya. Khidmat tenaga manusia hari ni dah lebih daripada cukup dah. Di tambah pulak dengan 3 orang lagi pekerja asing (Indonesia) yang aku tak tahu tiba-tiba datang membantu. Ah, lantak la. Janji benda berat-berat semua dia angkat. Lagi pun aku mana boleh angkat barang berat-berat. Kan aku muda lagi. Kita kena ikut peraturan. Yang paling tua angkat barang dengan berat yang tinggi beratnya, yang muda angkat berat yang paling rendah beratnya. Hahah.

Cerita pasal 3 orang pekerja asing ni, aku memang suspect dekat dorang ar sebab korang bayangkan la almari sudut yang sederhana besar dipikulnya sorang-sorang ditambah pulak dengan beban di tangan. Daripada tingkat 4 di bawa turun ke bawah. Perggghhh.. apa yang dorang makan? Vitamin apa yang dorang ambil? Tangkal apa yang dorang ni pakai? Rilex je angkat. Muka tak bersalah langsung angkat barang berat. Tak rasa berat ke? Semua persoalan tu bermain di fikiran aku. Mungkin dia dah biasa sebab pengalaman bekerja sebagai buruh binaan kot? Aku ajukan soalan yang bermain di fikiran aku kepada pakcik aku lagi sorang. Dia boleh jawab, "Ala, dorang hanya berbekalkan rokok Gudang Garam je.". Huh? 2 saat jugak la aku berfikir? Baru teringat member aku cakap rokok tu bagi tenaga yang luar biasa dekat dorang kalau hisap. Diulang sekali lagi, hisap ye bukan makan. Ooo..patut la.

..SEKIAN..

Video ni untuk korang yang penat baca blog aku. Penat aku tengok budak ni menyanyi. Hahahah. ENJOY!!


Sunday, December 13, 2009

Manusia Boleh Berubah Sekelip Mata


Betul ke manusia boleh berubah dengan sekelip mata? Wah, bunyi macam magic je. Memang boleh. Tengok la sendiri dekat kaca-kaca televisyen tu. Ahli silap mata boleh ubah diri mereka dengan sekelip mata je. Jadi gajah la, harimau la, kereta la. Hebat bukan? Bukan itu sebenarnya aku nak cerita pun. Yang aku maksudkan dengan 'Manusia boleh berubah dengan sekelip mata' itu melalui sikap, perangai dan hatinya. Betul ke? Betul. Macam mana boleh berlaku? Setahu aku la, manusia berubah kerana pengaruh sesuatu keadaan ataupun disebabkan faktor lain. Begitu mudah? Ya, sangat mudah kita (manusia) berubah. Macam petik jari je. Secepat manakah manusia boleh berubah? Sangat cepat. Teringat akan isi kandungan buku yang aku baca tak habis-habis sampai sekarang (^_^) iaitu 'Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan' di mana, di saat kemunculan Dajjal itu, manusia boleh berubah dengan begitu pantas. Di pagi hari dia beriman, di petang hari dia kafir pula dan di petang hari dia beriman, kemudian di pagi harinya dia kafir pula. Begitulah perumpamaannya. Tetapi itu semua akan berlaku tidak lama lagi kepada kita. Takut pula aku bila teringatkannya. Tapi itu semua tentang perubahan iman manusia bila munculnya Dajjal nanti. Yang aku nak story tentang sekarang ni.

Lupakah korang, manusia mempunyai nafsu. Lupakah korang, manusia mempunyai hati. Dan lupakah korang manusia juga mempunyai penghasut (syaitan). Banyak la yang kita boleh kategorikan bagi perubahan manusia ni. Ada manusia yang berubah perangainya. Ini lumrah alam kot. Yela, cuba kita tengok perangai kita sewaktu kita budak-budak dulu dan cuba pulak korang bandingkan sendiri dengan perangai korang sekarang. Mungkin dah banyak berubahkan? Bertambah matang? Atau bertambah baik? Ataupun bertambah jahat? Kalau tak berubah dari dulu sampai la sekarang, mungkin ada yang tak kena la tu. Ada juga manusia berubah hatinya. Ini tak payah aku explain la kan. Korang tau sendiri la.

