Sunday, April 15, 2012

Isu Semasa: PTPTN Mansuh, Belajar di IPT Secara Percuma



Apa yang akan terjadi sekiranya PTPTN dimansuhkan dan belajar di IPT secara percuma?? Apa akan jadi weayh? Before aku ulas benda ni lebih lanjut, aku nak tegaskan disini bahawasanya aku bukanlah orang kuat kerajaan mahupun pembakang dan aku ingatkan dekat korang awal-awal bahawasanya entry ini tidaklah mempunyai unsur-unsur berat sebelah (bias).

Kenapa perlu PTPTN dimansuhkan?

Sokong : Kau nak menggalakkan golongan macam kita (anak-anak muda) berhutang ke dol? Belum bekerja dah di bebani hutang! Macam mana kalau tak sempat nak bayar sebelum mati nanti? Kau nak roh kau tergantung antara langit dengan bumi ke sampai kiamat? 

Bangkang : Eleh, kalau takde PT pon korang berhutang jugak. Kereta, rumah! Korang ada duit cash ke nak bayar semua tu? Hutang jugak nanti. Itu pun hutang tu sempat bayar. Selamat la kau dekat akhirat besok.

Sokong : Itu dah bekerja nanti takpe laa. Ni belum bekerja dah di bebani hutang. Pastu tambah hutang rumah, kete. Kalau kawin, hutang jugak. Adooiiii....

Bangkang : Habis mana nak cekau duit untuk sambung belajar? Ada orang nak sedekah ke?

Sokong : Sebab tu kita sokong PTPTN mansuh, belajar free kat IPT.

Bangkang : Lepas tu? Semua orang jadi malas? Itu kau nak tengok? Anak bangsa kita dah la PEMALAS semuanya. 

Sokong : Asal kau cakap macam tu? 

Bangkang : Berapa ramai yang pinjam duit PTPTN tu gunakan sepenuhnya duit pinjaman dorang hanya untuk kos belajar? Setakat yuran dekat IPTA tu, berapa sangat. Itu pun kerajaan dah tanggung sikit. Tinggal bape kerat je kita kena bayar. Kadang-kadang buku pun kita tak beli yang baru sebab mahal. Yela takut duit PT habis tak dapat nak enjoy. Kalau boleh carik senior-senior beli secara pukal dengan dorang. Dapat jimat kos. Itu takpe la kalau lepas tu kite study pastu dapat 4 flat. Emmmphhh, tak sampai semester 6, dah lingkup. Dismiss! Quit sebab tension belajar! Cube kau bayangkan kalau belajar free?

Sokong : Dorang tu semua bodoh!! Aku tak buat macam tu pun. Aku guna sebaik mungkin dan simpan sedikit untuk masa depan. Tapikan kalau belajar free dapat bagi peluang dekat orang-orang miskin atau yang tak berkemampuan untuk sambung belajar. 

Bangkang : Alhamdulillah sangat kalau semua geng-geng kita macam kau. Habeh, PT ade ni tak bagi chance kat dorang ke? 

Sokong : Itu hutang!! Hutang bro! Hutang! Kau bayangkan eayh kalau hutang PT dekat 15, 000 (lima belas ribu), lepas belajar menganggur pulak. Tak pun dorang dapat kerja yang tak berapa baik. Macam mana dorang nak cover balik untuk bayar hutang PT tu? Beban hidup beb!!

Bangkang : Kau ulang balik soalan kau tu? Tak pun kau pahamkan balik soalan kau tu? Kau tanya aku macam tu? Patut aku yang bertanya soalan sedemikian rupa dekat kau! Sekarang kau sediri dah bagi penjelasan tentang betapa malasnya bangsa kita nanti kalau PTPTN dimansuhkan dan belajar secara free. Bro, PTPTN memang la bagi pinjam. Tapi kau tak perasan ke sebenarnya dorang menggalakkan kita berusaha dengan lebih rajin dan gigih. Kau tau kan kalau kita gred dengan keputusan yang sangat cemerlang, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Maknenye kita akan dikecualikan daripada bayar balik PTPTN tu. Tak caya kau tekan link ni. Metro Ahad Online. Kau bayangkan eayh kalau kita dapat belajar free tanpa perlu memikirkan soalan siapa dan di mana datangnya duit kau nak bayar buku, yuran pengajian tu semua. Kau rilek je. Otak pun lapang. Kalau aku la, ok, kalau aku la seorang yang malas macam ni, macam sekarang ni, kau ingat aku kisah ke nak belajar dah kalau belajar pun free? Takde beb. Aku takkan belajar betul-betul. Aku akan target cukup-cukup makan je. Belajar free je kot. Come on! Buat apa nak pikir tu semua. Asal lepas dapat degree sudah la. Kerja pun confirm-confirm dapat. Bro, bagi aku, jika PTPTN mansuh, belajar pun free, makin ramai mahasiswa menjadi semakin malas. Lagi-lagi bangsa kita bro. Banga Melayu. Sekarang pun dah malas entah macam mana kalau PTPTN mansuh pastu belajar free. At least, dengan adanya PTPTN lepas tu dia buat pulak skim pengecualian pembayaran balik tu, secara tak langsung, ia mendidik bangsa kita untuk lebih berusaha keras. Kita ni, manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Memang betul, aku akui semua tu. Aku sendiri tak pernah puas dengan apa yang aku ada. Malah yuran yang hanya RM700 tu pun aku masih merungut mahal sedangkan dekat IPTS lagi mahal. Tapi tu la, manusia tak pernah bersyukur dan puas dengan apa yang ada. Bro, dalam kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Jika kita tak nak di bebani hutang, usaha la dapatkan result cemerlang. 

