Saturday, February 23, 2013

Mari Berhibur Dengan Ulasan-Ulasan Viewer

Korang biasa tak baca comment-comment dekat top-top blogger seperti Blogserius.blogspot atau mungkin Akustressgiler.blogspot?? Tak pun baca comment-comment dekat Youtube yang memaparkan video-video WIN, LOL dan sewaktu dengannya.

Aku sedikit tertarik untuk baca comment-comment tu semua sebab kadang-kadang viewer ni comment ikut sedap mulut. Ada pulak yang kelakar habis dan ada pulak yang comment tak dak kena mengena dengan apa yang dipaparkan. Tapi itu semua sangat menggelikan hati. Memetik dari kata-kata Mat Lutfi, Vlogger terkenal dekat Malaysia tu, di dalam sebuah videonya bersama seorang lagi Vlogger terkenal Anwar Hadi, "Kita dapat melihat perbezaan orang educated dengan tak berapa nak educated dengan comment-comment mereka serta mentaliti masyarakat kita terhadap sebuah paparan itu.". Lebih kurang macam tu la kata dia.

So, dari situ kita dapat menilai mentaliti atau pemikiran masyarakat kita terutama anak-anak muda seperti aku ni. Hmmmm... So, kalau korang nak menghiburkan hati sambil dapat buat observation tentang pe'el-pe'el orang kita, boleh baca comment-comment tu bila korang singgah dekat top-top blogger and video-video Youtube yang WIN, LOL ataupun FAIL. Blog aku ni tak payah tengok comment la. Orang pun takde nak comment. Hihihi..

Friday, February 22, 2013

Mencintainya Kerana Allah swt



Bayangkan terdapat dua gambar dihadapan anda. Satu gambar seorang wanita kurus dan cantik. Satu gambar lagi, gambar seorang wanita berbadan sedikit berisi (Chubby/Gempal) dan tidak terlalu cantik. Anda disuruh membuat pilihan untuk menjadi calon isteri anda. Mana satukah yang anda pilih? Saya percaya 98% lelaki akan memilih gambar yang first tu bukan? Termasuklah aku! Hihihi.. Ini sebelum aku atau mungkin korang mengenal lebih lagi perempuan itu. Yelah, orang kata tak kenal maka tak cinta.

Sudah menjadi sifat semulajadi yang dijadikan Allah, lelaki hanya tertarik kepada perempuan yang cantik. Tapi tidak bermakna tarikan itu akan membawa kepada jatuhnya hati seseorang lelaki. Cantik itu hanyalah benda subjektif. Banyak alasan yang dapat diberikan kenapa seseorang lelaki itu memilih perempuan itu sebagai teman hidupnya. Ada jawapan kerana sifatnya, ada juga kerana kepandaiannya dan macam-macam lagilah. Semua alasan-alasan atau sebab-musabab ini aku klasifikasikan sebagai CANTIK tadi. Ye. CANTIK. CANTIK boleh dihuraikan dengan banyak benda.

Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ni Allah telah sediakan pasangan hidup masing-masing (jodoh). Kita kenalah mencarinya dan bukannya hanya duduk di tikar sejadah dan hanya tahu berdoa tanpa usaha. Jadi, memilih pasangan biarlah kita cintakannya kerana Allah swt dan bukan hanya kerana kecantikannya sahaja. Cintai manusia kerana Allah? Hmmm... Apakah yang dimaksudkan dengan cintai manusia itu kerana Allah? Aku jugak tidak punya jawapan yang tepat untuk diberikan. Aku tinggalkan korang dengan ayat ini dan selebihnya korang fikir-fikirkan sendiri.

"Masih ada yang memandang setiap kekurangan dan kelemahan pada diri seseorang itu sebagai suatu kelebihan pada dirinya. Dia ialah orang yang mencintainya kerana Allah swt."


p/s: Jika nikmat bercinta itu telah dirasai sebelum diijab kabulkan, apakah lagi nikmat yang tinggal sesudah diijab kabulkan nanti??