'Don't judge a book by it's cover'. Sering kali kita dengar peribahasa ni. Jangan la kita judge seseorang tu melalui mata kasar dan jangan la kita judge seseorang tu kalau kita tidak tahu hatinya. So, kalau korang melihat seseorang itu di mana pada hari ini dia sangat menyakitkan hati dan teruk perangainya, tidak semestinya dia akan begitu selama-lamanya. Mungkin esok atau lusa dia berubah. Dan jangan la pula korang ingat korang melihatnya di mana pada hari ini dia sangat baik hati dan sangat budi pekerti dia akan terus begitu. Aku juga tidak mengatakan bahawa jika seseorang itu baik hari ini, dia tidak mungkin akan terus begitu. Tidak! Tidak! dan Tidak! Mungkin dia boleh menjadi bertambah baik. Manusia awak. Kita tidak boleh duga. Apa-apa pun boleh jadi.

Ada satu kisah tentang seorang lelaki di mana dia seorang yang alim dan berhati mulia dengan seorang perempuan GRO of cause perangainya tidak berapa nak elokkan. Sudah tentu kedudukan lelaki yang alim itu dipandang tinggi masyarakatkan? Korang percaya tidak akan dengan sekelip mata kedudukan mereka itu berubah? Ya, perempuan GRO itu dulunya sangat dipandang hina dan dibenci masyarakat tetapi dengan kuasa Allah SWT dia berada di kedudukan lelaki itu pula. Jadi, apa yang sangat penting disini ialah berdoa. Berdoa agar di jauhkan segala perkara yang dimurkai oleh Allah. Jangan fikir korang sudah cukup baik tidak perlu berdoa kedapaNya. Kita manusia banyak melakukan kesilapan. Semua ni aku kongsi bukan untuk mengingatkan kawan-kawan aku di luar sana sahaja tetapi juga mengingatkan diri aku sendiri. Aku juga manusia yang sering melakukan dosa kecil dan dosa besar. Tiada manusia yang perfect tinggal di bumi Allah ini.


..SEKIAN..

Wednesday, December 9, 2009

All Together

Mana nak mula ni?? Emm... Aaaa.... Errr....
Hah, dapat dah. Di mulakan dengan bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum wtb.

Waa..dah lama rasanya tak hang out bersama-sama family. Malam tadi (8 December 2009) barulah dapat melepaskan hasrat yang terpendam. Aku dan family aku pergi ke pusat bowling di Jalan Ipoh. Actually, semalam anniversary ibu dan ayah yang ke berapa aku tak sure. hahaha. Memang tepat la tu masanya. Kami pergi ke tempat tu pun sebab ayah ada training dengan team member sepejabat dia bagi menghadapi tournament yang akan berlangsung pada 20 December ni. Tournament apa? Of cause la tournament bowling awak. Takkan la tournament golf plak. (^_^)

Tapi sebelum nak gerak, akak aku buat hal pulak. Bukan perut dia buat hal, tapi dia mengada-ngada pulak tak nak pergi. Alasan, penat baru balik kerja la, apa la. Eleh, kalau 'Si Dia' ajak, jangan kata kaki nak tercabut, jantung tercabut pun sanggup nak keluar. Hei, payah betul orang bercinta ni la. (^_-)
Tapi setelah dimaki, dicaci dan dikeji oleh adik-adiknya (kejam betul adik-adik ni), akhirnya, dia ikut jugak. Hahaha. SUCCESS!

Sampai je dekat shopping complex tu, aku tengok dari luar shopping complex tu memang terbaek habis. Tak sia-sia aku datang. Tapi hampeh awak bila masuk dalam. Indah rupa dari hati (mana aku dapat peribahasa ni pun aku tak tahu). Baru pukul 9 dah banyak kedai tutup. Perghh..bosan gila! Baru nak window shopping. :-P Hei, dekat kampung aku 24 hours la diorang open kedai (Taklah tipu je). Kebosanan makin bertambah apabila kami adik-beradik termasuk ibu hanya melangut je tengok ayah and the gang main sebab malam tu orang ramai sangat. Takde lane yang kosong. So tak dapat la kami semua nak main jugak. Baru nak show-off skill aku main bowling baling bola kebelakang. haha. Oh, tidaaaakkk!!