Daripada dialog yang aku reka sendiri tu, aku luahkan pendapat aku melalui persoalan hati (Sokong) dengan pemikiran jawapan sendiri (Bangkang). So, ini hanyalah pendapat aku dan apa yang aku rasa. Bagi aku, setiap orang berhak meluahkan pendapat masing-masing, asalkan tidak menyinggung mana-mana pihak dan menyentuh sensiviti masyarakat pun sudah ok. Mungkin yang melakukan demonstrasi terhadap pemansuhan PTPTN tu jugak salah satu cara untuk meluahkan perasaan dan memberi pendapat. Aku tak sokong dan aku jugak tidak mengutuk cara mereka. As long as tidak ada cetusnya kekecohan sampai tertumpahnya darah sudah la.

..SEKIAN..

Sunday, April 8, 2012

Apa Yang Menarik Masa Zaman Sekolah Rendah Dulu (Special Edition 90's)

Assalamualaikum wtb...

Tiba-tiba teringat zaman-zaman sekolah rendah aku plak. So, aku macam nak share dengan korang apa kenangan-kenangan yang aku tak boleh lupa dan masih teringat masa zaman sekolah rendah. For those yang start bersekolah rendah pada tahun 1997 (darjah satu) dan menamatkannya pada tahun 2002 (darjah enam), mari kita sama-sama mengembalikan saat-saat keseronokan pada zaman tu.

Bermulanya Sesi Orentasi
Aku masih ingat lagi masa aku mula-mula masuk sekolah darjah satu. Memang berat hati nak bangun pagi-pagi (aku sekolah sesi pagi) untuk hadir ke sesi orentasi. Sampai-sampai sekolah, pergghhhh... Tak dapat nak bayangkan macam mana aku nak tempuh hari-hari persekolahan yang mendatang tanpa mak bapak aku disisi. Huhuhu.. Macam budak-budak lain, perasaan bila ditinggalkan keseorangan. Nak menangeh pon ade. Tapi aku tak! Wa macho beb masa dulu. Aku tahan je nampak mak bapak aku nak belah. Budak-budak lain dah meraung-raung dah.

RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
Sapa masih ingat benda alah ni. Alaa, yang dapat makan free tu la setiap kali rehat. Yang paling aku ingat budak-budak yang dapat RMT ni bleh kuar rehat 5minit awal selepas pengawas sekolah rehat. If I'm not mistaken lah. I still remember maa... Tapi aku tak dapat pun RMT ni. Padahal aku bukan anak orang kaya pun. Tak paham aku!

Subjek PJK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) Paling di Gemari.
Budak-budak mana yang tak suka main? Bila hari yang ada PJK je, dan-dan tu semangat nak pegi sekolah. So, kalau kita sekolah sesi pagi, PJK dia di awal pagi. Kelas yang paling malang sekali bila PJK hari Isnin sebab ada perhimpunan. Selalunya PJK lepas perhimpunan. So kalau Guru Besau ada ucapan panjang lebar (biasa kita akan dapat detect perhimpunan tu panjang lebar, dia akan mintak murid-murid semua duduk bersila) memang sekejap je la waktu PJK tu. Kalau malang lagi, tak dapat nak merasa langsung waktu PJK. Damn!! Sesi petang pulak, PJK waktu last sekali. Memang heaven lepas PJK terus balik. Tapi kena tahan la sekejap sebab pakai baju sukan dalam uniform sekolah. Yang tak boleh belah, seluar sukan pun nak pakai sekali. Sampaikan pakai uniform, nampak lebihan seluar trek terkeluar pada bahagian kaki. SAKAI habis. Hahahaha...

Sebelum Masuk Kelas Kena Beratur Di Luar Kelas Dulu
Biasanya awal pagi dan lepas rehat. Kadang-kadang nak balik pun kena beratur dekat luar kelas dulu. "Angkat jatuh! Angkat jatuh!" <--- (waktu perhimpunan pun ada jugak). Ayat paling familiar pada masa tu. Kadang-kadang kalau nak main-main, aku dengan kawan aku bergurau masa dia suruh angkat tu, aku angkat member aku, masa suruh jatuh tu, aku jatuhkan member aku. Bahahaha.. Macam b****!

