Dahulunya aku mengeluh,
Kenapa ayah tidak diberi kekayaan seperti orang lain?
Ada rumah besar, kereta besar, pergi melancong sana sini.
Aku teringin..
Dulu aku akui, pernah aku malu dengan kereta ayah yang dah old school tu.
Kereta dibeli pada tahun 93.
Umur sama dengan adik aku kalau kereta tu masih lagi ayah guna.
Pergi mana-mana dengan kereta tu saja.
Kereta tu jarang buat hal.
Tapi sekali buat hal, duit keluar laju macam air.
Tapi sekarang kereta tu dah lupus.
Banyak benda aku pertikai.
Kenapa ayah tak buat business macam orang lain?
Cepat sikit kaya.
Fikiran seperti orang bodoh saja kan?
Ingat senang?
Tapi aku tak pernah fikir.
Yang aku tahu malu saja.
Kadang-kadang kalau pergi mana-mana keramaian,
aku lihat keluarga aku seperti terpinggir saja kerana ayah sering kali di undang di majlis keramaian
orang-orang yang nampak sentiasa penuh duit di dalam poket.
Itu apa yang aku lihat.
Kadang-kadang apa yang kita lihat tidak seperti apa yang kita sangka.
Tapi aku tak pernah fikir semua perkara itu juga.
Yang aku tahu malu saja.
Kemasukan aku ke universiti telah banyak mengajar aku.
Dan juga takdir Allah menemukan aku dengan dia dan berkawan dengan dia hingga ke hari ini telah banyak mematangkan aku walaupun pada subjektifnya tidak nampak.
Terima kasih Allah, terima kasih awak untuk itu.
Aku tidak lagi mempertikaikan
Kadang tu aku terasa sangat bodoh!
Kenapa aku begitu.
Kesian ayah.
Aku menjadi semakin malu untuk meminta-minta daripada ayah.
Kalau di kampus, aku selalu ditanya ayah
"Masih ada duit lagi Ngah?"
Kadang-kadang, walau cukup untuk sehari tu je duit, aku tetap cakap
"Banyak lagi."
Kadang tu aku tak nak mintak walaupun tengah kering.
Biar ayah tanya, baru aku cakap duit takde.
Makin lama aku makin sedar.
Rezeki seseorang hanya pada tangan Allah.
Allah yang memberi.
Aku tidak lagi mempersoal apa ayah nak lakukan.
Biar orang kata ayah tidak pandai nak mengubah hidup untuk jadi lebih baik.
Dari dulu hanya mengharapkan duit kerajaan saja.
Hey, siapa kau nak mempertikaikannya?
Biarlah, janji ayah bahagia..
Ayah tak merompak!
Ayah tak mencuri!
Ayah tak meminta pada orang lain!
Ayah tak berhutang!
Ayah tak menyusahkan orang!
Rezeki Allah datang dalam pelbagai rupa.
Duit banyak itu hanya sebahagian rezeki sahaja.
Di tempat kerja, aku menyaksikan bermacam rupa manusia
Munafik
Fasik
Yang kaya tidak pernah cukup dengan kekayaan.
Berjudi.
Seolah-olah judi tiada hukum haramnya dalam Islam.
Bercakap seperti ilmu agama penuh di dada
Tapi kau tidak pernah mempraktikkannya.
Kau tak lakukannya.
Mungkin aku tak nampak bila dan di mana kau lakukannya.
Takpelah.
Sesungguhnya Allah tahu dan nampak segalanya.
Selalu ingin bersangka baik
tapi tidak pernah nampak buktinya.
Hmm..
Alhamdulillah,
Ayah tidak terjebak dalam semua perkara yang aku sebutkan di atas.
Ayah tak pernah tinggal solatnya.
Ayah tak pernah nak berjudi.
Ayah tak pernah nak meminta-minta
Malah, ayah juga tidak pernah berkira dengan anak-anak.
Lagi-lagi dalam pelajaran.
Ayah sanggup habiskan duit demi itu.
Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk membalas dan memberi apa yang terbaik untuk kedua ibu bapa ku.
Aku mahu mereka melihat aku berjaya.
Moga kau beri kesejahteraan hidup kepada mereka
dan pelihara mereka seperti mana mereka pelihara aku sewaktu aku kecil
dan jadikan aku anak yang soleh.
Moga diberi semua kesempatan ini sebelum mataku tertutup selamanya.
..SEKIAN..
p/s: sekadar berkongsi sebahagian pengalaman hidup. Moga kita sebagai anak-anak tidak mempertikaikan apa yang ada pada kedua ibu bapa kita selagi mereka tidak melanggar dan taat kepada suruhan yang Maha Esa.