Tengok la akak aku ni. Menunjukkan kebosanannya yang melampau.

Aku sebagai adiknya yang sangat la baik hati (kakak aku baca ni sure muntah darah) bila melihat akaknya kebosanan, aku pun ajak la pergi karaoke memandangkan kakak aku ni suka melalak (sebab masa kecik tak penah kena sepak) walaupun aku tak suka pergi karaoke. Dah diajak pergi karaoke of cause la jawapan dia "OK!". Aku, kakak aku dan 2 orang lagi adik aku pergi la turun ke 2nd floor shopping complex ni. Yang tak boleh belahnya, sampai je kami depan tempat karaoke tu, semua papan iklan lagu-lagu dia memang terbaek sampaikan kami nak baca kena bersandar dekat dinding up-side-down dan memakan masa 77hari untuk memahami apa yang ditulis. Habis tu mana taknya, lagu-lagu cina semuanya. Gila?! Dibuatnya karang tajuk lagu dia 'Wo Ai Ni' (main sebat je aku eja), kitorang bantai pegi nyanyi lagu 'Pergi Tak Kembali'. Hahaha. Hah, sape nak menjawab tu? Penyudahnya, kitorang naik balik ke pusat bowling dan menghadap semula ayah and the gang bermain bowling. Oh, no!

Dalam boring-boring tu, sempat jugak kami adik-beradik buat benda yang tak senonoh! hahaha.


Tengok la ni. Banyak sebenarnya bedak yang ditabur atas meja ni tadi.

Setelah di ambil banyak oleh kami dan dibuat main calit-calit ke muka-muka, tinggal la sikit ni. Huhuhu. Ok tipu! Sebenarnya kitorang ambil sikit je. Dua jari pun tak sampai. Yang perabihkan sebenarnya dorang yang main bowling tu la awak. Tapi ada satu peristiwa yang pernah berlaku pada aku sewaktu aku main bowling dulu berlaku di situ. Hahaha. Gila malu nak bagitau. Ala, bola yang member ayah aku ni baling kebelakang peginya. Macam aku dulu yang aku pernah cerita. Hahahha. Tapi aku tak gelak pun sebab aku faham perasaan dia kerana menanggung malu yang tak terhingga. Takpe pakcik, lain kali nak main bowling lagi, sarung kepala dengan kotak. Heeeheheh.

3 jam jugak la nak menunggu ayah and the gang habis main. Lepas tu, around 11p.m, ayah bawak kami semua makan dekat restoran tom yam kawan dia. Pergghh..bijak jugak ayah aku ni nak kurangkan kos. Hahah. Ayah tau aku cakap macam ni, sure freekick di muka. Emmm...dalam menunggu makanan tiba, aku dan 2 orang adik aku...


Kitorang main 'Ku Ci Pang'. Salah satu permainan yang budak-budak suka main bila hang out bersama sedara mara mereka di kampung. Hahaha. Kadang-kadangkan awak, kita tak payah nak tunjukkan kematangan kita bila lepak dengan adik-beradik kita. Hahah. Sengal.

Sebelum mengakhiri cerita, ni gambar kenangan family yang aku ambil dekat pusat bowling tu.

Ok semua say Afif Macho! 1..2..3~
CLICK!
Mana pulak perginya akukan? Dah tu, siapa pulak yang nak ambil gambar ni nanti. Huhuhu. Eh, siapa sorang lagi budak kecik tu? Ha'ah la, almost fogot! Hahaha. Budak tu anak makcik aku. Haziiiiiqqqqq~ nama dia. Dia dan seorang akak dan seorang adik dia ibu jaga sejak kecil lagi. So, dia dah jadi sebahagian daripada keluarga kami.