Fesyen 
Untuk budak-budak perempuan aku samar-samar dorang punya fesyen yang menjadi ikutan pada masa tu. Tapi kalau lelaki, TANCHO (minyak rambut kaler hijau) menjadi kegemaran ramai.  Sebab bila pakai banyak-banyak rambut boleh jadi keras+berkilat-kilat macam pakai gam kasut dekat kepala. Lepas tu, style rambut belah tengah ada jambul tinggi macam bukit. Kalau pakai songkok, jambul kasi keluar, songkok pakai kebelakang sikit. Fesyen ni aku dengan kawan-kawan aku gelar masa sekarang 'Rambut Belah P****'. Guys yang tau, diam-diam ye?? Hahaha...


Presenting, TANCHO!! Masih ada lagi di pasaran.




Tulis Nama Di Papan Hitam
Masih ingat tak korang bila dalam kelas, cikgu belum datang, akan ada ketua kelas pergi berdiri di depan papan hitam dan buat macam ni...


Ingat tak?? Siapa bising dia akan tulis nama dekat papan hitam ni. Kalau korang ditangkap buat bising dua kali, maka, nama korang akan dicatat dua kali. Hahahaha.. Nak gelak-gelak pon tak boleh. Memang masa ni ketua kelas mempunyai power sampaikan budak-budak semua jadi bangang mendiamkan diri macam patung. Yela, takut nama naik dekat papan hitam nanti. Nak-nak yang nak masuk mengajar tu nanti cikgu yang garang nak mam***!


Permainan (Edisi Lelaki)
1. Bola Kertas

Permainan paling femes di kalangan budak-budak lelaki. Biasa di mainkan pada akhir tahun. Masa cikgu sibuk tanda kertas exam dan dia suruh kita buat hal sendiri. Memang macam-macam hal jadi dalam kelas. Huhuhuh..

2. Lawan Pemadam


Koleksi pemadam masa ni memang sangat banyak. Kadang tu dalam pencil case penuh dengan pemadam pelbagai gambar dan size. Gambar pada pemadam juga memainkan peranan penting pada waktu tu. Kalau pemadam tu gambar Digimon ke, Power Rangers ke, ia lagi kuat+perkasa. Hahahaha..


3.Digimon


Uih, menate ni dulu sangat femous kot. Sikit-sikit nak battle. Pastu berkerumun la budak-budak nengoknye. Aku takde bende ni. Tak mampu nak beli. Hanya mampu melihat. Mahal kot menate ni dulu. Ade lagi satu yang sama lebih kurang macam ni. Kungfu ape ntah aku dah lupe nama dia.


4. Gameboy


















Game ni jugak popular suatu ketika dahulu. Benda alah ni pon aku tak mampu nak beli sebab mahal. Game dia paling famous masa zaman aku Pokemon. Ada lagi tapi aku tak ingat dah. Sebab tak penah ada benda ni.

5. Bola Botol
Aku tak pasti korang penah main tak benda ni. Permainan ni memang popular dekat sekolah aku. Main sepak-sepak botol (main bola guna botol). Botol Coca-Cola ke, botol mineral yang dah takde isi tu memang akan menjadi mangsa kitorang pada waktu tu. Waktu dimainkan pada waktu rehat. Memang favourite!


 Ade lagi tak? Ade lagi tak? Banyak sebenarnya kenangan-kenangan masa tu. Nak cerita memang tak cukup sehari (Ceh, padahal nak mengingatnya pun dah makan 2hari). So, if korang yang lain masih ingat, why not post entry yang sama especially girls. Aku nak tau jugak apa benda yang paling menjadi memori masa korang sekolah rendah dulu. Nanti aku bleh baca. Huhuhuh~

..SEKIAN.. 

Thursday, April 5, 2012

Waktu Pembersihan

Holaaaaa (macam Dina Nazir radio era pulak nih).... Assalamualaikum. Fuh, fuh, fuh.. Habuk banyak sangat nih. Ok, ok.. Masa untuk bersihkan sawang walaupun blog ini memang berada di laman sesawang (aku tak tau kenapa dorang boleh paggil dengan nama ni. Labah-labah pon aku tak nampak apatah lagi sarangnye). Ok aku buat quick post entry (entry pendek je)...

Sekarang dah start sambung belajar dekat UiTM Shah Alam as a Marketeers (BA Marketing student). Dah sebulan lebih dah pun. Jauh beza sangat sewaktu aku belajar di Segamat dulu. Suasana, kehidupan, kawan-kawan dan macam-macam lagi. (awek pun banyak pilihan. Masa untuk cari jodoh. Hahaha).. So ape lagi aku nak mencarut? Itu je la kot aku rasa. Takat ni je la takat didih aku untuk menaip. Moga jumpa di entry akan datang. Insya-Allah..

p/s: Aku nak korang dengar lagu yang selalu aku nyanyi kuat-kuat masa dalam kereta nak balik rumah.


walaupun off-key, ku redah jugak! Bahahaha...

..SEKIAN..