Thursday, February 21, 2013

Wasiat Buat Fatimah Az-Zahra

"Ya Fatimah,
Wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan tetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu." 
"Ya Fatimah,
wanita berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah." 
"Ya Fatimah,
tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang terlanjang." 
"Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak." 
"Ya Fatimah,
yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaaan Allah." 
"Ya Fatimah,
apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita terasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat." 
"Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa tenang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian kepadanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah." 
"Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih." 
"Ya Fatimah,
tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang." 
"Ya Fatimah,
tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat."

Wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah Az-Zahra RA ini dapat kita jadikan sebagai iktibar. Moga memberi manfaat kepada kaum Hawa. Inshaa Allah..

..WALLAHUALAM..

Tuesday, February 19, 2013

Mat Rempit Sejati (CooL)

Ini barulah orang panggil Mat Rempit sejati. Tapi tak sempit sangat kot dorang ni sebab dorang ni cool giler babeng. Buat stunt menggunakan Super Bike. Respect. Tak macam budak-budak muda kat negara kita. Baru moto bunyi macam moto bot dah sibuk nak preng sana preng sini (kondemnisasi).


Thursday, February 14, 2013

Di Antara Bintang



Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Ya cuma kamu dan hanya kamu yang selalu ada untukku
Dan paling mengerti aku

Tuesday, February 12, 2013

Hikmah Sentiasa Berselawat

1. Doa akan dimakbulkan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW bersabda;
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi SAW." 
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

2. Memperoleh syafaat (pertolongan/jaminan) Baginda SAW di akhirat kelak.
Sabda Nabi SAW,
"Barang sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." 
(Hadis Riwayat Thabarani) 
3. Allah SWT akan berselawat ke atasnya dan mengangkat sepuluh darjat dan menghapuskan sepuluh dosa.
Rasulullah SAW bersabda;
"Barang siapa yang berselawat ke atas ku 1 kali, maka Allah SWT akan berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh dosa dan mengangkat sepulu darjat kepadanya." 
(Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)
4. Dihapuskan dosa oleh Allah SWT
Baginda bersabda;
"Barang siapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni dosa baginya dosa dua ratus tahun." 
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)
"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibrail) berkata: Barang siapa yang mengucapkan selawat kepada mu dari umatmu, Allah SWT mencatatkan baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya." 
(Hadis Riwayat Ahmad)
5. Diberi rahmat oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda;
"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali." 
(Hadis Riwayat Muslim) 
6. Diberi Allah cahaya diakhirat
Sabda Nabi SAW;
"Barang siapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat seratus kali maka ia datang pada hari kiamat dengan cahaya. Sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya." 
(Hadis Riwayat Abu Nu'aim) 

Ini adalah antara hikmahnya jika kita sentiasa berselawat. Banyak lagi hikmah-hikmah berselawat antaranya sudah pasti kita akan sentiasa ingat akan Rasulullah dan timbul rasa kecintaan kita terhadap Rasulullah. Allah berfirman;
"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab: Ayat 56)
Dan,
"Barang sesiapa mentaati rasul maka dia telah mentaati Allah.." (Surah An-Nisa': Ayat 80)

Moga berselawat akan menjadi amalan harian kita dan semoga kecintaan kita terhadap junjungan besar Rasulullah tidak pernah pudar. MARI BANYAKKAN BERSELAWAT. Inshaa Allah..

..SEKIAN.. 




Monday, February 11, 2013

Duhai Si Pemimpin



Duhai Si Pemimpin,
Perbetulkan tali leher mu, perkemaskan sut mu.

Duhai Si Pemimpin, 
Perbetulkan niat mu, perkemaskan keperibadian.

Duhai Si Pemimpin, 
jangan jadi zalim,
jangan hanya berlagak alim.
jujurlah dalam setiap kata,
tunailah setiap janji.

Duhai Si Pemimpin,
Jangan hanya menabur baja secubit dua jarinya,
dibawa tuaian melebihi peha dan betisnya.