..SEKIAN..




Wednesday, December 2, 2009

Pengalaman Dan Pengajaran Terbaek!

Assalamualaikum wtb...
Wah, akhirnya dapat jugak aku post blog hari ni. Dalam 2 3 hari ni agak kesibukan sikit sampai takde masa untuk post blog. Akhirnya, dapat jugak aku ambil masa yang ada sedikit ni untuk post blog. Tajuknya pada kali ni, 'Pengalaman Dan Pengajaran Terbaek!'. Kenapa ejaan 'terbaek' tu yang aku guna pakai? Bukan bertujuan untuk merosakkan bahasa tetapi bagi aku, maksud tu lebih mendalam dan menggambarkan sesuatu benda tu sangat-sangat la bermakna.

Kenapa aku nak cerita semua ni? Sebab bagi aku, benda yang aku lalui ni boleh diambil sebagai satu 'knowledge' atau 'lesson' dan ingin sekali aku berkongsi dengan korang semua. Mungkin post kali ni agak panjang berjela dan memakan masa seminggu untuk menghabiskan bacaannya. Tapi kalau korang mengeja la! (^_^).
Tajuk pun dah berbaur pengajarankan, mungkin aku akan bercerita dengan se-serious yang mungkin? Hahahah. Tengoklah macam mana.

Ok, pada tarikh 30 November 2009, aku dipanggil untuk bekerja di salah sebuah syarikat insurans yang berada di Damansara Intan, 30km je daripada rumah aku. Sebab apa? Untuk mengisi masa cuti semester aku yang agak tak panjang ni. Aku terima tawaran ni pun sebab pakcik aku iaitu adik kepada mak aku boleh dikatakan 'big boss' dekat situ. Dia kata gantikan tempat makcik aku (adik perempuan mak aku) yang dah nak berhenti koje dekat situ. Masuk ni (2 December 2009) dah 3hari aku bekerja. Actually, aku tak fikir pun ini satu kerja. Kenapa? Hah, ni yang aku nak story ni.

First day aku sampai je dekat ofis tu, aku tidak diberi sebarang tugas langsung untuk dilakukan. Kerja aku hanya letak kaki atas meja (takde la sampai macam tu), tengok orang lalu lalang dan tidur. Hahahah. Second day pun juga begitu. Dan hari ni (2 December 2009) pun sama jugak. Dalam hati aku berkata, "Aih, pakcik aku ni kata nak bagi aku kerja? Sampai sekarang aku asyik goyang kaki dan tak buat apa-apa langsung." Of cause la bosan betul tak? Tapi sebenarnya ada something yang pakcik aku nak aku belajar.

Semalam (hari ke-2 aku bekerja), aku diajak oleh pakcik aku untuk pergi mendengar satu taklimat tentang business selepas habis waktu bekerja iaitu pada pukul 8.30pm. Dalam perjalanan nak pergi dia menceritakan semuanya tujuan dia ajak aku bekerja. Tujuan dia, sebab nak bagi pendedahan dekat aku untuk aku lebih mengenali 'Apa itu sebenarnya business?' dan 'bagaimana orang business bekerja?'. Oooo....sekarang baru aku sedar dan faham.

Ahmad Yasri B. Mohd Hashim dan Nurul Adibah adalah pasangan suami isteri yang banyak mengajar aku selama 3hari aku bekerja dengan mereka ni. First day aku datang bekerja, pakcik aku ada memberitahu aku sesuatu yang sangat bermakna buat aku. Dia berkata, "Untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai, jangan sesekali gelojoh mahu mendapatkannya.". Hari kedua pula aku datang bekerja, pagi-pagi lagi wife pakcik aku ni dah panggil aku menghadap dia. Dia juga telah memberitahu aku sesuatu yang bermakna. Dia kata 'kekayaan dapat membahagiakan hidup kita'. First aku tersentap dan bertanya sendiri betul ke semua tu? Aku berfikir sejenak dan teringat sesuatu yang telah aku pelajari di Universiti (ayat macam nak muntah) iaitu Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa "Kemiskinan membawa kepada kekufuran" (if I not mistaken la), maksudnya disini bukanlah Islam itu mewajibkan seluruh umatnya menjadi kaya raya tetapi ia menyuruh kita menjauhkan daripada kemiskinan. Bagaimana? Haaa, ni la nak bagitau ni. 'B-E-R-U-S-A-H-A' awak! Tanpa usaha, tidak hadirnya kejayaan.

Baiklah, untuk tidak membosankan korang semua, aku pendekkan la cerita ni. Untuk hari ke-2 dan ke-3 aku dah pelajari banyak sangat benda. Pakcik aku banyak memberitahu aku benda yang aku boleh guna pakai dalam hidup aku. Antaranya:


  • "Tujuan kita study dekat mana-mana institusi pengajian bukanlah untuk mendapatkan kerja atau sekadar nak lulus dan dapat menggenggam segulung ijazah atau diploma tetapi ia bertujuan untuk kita belajar dan menjadikan kita seorang yang Critical Thinking".

Apa tu? Berfikiran lebih matang dalam membuat suatu decision la awak. Sepatutnya la, orang yang study dekat pusat pengajian tinggi ni fikirannya haruslah lebih matang daripada orang yang sekadar mengambil SPM.

p/s: Aku tak maksudkan orang yang hanya ada SPM ni tak matang, tapi seharusnya student U ni lebih matang dalam membuat suatu decision.

  • "Jangan jadi orang Melayu lama yang mana pemikiran mereka hanya untuk short term future sahaja tetapi jadilah orang Melayu baru di mana pemikiran mereka lebih kepada short term future dan long term future."

Maknanya, kita haruslah berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan lebih kehadapan dan jangan hanya berfikir untuk suatu jangka masa yang singkat sahaja.

  • "Berkawanlah dengan orang lebih dewasa daripada kita supaya kita jadi lebih cepat matang."

Bukan la bermakna kita harus berkawan dengan orang tua sahaja tetapi kita perlu bijak memilih kawan dan seimbangkannya. Tak salah nak kawan dengan rakan sebaya pun. Pandai-pandai korang laa..

  • "Dalam hidup ni, kita perlu tempuh kesusahan dan kesulitan dahulu barulah kita akan menjadi lebih kuat.

Tak payah nak explain dah benda ni. Korang tengok sendiri contoh orang-orang yang berjaya macam mana kehidupan mereka sebelumnya.

  • "Apa-apa yang kita nak buat, yang paling penting mesti minta restu ibu dengan ayah."

Ni pun tak payah aku nak bagitau. Restu ibu ayah penting sangat-sangat!!

Dan banyak lagi sebenarnya pakcik aku bagitau. Tapi hanya ini je yang aku rasa terbaek untuk aku kongsikan dengan korang semua. Aku ada masa lagi 2minggu lebih je untuk aku berada di tempat kerja pakcik aku ni. Aku akan gunakan sehabis baik masa aku di situ untuk pelajari sesuatu yang dapat mematangkan aku. Insya-Allah...harap-harapnya aku akan jadi lebih matang la lepas ni. Pakcik aku cakap perempuan suka lelaki matang. Wah, best ni! Hahahahahahahh~ SENGAL!! Apa pulak pakcik korang cakap? huhuhuhu~

p/s: This story bukanlah hanya nak focuskan dekat orang yang nak ber-business je, tapi untuk semua orang especially orang Melayu untuk diambil sedikit pengajaran atau pengetahuan supaya dapat dijadikan pelita hidup untuk ke jalan kejayaan. Insya-Allah.

p/s:Thanks to Ahmad Yasri dan Nurul Adibah kerana concern terhadap masa depan dan pelajaran 'diri ini'. Jasa mu akan dikenang.

p/s: Jika korang ada pendapat yang lain dan ingin berkongsi, jangan la segan silu untuk tekan kotak komen aku ni eayh? You're my friend! heee~