Duhai Si Pemimpin,
Kucing di rumah sayang hingga menjadi naga,
anak dibiar terabai tidak berjaga.

Duhai Si Pemimpin,
Kamu hanya pemimpin untuk memimpin,
bukan pemilik untuk memiliki.

Duhai Si Pemimpin,
Jangan disampaikan kisah yang tiada jalan cerita takut nanti direka-reka.
Jangan disebarkan berita yang samar kebenarannya takut nanti jadi Si Pendusta.

Duhai Si Pemimpin, 
adillah dalam setiap pembahagian,
tegurlah dalam setiap kesilapan,
peganglah pada satu ajaran.
Bentuk dan didiklah demi masa depan.
Kelak dipersoalkan di hadapan Tuhan,
kerana kau hanya si pemimpin hamba-hamba yang hina disisi Tuhannya bukan siapa-siapa.

Hanya Si Pemimpin.

Sunday, February 10, 2013

Beer Ringan Keluaran Carlsberg Malaysia

 Mungkin ramai yang dah tahu. Mungkin juga masih ada yang belum. Di atas ini adalah minuman yang dikeluarkan (produced by) oleh kilang arak yang terdapat di Malaysia iaitu Carlsberg Malaysia. So sila-sila sebarkan kepada kawan-kawan, sedara mara dan sahabat handai yang masih belum mengetahuinya lagi. Inshaa Allah..

..WALLAHUALAM..

p/s: credit to this blog.. ohgadisitu.blogspot for this valuable information.

Friday, February 8, 2013

Wasiat Untuk Ali R.A

Wahai Ali,
bagi orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu,
tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia,
tidak terpesona dengan pujuk rayu,
benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,

bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu,
jujur dalam berkata-kata,
menjauhi segala yang haram,
merendahkan diri.

Wahai Ali,

bagi orang yang jujur itu ada tiga tanda iaitu,
merahsiakan ibadahnya,
merahsiakan sedekahnya,
merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali,

bagi orang yang bertakwa itu ada tiga tanda iaitu,
takut berlaku dusta dan keji,
menjauhi kejahatan,
memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu,

mengawasinya dirinya,
menghisab dirinya,
memperbanyakkan ibadah kepada Allah swt.

Wahai Ali,

takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (bilik mandi) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang sesiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang maka dia akan mendapat laknat (mal'un).

Wahai Ali,

janganlah engkau memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

Wahai Ali,

sesungguhnya Allah mengagumi hambaNya yang melafazkan istighfar.

Allah berfirman;

"Hai malaikatKu, sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikatKu, jadilah saksi bahawasanya aku telah mengampunkan dia."
Wahai Ali,
takutlah kau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai pendusta dan bahawasanya yang benar itu memutihkan muka dan diletakkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawa benar itu berkat dan dusta itu celaka.

Wahai Ali,

peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

Wahai Ali,

janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.

Wahai Ali,

janganlah engkau bercita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

Wahai Ali,

takutilah engkau dari membantah dan berkelahi dengan memaki hamun dan bersumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

Wahai Ali,

sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Menyucikan gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.

Wahai Ali,

janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

Wahai Ali,

perhitungkanlah kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

Wahai Ali,

apa yang kau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang kau kasih pada diri engkau maka kasihkan juga pada diri saudara engkau. Hendaklah engkau berlaku adil dalam setiap hukuman. Maka dengan demikian engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

Wahai Ali,

elokkan perhubungan antara masyarakat jiran sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya diletakkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali,

peliharalah pesanan dan wasiatku. Inshaa Allah engkau akan mendapat kemenangan dan kelepasan.

Ini adalah wasiat-wasiat yang telah ditinggalkan baginda Rasulullah saw kepada menantunya iaitu Ali bin Abu Talib yang boleh kita ambil ikhtibar sebagai panduan hidup kita juga.

..WALLAHUALAM..

p/s: dipetik daripada buku "Biografi Agung Rasulullah SAW" oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari keluaran Mustread Sdn Bhd. cetakan 2012.